PENGALAMAN MAKAN DI BOAT NOODLE SOGO - Tunsha Ayunie Punya Belog

May 25, 2017

PENGALAMAN MAKAN DI BOAT NOODLE SOGO

PENGALAMAN MAKAN DI BOAT NOODLE SOGO - Dah lama teringin nak makan Boat Noodle. Haritu Mama kemain berlagak sebab dia dah makan sebelum aku. Cehhhh ! Tapi sebab Mama kesiankan aku, dia ajak aku pulak, sebab masa dia pergi tu aku kena dialisis. Awalnya Mama nak shopping baju raya, kira sekalilah kan? Haaa! Baru tahu dekat SOGO ada Boat Noodle. Kat Ampang ni ada jugak tapi ramai sampai aku jadi tensi.


Restoran ni dekat Lower Ground, sebelah Ah Cheng Laksa. Alaaa kalau dari lif memang dah boleh nampak la kedai ni. Aku punyalah eksaited, tapi Mama yang tolong order, ikutkan jela. Hihi..

Oh ya... Boat Noodle ni memang ada isu tentang HALAL kan? So aku tengok website diorang, bahan-bahan yang digunakan adalah dari sumber yang Halal. Outlet masih dalam proses mendapatkan sijil Halal.


Apa yang bestnya dekat Boat Noodle di Sogo ni, mostly pekerja dia orang kita lah. Ada la sorang dua kot Chinese, tapi yang lain tu orang kita. Mama aku ni sejenis yang memilih gak tempat makan, bukan racist, cuma taknak rasa was-was. Gituuuu...


Kami pergi empat orang, so Mama order untuk sorang empat mangkuk je. Huhu. Takpelah, aku pun nak merasa je. Kalau nak repeat lain kali boleh ajak tuan suami pulak.

Boleh kata ramai dah tahu pasal Boat Noodle ni tapi aku tetap nak bercerita. Oklah, Boat Noodle ni ada 2 jenis kuah dan 2 jenis mee.

PATHUMTANI
Kuahnya rasa masam-masam sedap.

AYUTHAYA 
Kuahnya bersantan dan ada elemen pepedas gitu.

EGG NOODLE
Mee berasaskan telur.

RICE NOODLE
Mee berasaskan beras.


Korang boleh pilih sama ada nak ayam ataupun daging, Kalau tanya aku, aku sukakan kuah Pathumtani dengan Rice Noodle, dan diletak daging. Itu kalau aku. Mama dengan adik bongsu aku lebih suka Pathumtani dengan Egg Noodle.


Air pulak kami order Thai Iced Lemon Tea, Iced Thai Coffee & Ice Thai Greentea. Aku sangat addicted dengan coffee dia sebab rasa pahit-pahit manis gitu. Nampak je macam cair kan? Tapi sedap! Iced Lemon Tea pulak bagi aku sedikit pahit dan macam minum air asam jawa. Green Tea aku tak cuba, lupa. Tapi adik aku cakap lagi sedap dari Green Tea yang dia minum sebelum ni.

So, that's all. Aku nak repeat lagi ni. Terbayang-bayang kuah dia yang sedap itu. 

By,
Tunsha.

2 comments:

  1. boat noodle ampang point dah x ramai orang dah...tp x taulah bulan puasa nanti.as for pekerja mmg ramai warga asing.so bertabah

    ReplyDelete
  2. Kalau ada sijil halal makan pun tak was was..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.