Header Ads

REMAJA INI MEMBUNUH KEKASIHNYA SELEPAS LAMARANNYA DITOLAK

REMAJA INI MEMBUNUH KEKASIHNYA SELEPAS LAMARANNYA DITOLAK - Apa saja demi CINTA. Cinta tu selalu buat manusia jadi buta. Aku pun pernah buta kerana cinta. Pernah jugak aku nekad nak 'membunuh' sebab rasa diri tertipu. Tapi, keimanan masih ada tersisa, aku biarkan Tuhan yang balas. Aku rasa teraniaya masa tu.

Di Palembang, seorang remaja lelaki sangat kecewa bila lamarannya untuk berkahwin dengan kekasihnya ditolak, dan dia dibelenggu rasa marah yang amat sangat. Akibatnya, dia menikam kekasihnya itu.


Suyanto Alias Kempol (24), mulanya datang ke rumah kekasihnya Soniya Priska Pratiwii (19) , dan ingin melamar gadis itu. Tapi lamaran dia ditolak membuatkan Suyanto jadi bengang. Dia terus masuk ke bilik Soniya dan keluarga Soniya mendengar mereka seakan bergaduh. Kemudian Soniya menjerit-jerit meminta tolong. Keluarganya memecahkan pintu bilik dan terlihat Suyanto sedang memangku Soniya.

Soniya dikejarkan ke hospital tetapi malangnya dia sudah meninggal. 4 tikaman dijumpai di badan dan di dada Soniya.


Aku jumpa gambar ni. Suyanto ni seakan dah rancang je pembunuhan terhadap Soniya. Hmm... sebenarnya, mak Soniya ni bukanlah menolak terus lamaran Suyanto ni. Mak Soniya cakap pada Suyanto, kalau nak lamar anak dia, biarlah dengan cara yang baik, mean bawak mak bapak, ikut protokol la gitu. Tapi Suyanto ni jenis tak sabar kan? Kesian Soniya ni jadi mangsa kekasih gila :(

by,
Tunsha Ayunie.

4 comments:

  1. Menakutkan..
    Apabila akal manusia hilang kewarasan...

    ReplyDelete
  2. Malang betul naseb dapat kekasih gila

    ReplyDelete
  3. Kesiannya. Arwah sangat cantik orangnya. Tiada adab lelaki tu.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.