5/1/17 - DARI JARI NOVELLA

May 31, 2017

KOLEKSI PETIKAN MAKSUD SURAH YANG MEMBANTU KITA MENJADI KUAT DAN BERSEMANGAT

7:23 AM 1
KOLEKSI PETIKAN MAKSUD SURAH YANG MEMBANTU KITA MENJADI KUAT DAN BERSEMANGAT
KOLEKSI PETIKAN MAKSUD SURAH YANG MEMBANTU KITA MENJADI KUAT DAN BERSEMANGAT - Assalamualaikum wbt. Selamat pagi. Lama dah tak bersiaran pagi-pagi ni kan? Hmm.. dalam kehidupan kita, kadang-kadang ada masa kita rasa lemah dan tidak bersemangat. Perkara itu normal, tapi jangan dilayan sangat. Itu sebab ada masa kita diuji, ada masa kita penuh berharap. Nak jadi kuat dan bersemangat?

Bagi yang beragama Islam, selain daripada menunaikan solat sunat ketika resah, Al-Quran juga membantu kita berasa lebih tenang. Lebih bagus jika kita fahami apa maksud yang ada didalamnya. Aku sendiri masih merangkak dalam membaca Al-Quran, adakala, Al-Quran membantu aku untuk tenang walaupun aku tak faham maksudnya.


KETIKA BERASA DIRI SERING DIUJI
Q.S. Al-Ankabut : ayat 2-3 
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta".

KETIKA MEMINTA TETAPI TIDAK DIMAKBULKAN
Q.S.Al-Baqarah : ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”. 

 KETIKA BERASA UJIAN TERLALU BERAT
Q.S. Al-Baqarah : ayat 286 
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”. 

KECEWA & STRESS
Q.S. Al-Imran : ayat 139 
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”. 

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Q.S. Al-Baqarah : ayat 45 
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

APA YANG AKU DAPAT?
Q.S. At-Taubah : ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…” 

 KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Q.S. At-Taubah : ayat 129
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal”. 

JIKA RASA PUTUS ASA
Q.S. Yusuf : ayat 12
….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir”.

*Moga bermanfaat*

May 29, 2017

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR (SAMARINDA TV3)

9:45 PM 12
SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR (SAMARINDA TV3)
SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR (SAMARINDA TV3) -  Bila datangnya Ramadhan, maka adalah cerita yang menarik sikit kan? Aku suka tengok drama masa bulan puasa, sebab kebanyakkannya best, lain daripada yang biasa. Ehh... sebelum ni Menanti Februari pun aku tengok, sebab ada khilaf yang buat aku tertanya-tanya dalam drama tu.

Haaa korang! Drama terbaru ni pun macam best je. Puteri Balqis berlakon. Tak sabar nak tengok. Ni aku kongsi sinopsis drama yang mungkin best ni. Jom tengok!


JUDUL : ANDAINYA TAKDIR
EPISOD : 16 episod
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam di Slot Samarinda TV3
SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
LAGU TEMA : Aiman Tino (Permata Cinta), Potret (Mungkin)
PELAKON : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi, Adiba Yunus, Annie Ariffin, Ikhlas Jalil, Rosnah Mat Haris, Dilla Ahmad, Putra Amaris

SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang ketabahan seorang wanita bernama Fatihah, yang cuba mempertahankan rumah tangganya bersama Airil. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri bernama Aleeya. Kehidupan mereka sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil. Bukan itu saja, Fatihah juga sering dipukul.

Fatihah yakin dia mampu bertahan dengan sikap suaminya itu hanya kerana Aleeya. Kesengsaraan Fatihah bukan hanya kerana suaminya saja, tetapi ibu mertuanya Normah, seorang yang keras kepala, suka menghasut dan berprasangka buruk terhadap Fatihah. Normah sememangnya tidak disenangi oleh orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat.

Fatihah tidak terlepas menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang oleh Normah. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya dan perkara itu membuat Fatihah berasa terpinggir.

Tidak kurang penderitaannya, Fatihah juga mempunyai adik iparnya Norlin, seorang yang obses kepada kanak-kanak. Dia amat mencemburui kecantikan Fatihah dan rezeki Fatihah kerana mempunyai zuriat. Seperti ibunya, Norlin juga bermulut jahat dan suka menghasut.

Walaupun Airil panas baran dan sering memukul Fatihah, jauh disudut hati dia amat menyayangi Fatihah. Tetapi dia tidak tahan dengan sikap cemburu butanya. Kerana sayangnya pada Fatihah, Airil cuba mengubah sikapnya.

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni? Saksikan drama menarik ini di saluran Samarinda TV3.

SELAMAT MENEMPUH ALAM BARU WAHAI ANAK-ANAK KUCING

10:15 AM 0
SELAMAT MENEMPUH ALAM BARU WAHAI ANAK-ANAK KUCING
SELAMAT MENEMPUH ALAM BARU WAHAI ANAK-ANAK KUCING - Kisahnya Mama dah lama nak let go anak-anak kucing ni. Tapi bila tengok muka masing-masing rasa kesian pulak. Depa ni boleh kata penghilang stress dan sebab untuk stress jugak. Stress sebab masing-masing selalu berebut nak masuk dalam rumah, sampai nak bukak pintu pun susah.

Hilang stress sebab depa manja sangat. Keempat-empat ekor kucing ni ada karakter sendiri. Actually ni kucing-kucing adik bongsu aku. Dialah yang menjaga dari kecik. Cuma aku terasa sangat kehilangan anak-anak bulusss ni disebabkan karakter depa tu.


