May 19, 2017

PELAKON POPULAR HINDUSTAN, REEMA LAGOO MENINGGAL DUNIA

PELAKON POPULAR HINDUSTAN, REEMA LAGOO MENINGGAL DUNIA - Kalau tengok filem hindustan, aku suka watak mak yang dibawakan oleh Reema Lagoo. Kalau jadi mak yang penyayang, memang terkesan sangat dalam hati. Walaupun hanya dalam filem, terasa juga naluri keibuannya sangat kuat.


Reema Lagoo dilahirkan pada 21 June 1958 di Nayan Bhadbhade, Bombay, India. Ibunya juga seorang pelakon Mandakini Bhadbhade yang terkenal dengan drama Lekure udand Jaahalee di pentas Marathi. Reema memulakan kerjaya lakonannya juga di pentas teater Marathi. Memulakan kerjaya lakonannya di pentas teater Marathi. Pernah berkongsi hidup rumahtangga dengan Vivek Lagoo namun tidak lama kemudian, meeka bercerai. Dikurniakan seorang anak perempuan bernama Mrunmayee, merupakan pengarah teater.

Antara lakonannya yang diingati adalah dalam filem Kuch Kuch Hota Hai sebagai watak ibu Anjali, Hum Saath-Saath Hain sebagai Mamta, dan Kal Ho Naa Ho sebagai Mrs.Mathur.



Selepas ini, tiada lagi lakonan ibu penyayang itu. Reema Lagoo disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung, 3:15 pagi semalam. Rest in peace, Reema Lagoo.

by,
Tunsha Ayunie.

3 comments:

  1. Sedihnya, Shaaaa.. Aku pun memang suka giler tengok dia berlakon. Betul-betul terkesan macam tokoh ibu mithali gitu..huhu. RIP. :'(

    ReplyDelete
  2. Suka tgk lakonan dia..watak ibu mmg sgt menjadi

    ReplyDelete
  3. RIP. Suka tengok dia. Senyuman dia manis sangat. Penuh keibuan..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.