KESAN TIDUR SELEPAS SAHUR - Monolog Aku Cuma Di Kiri

May 28, 2017

KESAN TIDUR SELEPAS SAHUR

KESAN TIDUR SELEPAS SAHUR - Bila bangun sahur, selalunya mata rasa mengantuk. Tengah makan pun boleh tertidur. Tahukan korang apa yang tak baiknya tidur selepas sahur ni?

Pakar Penyakit Dalaman, Ari Fahrial Syam menasihatkan supaya tidur selepas sahur tidak boleh diamalkan kerana selepas makan, makanan itu belum dicerna dan boleh berbalik dari perut ke kerongkong (refluks) kerana pengaruh graviti. 


Jika refluks ini terjadi, asid perut akan naik dan akan melukakan kerongkong. Akibat luka itu juga, kerongkong akan terasa panas seakan terbakar dan mulut akan terasa pahit.

Keju dan minyak adalah contoh makanan yang susah dicerna, manakala nasi, sayuran berkuah ataupun telur dan ikan rebus mengambil masa lebih kurang satu jam untuk proses pencernaan.

Makanan yang disyorkan ketika bersahur adalah nasi, kentang dan ubi untuk sumber karbohidrat. Untuk sumber protein pula, bolehlah diambil daging merah, ikan dan telur. Elakkan makanan yang tinggi lemak kerana ianya melambatkan proses pencernaan.

Kalau nak tidur jugak, korang boleh tidur setengah duduk atau tidur menggunakan bantal yang tinggi. Tapi, seeloknya ambil masa lebih kurang sejam selepas sahur, barulah tidur.Kalau korang mengantuk sangat, tunggulah selepas habis subuh. Lelap kejap :)

Semoga bermanfaat,

2 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.