Gengster : Suka masuk rumah macam pencuri. Dia hendap keadaan sekeliling dulu sebelum masuk rumah. Suka panjat meja makan. Boleh dikenali melalui suara dia seakan anak anjing.

Gemuk : Suara nyaring dan suka kena buli. Selagi orang tak layan dia selagi tu dia mengiau. Suka gigit-gigit manja dan jilat kembali tempat yang dia gigit tu. Boleh geng dengan Gengster, suka panjat meja. Bebulu keliling muka dia seakan kucing baka Mancoon.

Foxy : Kami panggil Foxy sebab muka dia macam musang. Mata bercelak. Suka grab tangan orang suruh main dengan dia. Suka orang main perut dia. Manja bila lapar, lupa diri bila kenyang.

Baby : Sejenis yang sangat sopan kucingnya. Suka mandi. Mata bulat macam pakai contact lense. Dia ni jenis suka berkepit. Tak banyak kerenah sangat.

*******************************************

Apapun, itu hanya kenangan. Kami terpaksa let go semua termasuk ibu kucing yang nama Tom tu. Firstly pasal hama, second sebab Lia kena kecacingan dan third sebab bulan Julai Lia dah start sambung belajar. So takde siapa nak jaga. Aku pun lepas raya nak kembali ke Ampang.

Kerinduan membuak-buak rasanya sebab rindu sangat dengan kenakalan dan karakter depa ni. Empat-empat ekor suka main dengan kaki. Cuma rimas sikit la nak sidai kain pun susah sebab depa pakat hurung kaki je. Hahhaha!

Sedih pulak sambil menaip ni. Semalam Mama dah lepaskan depa. Harini rumah sunyi je. Apa respon Lia? Dia menangis tersedu-sedu semalam. Yela, dia jaga dari kecik kot..

Sekian.

May 28, 2017

SEGMEN ZIKIR DIKIR BERSAMA PAPAGLAMZ

2:53 PM 4
SEGMEN ZIKIR DIKIR BERSAMA PAPAGLAMZ
SEGMEN ZIKIR DIKIR BERSAMA PAPAGLAMZ - Dah lama tak join mana-mana segmen. Ni bulan puasa ni saja nak bahagiakan diri sendiri maka join jela segmen dari blogger ni. Aku rasa aku first time kot join segmen Papaglamz. Selalunya nampak je nama ni. Pernah beberapa kali baca entri beliau, tapi jarang komen kot. Hiks..

*************************************************

Salam ramadhan buat semua pembaca Papaglamz yang aku sayangi. Sayang lebih sikit untuk sesiapa yang sudi baca entri segmen aku kali ni. Hehehe. Ok la, straight to the point. Bersempena bulan penuh barokah ini, aku tergerak hati untuk menganjurkan segmen simple untuk korang semua. Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. Aku saje je anjurkan segmen sebegini rupa sekadar hendak membawa kita semua selain dari blogwalking tu terasa ada pengisian la sikit kan. Insyallah. Jangan lupa join. Ikuti syarat-syarat yang mudah dengan tertib tau...!!!!


Syarat-syarat

1. Baca 3 Zikir yang mudah ni sebanyak mana yang korang mahu. At least sekali pun Alhamdulillah. Jangan skip ye.




2. Mainkan video youtube di bawah ni. Selama mana yang mampu korang tengok la video ni tau.


Baca syarat-syarat lain di Entri Official Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz (Klik Disini)

SELAMAT BERSEGMEN

KESAN TIDUR SELEPAS SAHUR

9:46 AM 2
KESAN TIDUR SELEPAS SAHUR
KESAN TIDUR SELEPAS SAHUR - Bila bangun sahur, selalunya mata rasa mengantuk. Tengah makan pun boleh tertidur. Tahukan korang apa yang tak baiknya tidur selepas sahur ni?

Pakar Penyakit Dalaman, Ari Fahrial Syam menasihatkan supaya tidur selepas sahur tidak boleh diamalkan kerana selepas makan, makanan itu belum dicerna dan boleh berbalik dari perut ke kerongkong (refluks) kerana pengaruh graviti. 


Jika refluks ini terjadi, asid perut akan naik dan akan melukakan kerongkong. Akibat luka itu juga, kerongkong akan terasa panas seakan terbakar dan mulut akan terasa pahit.

Keju dan minyak adalah contoh makanan yang susah dicerna, manakala nasi, sayuran berkuah ataupun telur dan ikan rebus mengambil masa lebih kurang satu jam untuk proses pencernaan.

Makanan yang disyorkan ketika bersahur adalah nasi, kentang dan ubi untuk sumber karbohidrat. Untuk sumber protein pula, bolehlah diambil daging merah, ikan dan telur. Elakkan makanan yang tinggi lemak kerana ianya melambatkan proses pencernaan.

Kalau nak tidur jugak, korang boleh tidur setengah duduk atau tidur menggunakan bantal yang tinggi. Tapi, seeloknya ambil masa lebih kurang sejam selepas sahur, barulah tidur.Kalau korang mengantuk sangat, tunggulah selepas habis subuh. Lelap kejap :)

Semoga bermanfaat,

May 26, 2017

WALAUPUN KAU TAK KUAT, KAU HARUS KUAT!

