May 12, 2017

RESEPI INSPIRASI TAUHU BERLAUK ALA BERGEDIL

RESEPI INSPIRASI TAUHU BERLAUK ALA BERGEDIL - Cadangnya nak buat tauhu bergedil, tapi sebab tauhu kering tak ada, aku buat inovasi je la. Masih sedap, sampai tuan suami makan berketul-ketul. Aku tak suka sangat, cuma suka buat je. Hihi

Resepi yang aku kongsi ni memang takde sukatan apapun, semuanya main campak je. Sebab aku memang sejenis manusia yang suka masak tak ikut sukatan, kecuali buat kek atau roti. So, semoga bermanfaat untuk korang ye!


RESEPI TAUHU BERLAUK ALA BERGEDIL
Bahan-bahan :
1 paket ayam kisar
2 biji kentang - rebus dan lenyek
4 ketul tauhu lembut
2 ketul tauhu telur
2 biji telur
Daun bawang - hiris halus
Cili merah - hiris halus
Lada sulah
Garam
Gula
----------------------
2 biji telur
Tepung beras
----------------------
HIASAN
Daun bawang - hiris
Cili padi - hiris
Bawang goreng

Cara-cara :
Kisar tauhu bersama telur. Letak dalam bekas dan masukkan ayam kisar, kentang dan bahan hiris. Perasakan dengan garam, gula dan lada sulah. Kemudian, masukkan dalam loyang dan kukus. Selepas masak, biarkan sejuk. Untuk menggoreng, campurkan telur dan sedikit tepung beras. Celup tauhu dalam telur tadi dan goreng.

RESEPI SOS
Bahan-bahan :
1 ulas bawang putih - cincang
Sos tiram
Asam jawa
Gula Merah
Sedikit air
Tepung jagung

Cara-cara :
Panaskan sesudu minyak dan tumis bawang putih. Masukkan air kemudian masukkan sos tiram, asam jawa, dan gula merah. Setelah mendidih, masukkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.

Susun tauhu dan taburkan bahan hiasan, curah dengan sos, sedia untuk dihidang. Selamat mencuba :)

5 comments:

  1. nampak sedap...masin tak kuah dia ke agak-agak macam masak sos tiram?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa... agak2 macam masak sos tiram tu je.. ada manis, masin, masam sikit.. gittew..

      Delete
  2. Nampak sedap! Farah suka bergedil tak kisah bergedil ape pun hehe. Ni siap ada kuah lagi, mesti lagi sedap =)

    www.farahsanusi.com

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.