APAKAH RASA MAGNUM RED VELVET? - Tunsha Ayunie Punya Belog

May 07, 2017

APAKAH RASA MAGNUM RED VELVET?

APAKAH RASA MAGNUM RED VELVET? - Aku jarang makan aiskrim sebab aku sejenis yang cepat muak. Kalau layan pun aiskrim Malaysia aje. Yang berkrim-krim ni memang jarang sangat boleh masuk tekak aku kecuali kalau aku teringin.

Alkisahnya bukan aku yang teringin. Tapi adik aku yang bongsu, Lia. Dia ni memang macam aku, sejenis manusia yang cepat tergoda bila tengok gambar atau iklan.

Asalnya nak beli beras je, melencong beli barang entah apa-apa. Lastly nampak tong aiskrim, terus dia ambik Magnum Red Velvet. Aku pun tumpang sekaki. Rasa eksaited pulak, sebab aku penggemar Red Velvet Cake. Hee~


Mula-mula tengok Lia makan, muka kemut-kemut. Aku tanya kenapa? Dia cakap, ''makan je la dah beli...'' . Terus aku curious. Lastly aku makan part aku pulak. Okay, faham dah kenapa Lia terkemut-kemut sebegitu.


So komen aku, rasa Magnum Red Velvet ni yang luarnya sangat manis. Yang dalam just so-so aje. Tak manis sangat. Kira aiskrim ni mempunyai rasa yang agak kontra cuma kalau korang bukan jenis yang makan manis, aku tak syorkan aiskrim perisa Red Velvet ni. Manis dia macam kembang pulak di tekak aku.

Apapun, itu komen aku, dari tekak aku la. Kalau korang jenis suka mencuba, why not kan? Magnum Classic & Almond tetap menjadi pujaan hatiku.

Sekian.

3 comments:

  1. Baru tgk iklan kat tv semalam.. nampak macam sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam dia macam rasa tutti fruitti sikit, tapi white choc dia soooo manis.. bersemut rasanya.. haha

      Delete
  2. Kita geng sha! Aku pun suka yang Almond.hehe. Eh, ada satu lagi aiskrim baru aku tengah gila. Cremeria Mint.. Memang perrgghh sangat. Nanti kau try tau!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.