10:58 PM 2
WALAUPUN KAU TAK KUAT, KAU HARUS KUAT!
WALAUPUN KAU TAK KUAT, KAU HARUS KUAT! - Bergelar seorang pesakit yang dari kecil menempuhi penyakit, tidak begitu sukar bagi aku. Aku mengalami kegagalan buah pinggang kronik dari umur 4 tahun setengah. Aku mula mengenali apa itu sakit. Jiwa aku memberontak dari sekecil-kecil insan masa tu.

Image may contain: 1 person, closeup

Aku diberi peluang hidup bersama buah pinggang 'pinjam', selama lebih kurang 8 tahun setengah. Dan selepas itu, ada sel kanser dijumpai pada buah pinggang itu. Selama 8 tahun setengah itu, aku hidup normal, aku happy. Tak payah dialisis, tak payah ulang-alik hospital. Hanya sebulan ke dua bulan sekali je untuk medical checkup.

Hidup normal buat aku lupa diri. Aku yakin aku takkan kembali hidup bergantung mesin. Sangkaan aku meleset bila doktor nak buang buah pinggang yang aku 'pinjam' tu. Walaupun aku taknak, aku perlu redha jugak. Sepanjang itu, aku kembali memberontak, mintak mati tak sudah.


Nak jadi kuat bukan senang sayangku. Betapa ada rasa cemburu bila melihat banyak perkara yang orang normal boleh lakukan, tetapi aku tak boleh. Betapa setiap masa beremosi dengan perkara yang tak patut buat kau emosi. Aku sakit, rohani dan jasmani jugak.

Banyak buat khilaf sebab aku marah pada Tuhan. Tapi bila aku marah, DIA tunjuk pada aku, aku ada seorang ayah, seorang ibu, seorang suami dan 3 orang adik-adik aku, yang masih memberi aku kasih dan sayang mereka. Jujurnya, aku tak ramai kawan. Aku hanya bergantung pada keluarga.

Mungkin ada antara rakan senasib aku, tak dapat support daripada keluarga, tapi mereka masih ada kawan-kawan. Bagi aku, Allah itu adil dalam kitarannya.

Dari kecil, ujian aku bertimpa-timpa. Pernah mencuba bunuh diri tapi Tuhan tak bagi aku mati lagi. Jadi, aku redha. Tipu kalau aku sentiasa kuat. Bila aku rasa aku tak mampu, aku rebah. Cuma aku bangkit kembali hanya kerana kudrat yang tersisa.

By,
Tunsha Ayunie.

BOLEHKAH PESAKIT YANG MENJALANI DIALISIS BERPUASA?

11:10 AM 3
BOLEHKAH PESAKIT YANG MENJALANI DIALISIS BERPUASA?
BOLEHKAH PESAKIT YANG MENJALANI DIALISIS BERPUASA? - Hal ni selalu juga menjadi pertanyaan dikalangan pesakit buah pinggang atau diebetes yang menjalani dialisis sebenarnya. Soalan yang sering diajukan adakah pesakit yang menjalani dialisis berpuasa?

Bagi yang tak tahu, dialisis adalah satu kaedah dimana darah pesakit akan dialirkan keluar ke dalam mesin untuk dibersihkan dan akan dimasukkan semula ke dalam badan pesakit. Jika dialisis tidak dilakukan, ianya akan menyebabkan kematian. (Bagi pesakit kegagalan buah pinggang).

Dalam proses cucian darah ini, ada garam-garam yang tertentu, zat-zat nutrien dan kadangkala darah (packed cell) akan dimasukkan dan proses ini akan membatalkan puasa.


Para kibarul ulama telah menilai bahawa nyawa lebih utama dari segalanya dan menfatwakan tiada kewajipan bagi para pesakit dialisis untuk berpuasa. Dan jika pesakit menjalani hemodialisis (cuci darah) yang kebiasaannya 3 kali seminggu, mereka tidak boleh berpuasa pada 3 hari tersebut. Pada hari mereka tidak menjalani dialisis, puasa boleh diteruskan jikalau mampu.

Jika pesakit menjalani dialisis peritoneal (cuci air), ia merupakan proses yang perlu dilakukan setiap hari. Para ulama telah memberikan rukhsah yang cukup baik bahawa mereka dibolehkan untuk tidak berpuasa.

Untuk pesakit-pesakit Hemodialisis, mereka boleh men'qada'kan puasa pada hari-hari mereka dialisis jika mampu, atau boleh membayar fidyah.

Untuk pesakit Peritioneal Dialisis yang perlu menjalani dialisis setiap hari, untuk meng'qada'kan adalah mustahil, jadi mereka juga boleh membayar fidyah.

Hmmm..ada ulama' berpendapat pesakit yang menjalani hemodialis dan peritoneal dialisis tidak membatalkan puasa. Bagi aku, sebagai pesakit kronik, kegagalan buah pinggang tahap akhir, aku lebih memilih untuk tidak berpuasa sewaktu menjalani hemodialisis / peritoneal dialisis.

May 25, 2017

PENGALAMAN MAKAN DI BOAT NOODLE SOGO

3:49 PM 2
PENGALAMAN MAKAN DI BOAT NOODLE SOGO
PENGALAMAN MAKAN DI BOAT NOODLE SOGO - Dah lama teringin nak makan Boat Noodle. Haritu Mama kemain berlagak sebab dia dah makan sebelum aku. Cehhhh ! Tapi sebab Mama kesiankan aku, dia ajak aku pulak, sebab masa dia pergi tu aku kena dialisis. Awalnya Mama nak shopping baju raya, kira sekalilah kan? Haaa! Baru tahu dekat SOGO ada Boat Noodle. Kat Ampang ni ada jugak tapi ramai sampai aku jadi tensi.


Restoran ni dekat Lower Ground, sebelah Ah Cheng Laksa. Alaaa kalau dari lif memang dah boleh nampak la kedai ni. Aku punyalah eksaited, tapi Mama yang tolong order, ikutkan jela. Hihi..

Oh ya... Boat Noodle ni memang ada isu tentang HALAL kan? So aku tengok website diorang, bahan-bahan yang digunakan adalah dari sumber yang Halal. Outlet masih dalam proses mendapatkan sijil Halal.


Apa yang bestnya dekat Boat Noodle di Sogo ni, mostly pekerja dia orang kita lah. Ada la sorang dua kot Chinese, tapi yang lain tu orang kita. Mama aku ni sejenis yang memilih gak tempat makan, bukan racist, cuma taknak rasa was-was. Gituuuu...


Kami pergi empat orang, so Mama order untuk sorang empat mangkuk je. Huhu. Takpelah, aku pun nak merasa je. Kalau nak repeat lain kali boleh ajak tuan suami pulak.

Boleh kata ramai dah tahu pasal Boat Noodle ni tapi aku tetap nak bercerita. Oklah, Boat Noodle ni ada 2 jenis kuah dan 2 jenis mee.

PATHUMTANI
Kuahnya rasa masam-masam sedap.

AYUTHAYA 
Kuahnya bersantan dan ada elemen pepedas gitu.

EGG NOODLE
Mee berasaskan telur.

RICE NOODLE
Mee berasaskan beras.


Korang boleh pilih sama ada nak ayam ataupun daging, Kalau tanya aku, aku sukakan kuah Pathumtani dengan Rice Noodle, dan diletak daging. Itu kalau aku. Mama dengan adik bongsu aku lebih suka Pathumtani dengan Egg Noodle.


Air pulak kami order Thai Iced Lemon Tea, Iced Thai Coffee & Ice Thai Greentea. Aku sangat addicted dengan coffee dia sebab rasa pahit-pahit manis gitu. Nampak je macam cair kan? Tapi sedap! Iced Lemon Tea pulak bagi aku sedikit pahit dan macam minum air asam jawa. Green Tea aku tak cuba, lupa. Tapi adik aku cakap lagi sedap dari Green Tea yang dia minum sebelum ni.

So, that's all. Aku nak repeat lagi ni. Terbayang-bayang kuah dia yang sedap itu. 

By,
Tunsha.

LIRIK LAGU IRFAN HARIS : PESAN (OST KU KIRIM CINTA)

2:16 PM 1
LIRIK LAGU IRFAN HARIS : PESAN (OST KU KIRIM CINTA)
LIRIK LAGU | IRFAN HARIS : PESAN (OST KU KIRIM CINTA) - Rasa terkejut dengan diri sendiri bila minat lagu budak-budak baru nak up ni. Sebelum ni lagu dia sedap jugak. Lepas tu lagu terbaru dia jadi lagu OST Ku Kirim Cinta sedutan Akasia TV3. Hmm.. tapi lagu nyanyian Irfan Haris ni memang banyak drama ambik kan? Muda lagi budaknya....




IRFAN HARIS - PESAN

Disaat ku tiada nanti, tiada lagi disisimu
Jangan kau bersedih dan menangis
Engkau insan yang ku sayang
Yang paling ku kasih dirimu
Amat bererti dihidupku

Nanti diakhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakan la aku
Disaat aku menghadap-Nya

Jaga dirimu, sayangku
Disaatku bila tiada disisimu
Semoga cinta kita kan bersama
Dihatimu...

Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu
Saat ku kirim cinta
Yang abadi...

whooo huooo.

Nanti diakhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakan la aku
Disaat aku menghadap-Nya

Jaga dirimu, sayangku
Disaatku bila tiada disisimu
Semoga cinta kita kan bersama
Dihatimu...

Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu
Saat ku kirim cinta
Yang abadi...




May 24, 2017

SINOPSIS DRAMA KU KIRIM CINTA (AKASIA TV3)

8:36 PM 0
SINOPSIS DRAMA KU KIRIM CINTA (AKASIA TV3)
SINOPSIS DRAMA KU KIRIM CINTA (AKASIA TV3) - Siapa peminat Ayda Jebat dengan Redza Rosli bolehlah layan drama ni. Jangan nanti 'kipas susah mati' Ayda Jebat jadi macam 'kipas susah mati' Fattah Amin dan Neelofa. Ehhh... sebenarnya nak cerita pasal siri Akasia yang terbaru, Ku Kirim Cinta, lakonan pasangan bercinta Ayda Jebat dengan Redza Rosli. Aku ni tak layan sangat sebab aku tak minat langsung dengan si Redza ni. Huhu..


JUDUL : KU KIRIM CINTA
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Redza Rosli, Fahad Iman, Julia Farhana Marin, Fizz Fairuz, Roy Azman, Nazia Mustafar, Shahrolnizam, Wilma Muhammad, Zarina Zainuddin, Razak Ahmad, Lan Siro, Rosnah Johari, Nikki Palikat, Ikhram

SINOPSIS
Zarul dan Nisha terkenal sebagai pasangan yang sangat romantik di kolej mereka. Kehebatan Zarul merangkai ayat-ayat cinta memang memukau. Selepas tamat pengajian Diploma, Nisha telah ditawarkan menyambung pengajiannya di Austrlia, manakala Zarul meneruskan pengajian ijazah di tanah air. Ketika Nisha di Australia, percintaan mereka diteruskan melalui Whatsapp dan emel. 

Setahun kemudian, Zarul disahkan mengidapi Leukimia tahap kritikal dan hayatnya tidak lama. Zarul menyembunyikan penyakitnya daripada Nisha dan membalas kiriman rindu kepada Nisha seperti biasa.

Apabila keadaan Zarul semakin kritikal, Zarul meminta sepupunya Farhan menyamar sebagai dirinya untuk membalas emel dan Whatsapp Nisha kerana tidak mahu pelajaran Nisha terganggu. Jika ditakdirkan dia meninggal, Zarul meminta Farhan terus melayani Nisha sehingga Nisha habis belajar.

Dapatkah respon Nisha bila mengetahui hal yang sebenar? Saksikan dalam Ku Kirim Cinta di slot Akasia TV3 :)

NUTRI BROWN RICE : MINUMAN BERAS PERANG YANG MENGENYANGKAN

3:45 PM 0
NUTRI BROWN RICE : MINUMAN BERAS PERANG YANG MENGENYANGKAN
NUTRI BROWN RICE : MINUMAN BERAS PERANG YANG MENGENYANGKAN - Tak ramai yang sukakan beras perang, sebab ada satu rasa yang seakan gandum kan? So, kalau tak mampu makan beras perang, macam mana nak dapatkan khasiatnya?


NutriBrownRice™ memperkenalkan minuman yang berasaskan beras perang yang sesuai untuk semua golongan. Dari kanak-kanak hingga dewasa dan orang-orang tua. Minuman ini tinggi kandungan vitamin dan mineral dan terdiri daripada beberapa perisa.


NutriBrownRice™ Original
Mempunyai rasa yang tersendiri. Tiada pewarna atau perasa tambahan. Boleh letakkan sedikit gula perang untuk menaikkan rasa minuman yang lazat ini.


NutriBrownRice™ Original (No Sugar Added)
Sesuai untuk mereka yang mengawal pengambilan gula. Mempunyai inulin yang bertindak sebagai prebiotik dan menggalakkan sistem penghadaman. Yang mana mengalami diebetes bolehlah cuba. Inulin yang diambil secara konsisten juga boleh membantu mengurangkan gula dalam darah.


NutriBrownRice™ Chocolate
Mempunyai zat besi dan kalsium, yang baik untuk pembentukan darah dan kekuatan tulang. Sesuai untuk kanak-kanak dan penggemar cokelat.


NutriBrownRice™ Oat with Soy Lecithin
Lesitin soya sangat bagus untuk otak, mengurangkan kolestrol dan penting untuk kesihatan hati. Boleh kata, perisa Oat dengan Lesitin Soya ini menjadi kesukaan aku. Ada kepingan oat didalamnya. Yang tak suka oat tu bolehlah cuba, mana tahu berkenan di hati.


NutriBrownRice™ Honey
Madu sangat membantu untuk mendapatkan tidur yang nyenyak serta meransang otak. Mungkin menjadi kesukaan untuk para wanita. Dalam packing ini, madu dan minuman beras perang diasingkan. So korang boleh sesuaikan rasa manisnya. Sedap sangat ! Perisa yang akan menjadi my all time favourite Nutri Brown Rice Beverage!


KEBAIKAN NutriBrownRice
Mengurangkan kolestrol dalam darah
Mengurangkan tekanan darah
Melindungi jantung
Membantu sistem penghadapan
Mengawal berat badan


Produk NutriBrownRice™ ini ada kelulusan HALAL ye, so jangan risau. Bukan itu saja, produk ini mendapat pengiktirafan ISO. Boleh diminum tanpa rasa was-was ye? Ini minuman yang selamat. Kan dah kata, dari kanak-kanak sampai ke orang tua boleh minum.

NutriBrownRice™ Instant Beverages boleh didapati di Cold Storage, Giant, Pasaraya Aeon, Kedai Buku Popular dan farmasi-farmasi yang terpilih. Haaa bulan puasa ni bolehlah korang jadikan minuman ini sebagai menu sahur, lagi-lagi yang berdiet tu. Sebab, minuman ini sangat mengenyangkan tau!

Untuk info lanjut sila layari :

May 22, 2017

TAHNIAH BUAT UNIC, JUARA GEMA GEGAR VAGANZA 2017 !

8:32 AM 1
TAHNIAH BUAT UNIC, JUARA GEMA GEGAR VAGANZA 2017 !
TAHNIAH BUAT UNIC, JUARA GEMA GEGAR VAGANZA 2017 ! - Gema Gegar Vaganza sudah melabuhkan tirainya. Juara sudah diketahui. Tak ramai orang expect UNIC akan menjuarai GGV sebab dari minggu pertama, hanya kumpulan Hijjaz dan Mirwana yang sering dalam top list.

Dalam ramai-ramai, hanya Hijjaz, Mirwana dan UNIC yang sentiasa konsisten setiapkali membuat persembahan. Penyampaian yang mereka lakukan melalui persembahan terasa 'sampai' di hati penonton.

Persembahan peserta lain seperti Azmi Saat, Hafiz Hamidun dan Saujana best jugak. Cuma bukan rezeki untuk meraih tempat yang paling atas. Takpelah, masing-masing membawa pulangan kan? Jom tengok senarai pemenang Gema Gegar Vaganza 2017.


SENARAI PEMENANG GEMA GEGAR VAGANZA 2017

ANUGERAH GEMA TERINDAH
- AZMI SAAT -
RM 15,000

PERSEMBAHAN PILIHAN PENONTON
- HIJJAZ -
RM 5,000

JUARA GEMA GEGAR VAGANZA
- UNIC -
Hadiah berupa trofi dan wang tunai RM 100,000.

NAIB JUARA GEMA GEGAR VAGANZA
- HIJJAZ -
Hadiah berupa trofi dan wang tunai RM 30,000

TEMPAT KE-3 GEMA GEGAR VAGANZA
- MIRWANA -
Hadiah berupa trofi dan wang tunai RM20,000

TEMPAT KE-4 GEMA GEGAR VAGANZA
- AZMI SAAT -
Hadiah berupa trofi dan wang tunai RM15,000

TEMPAT KE-5 GEMA GEGAR VAGANZA
- HAFIZ HAMIDUN -
Hadiah berupa trofi dan wang tunai RM10,000

TEMPAT KE-6 GEMA GEGAR VAGANZA
- SAUJANA -
Hadiah berupa trofi dan wang tunai RM5,000

**************************************************************************

TAHNIAH BUAT SEMUA !

May 21, 2017

RESEPI SAYUR 'LICIN' GORENG

4:41 PM 9
RESEPI SAYUR 'LICIN' GORENG
RESEPI SAYUR 'LICIN' GORENG - Pelik pulak letak nama ni, tapi memang namanya begitu. Masa aku beli sayur ni, tulisan dekat label tertulis nama "Slippery Vege". Aku excited nak masak sayur ni sebab first time beli. Sayur ni aku rasa macam sihat pulak sebab kemain banyak ulat pokok aku jumpa. Aku siang sayur ni dan aku rendam kejap dengan air garam. Yang mana ulat tak nampak tu kira halal je la. Lulzzz

Aku tak tahu nama sebenar untuk sayur ni. Rupa dia macam kailan, tapi bila siang dah macam bendi pulak. Berlendir aje. Lepas dah masak, masuk mulut, memang tekstur dia ala-ala bendi. Berlendir tapi sedap. Haaaa gittew.

So, aku nak share laaa resepi ni in case ada yang mencari.


RESEPI SAYUR 'LICIN' GORENG
Bahan-bahan :
Sayur licin / Slippery Vege - siangkan sayur dan rendam dengan air garam
4 sudu kicap cair
6 ulas bawang putih - dicincang kasar
1 sudu mentega
Minyak secukupnya

Cara-cara :
Panaskan minyak dengan api sederhana dan letak mentega. Bila mentega cair, masukkan bawang putih cincang tadi, Kecilkan api dan biar bawang putih jadi kekuningan atau sedikit perang. Toskan bawang putih, ketepikan.

Ambil beberapa sudu minyak bawang putih tadi. Panaskan dan masukkan batang sayur diikuti dengan daunnya. Kemudian, masukkan kicap cair. Biar sehingga sayur layu dan hidang. Taburkan bawang putih goreng tadi. Siap.

Selamat mencuba :)

SINOPSIS FILEM HOSPITAL 2017 : WATAK DIDALAM FANTASI?

4:19 PM 5
SINOPSIS FILEM HOSPITAL 2017 : WATAK DIDALAM FANTASI?
SINOPSIS FILEM HOSPITAL 2017 : WATAK DIDALAM FANTASI? - Siapa je yang suka tengok filem terbitan MiG Pictures ni kan? Aku selalu rasa kecewa dengan filem seram terbitan David Teo ni sebab selalunya jalan cerita agak cliche dan tak seram.

Tapi, berbanding filem yang baru ditayangkan ni, bagi aku ada jugaklah elemen seramnya. Tak tahu la sebab aku ni jenis psiko dan mudah rasa seram. Haha. Bagi aku, ini antara filem yang aku boleh ulang tengok la. Tak tahu la korang kan?

Jom layan sinopsis! Nanti aku bagitau spoiler ye. Hihi...


JUDUL : HOSPITAL
GENRE : Seram, Psiko
PENGARAH : Azaromi Ghozali
PENERBIT : MIG Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Fatin Afeefa, Shima Anuar, Fizz Fairuz, Nina Iskandar dan Julia Marin

SINOPSIS
Mengisahkan seorang gadis kampung bernama Amira (Fatin Afeefa), yang mendapat tawaran bekerja di KL. Setibanya dia di KL, Amira menumpang di rumah sahabatnya Farah (Julia Marin). Pertama kali memasuki rumah Farah, Amira sudah diganggu dengan benda ghaib.

Pada hari Amira ingin pergi temuduga di hospital, Amira didatangi seorang jururawat bersikap pelik bernama Dahlia (Nina Iskandar). Dahlia menjemput Amira untuk tinggal bersamanya. Amira bersetuju.

Di rumah Dahlia, Amira melalui perkara yang pelik-pelik. Bukan di rumah Dahlia saja, malah di hospital tempat dia bekerja juga, dia sering diganggu. Sehingga dia tidak dapat membezakan andai itu realiti atau fantasi. Amira menjadi bingung. Dia sering dihantui oleh seorang perempuan yang bernama Erin (Shima Anuar).

Di hospital, seorang doktor bernama Farid seringkali cuba untuk merapati Amira. Ini menaikkan kemarahan Dahlia. Pada satu ketika, Amira menjumpai gambar Doktor Farid bersama Erin.

Apakah sebenarnya yang dilalui oleh Amira? Siapakah Erin? Siapakah sebenarnya Dahlia?

SPOILER
Cerita ni akan bermain dengan jiwa korang jugak sebenarnya. Awalnya, memang menjadi teka teki sebab watak dalam  filem ni memang pelik-pelik. Jururawat dan pesakit pun kelihatan tidak siuman.

Sebenarnya, Erin seorang pesakit mental. Dia mengalami simptom 'penyamaran situasi'. Pertama kali Erin memasuki wad mental itu, dia meminta sebuah  typewriter. Disitu, Erin mencipta watak menggunakan orang-orang sekelilingnya termasuk doktor, jururawat dan Farid sendiri.

So, siapa Amira? Hmm... Amira sebenarnya hanya sekadar "watak" ciptaan Erin. Erin meletakkan dirinya sebagai Amira. Padahal.... Amira tak pernah wujud pun.

REVIEW
Bagi aku, cerita ni menjadi seram bila watak didalamnya buat kita rasa ingin tahu, siapa orang ni? Apa kaitannya? Perasaan ingin tahu tu buat aku rasa seram sebenarnya. Lepas tu masing-masing dalam hospital tu mata terbeliak dan bersikap aneh. Kecuali watak Doktor Farid tu.

RATE 
3.5 / 5  - Sebab ingatkan kisah seram sangat, tapi sebenarnya lebih kepada psiko. Sekian.

May 20, 2017

REMAJA INI MEMBUNUH KEKASIHNYA SELEPAS LAMARANNYA DITOLAK

9:02 PM 4
REMAJA INI MEMBUNUH KEKASIHNYA SELEPAS LAMARANNYA DITOLAK
REMAJA INI MEMBUNUH KEKASIHNYA SELEPAS LAMARANNYA DITOLAK - Apa saja demi CINTA. Cinta tu selalu buat manusia jadi buta. Aku pun pernah buta kerana cinta. Pernah jugak aku nekad nak 'membunuh' sebab rasa diri tertipu. Tapi, keimanan masih ada tersisa, aku biarkan Tuhan yang balas. Aku rasa teraniaya masa tu.

Di Palembang, seorang remaja lelaki sangat kecewa bila lamarannya untuk berkahwin dengan kekasihnya ditolak, dan dia dibelenggu rasa marah yang amat sangat. Akibatnya, dia menikam kekasihnya itu.


Suyanto Alias Kempol (24), mulanya datang ke rumah kekasihnya Soniya Priska Pratiwii (19) , dan ingin melamar gadis itu. Tapi lamaran dia ditolak membuatkan Suyanto jadi bengang. Dia terus masuk ke bilik Soniya dan keluarga Soniya mendengar mereka seakan bergaduh. Kemudian Soniya menjerit-jerit meminta tolong. Keluarganya memecahkan pintu bilik dan terlihat Suyanto sedang memangku Soniya.

Soniya dikejarkan ke hospital tetapi malangnya dia sudah meninggal. 4 tikaman dijumpai di badan dan di dada Soniya.


Aku jumpa gambar ni. Suyanto ni seakan dah rancang je pembunuhan terhadap Soniya. Hmm... sebenarnya, mak Soniya ni bukanlah menolak terus lamaran Suyanto ni. Mak Soniya cakap pada Suyanto, kalau nak lamar anak dia, biarlah dengan cara yang baik, mean bawak mak bapak, ikut protokol la gitu. Tapi Suyanto ni jenis tak sabar kan? Kesian Soniya ni jadi mangsa kekasih gila :(

by,
Tunsha Ayunie.

May 19, 2017

PELAKON POPULAR HINDUSTAN, REEMA LAGOO MENINGGAL DUNIA

5:16 PM 3
PELAKON POPULAR HINDUSTAN, REEMA LAGOO MENINGGAL DUNIA
PELAKON POPULAR HINDUSTAN, REEMA LAGOO MENINGGAL DUNIA - Kalau tengok filem hindustan, aku suka watak mak yang dibawakan oleh Reema Lagoo. Kalau jadi mak yang penyayang, memang terkesan sangat dalam hati. Walaupun hanya dalam filem, terasa juga naluri keibuannya sangat kuat.


Reema Lagoo dilahirkan pada 21 June 1958 di Nayan Bhadbhade, Bombay, India. Ibunya juga seorang pelakon Mandakini Bhadbhade yang terkenal dengan drama Lekure udand Jaahalee di pentas Marathi. Reema memulakan kerjaya lakonannya juga di pentas teater Marathi. Memulakan kerjaya lakonannya di pentas teater Marathi. Pernah berkongsi hidup rumahtangga dengan Vivek Lagoo namun tidak lama kemudian, meeka bercerai. Dikurniakan seorang anak perempuan bernama Mrunmayee, merupakan pengarah teater.

Antara lakonannya yang diingati adalah dalam filem Kuch Kuch Hota Hai sebagai watak ibu Anjali, Hum Saath-Saath Hain sebagai Mamta, dan Kal Ho Naa Ho sebagai Mrs.Mathur.



Selepas ini, tiada lagi lakonan ibu penyayang itu. Reema Lagoo disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung, 3:15 pagi semalam. Rest in peace, Reema Lagoo.

by,
Tunsha Ayunie.

May 17, 2017

RESEPI AYAM MASAK LADA HITAM

7:56 PM 1
RESEPI AYAM MASAK LADA HITAM
RESEPI AYAM MASAK LADA HITAM - Tiba-tiba rasa teringin nak makan chicken blackpepper. Tapi aku sejenis tak berapa suka dengan sos blackpepper @ lada hitam yang instant punya. So gigih la buat kuah sendiri. Cuma termanis pulak kuah lada hitam aku tu. Terlebih letak gula alkisahnya. Haha!

Lain sikit resepi aku ni sebab guna daun kari. Aku teringat satu resepi guna daun kari dalam kuah blackpepper dia. Hero yang kedai tu guna masa tu adalah sotong. Eh.. meh aku share resepi.


RESEPI AYAM MASAK LADA HITAM
Bahan-bahan :
Ayam secukupnya - perap dengan garam
1 biji bawang holland - mayang kasar
2 tangkai daun kari
3 tangkai cili
sos tiram secukup rasa
sos ikan secukup rasa
kicap cair secukup rasa
kicap pekat
lada hitam - kisar kasar
garam dan gula
tepung jagung sebagai pemekat

Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya. Tumis bawang, cili kering dan daun kari hingga naik bau. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan masak. Kemudian masukkan lada hitam. Kacau lagi. Selepas itu masukkan sos tiram, sos ikan, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan air dan biarkan mendidih. Seimbangkan rasa menggunakan garam atau gula. Masukkan tepung jagung. Biarkan mendidih lagi. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba :)

May 16, 2017

REBUS 'ISTERI' PONDAN SEBELUM BUNUH DIRI

9:34 PM 3
REBUS 'ISTERI' PONDAN SEBELUM BUNUH DIRI
REBUS 'ISTERI' PONDAN SEBELUM BUNUH DIRI - Aku bila baca sesuatu yang macam ni, aku takut ianya terjadi dekat Malaysia. Walaupun yang terjadi ini melibatkan "pondan", tak mustahil akan berlaku dikalangan wanita dan lelaki jugak.

Kejadian terjadi di Australia apabila polis menerima aduan dari pengurusan apartment Brisbane yang terhidu bau yang sangat busuk.


Awalnya depa ingat kejadian tu semata-mata lawak jenaka holloween, sebelum menyedari yang kejadian itu adalah benar. Suspek adalah Marcus Volke, seorang yang mengidap penyakit mental. Manakala mangsa adalah Mayang Prasetyo.

Marcus Volke telah dituduh membunuh 'isteri'nya itu dan cuba menghapuskan bukti dengan memotong badan Mayang serta merebusnya. Polis menemui darah dilantai serta kaki yang direbus didalam periuk.

Bagaimanapun, Volke telah melarikan diri dari polis dan membunuh diri.

Sadis kan? Korang sebelum kenal seseorang, periksa latar belakang dia. Jangan hensem/cantik sikit, terus tergoda. Orang sakit mental ni jarang tunjuk yang depa ada masalah mental :)

Sekian.

May 15, 2017

RESEPI SAMBAL AYAM BERSAMA BENDI

8:14 PM 10
RESEPI SAMBAL AYAM BERSAMA BENDI
RESEPI SAMBAL AYAM BERSAMA BENDI - Resepi ni aku adaptasi daripada salah satu kedai makanan cina yang aku pergi. Aku jatuh cinta dengan menu yang diberi nama ''sambal chicken'' masa tu. Selalu jugak aku makan menu tu. Memang kenyang la. Perut rasa happy je.

Harini aku masak. Mama dah bising sebab aku asyik masak menu-menu bersantan macam masak lemak cili api, kurma ataupun kari. Pusing-pusing itu je yang aku masak. Walaupun Mama tak makan, tapi dia pulak yang rasa bosan dengan menu aku tu.


RESEPI SAMBAL AYAM BERSAMA BENDI
Bahan-bahan :
Setengah ekor ayam - dipotong, basuh dan perap dengan garam
*7 biji cili merah
*7 tangkai cili kering - direbus
*2 biji bawang besar
*8 ulas bawang kecil
*1 sudu besar belacan
*1 biji tomato
6 batang kacang bendi - hiris serong
1 sudu besar udang kering
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar kicap cair
1 sudu kicap pedas Mahsuri
Garam dan gula perang secukupnya

Cara-cara :
Kisar bahan bertanda (*) , ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan udang kering. Biarkan sekejap dan masukkan bahan kisar. Masukkan pula ayam dan biar ayam masak dengan api yang perlahan. Selepas itu masukkan semua sos dan sebatikan rasa dengan garam dan gula perang.

Akhir sekali, masukkan kacang bendi, tutup kuali dan kecilkan api. Biarkan bendi masak dan gaulkan biar sebati. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba :)

PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 3.0

8:03 AM 2
PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 3.0
PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 3.0 - Semalam dah berlangsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-30. Kak Ogy, Zulin Aziz dan Faizal Ismail selaku pengacara malam tu. Memang best dan tak nampak awkward pun gabungan 3 orang ni, cuma Kak Ogy ni memang jenis suka bercakap jerit-jerit kan? Apapun, aku tetap support Kak Ogy, gittew...

Well, ramai pemenang yang dijangka semalam. Maybe sebab diorang ni viral kan? Ada jugak yang tidak berpuas hati dengan kemenangan diorang ni, tapi aku anggap itu rezeki. Dah diorang ni ramai peminat kan? Zaman sekarang kualiti dah tak penting sangat dalam industri, asalkan kau ada populariti, kau boleh rangkul anugerah. Ehh! Ini kan majlis ANUGERAH BINTANG POPULAR. So kualiti is no-no-no. Kita cari yang POPULAR okayyyy.

So siapa yang menang malam tadi? Jom tengok!


SENARAI PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 3.0

KATEGORI UTAMA

BINTANG PALING POPULAR ABPBH 3.0
- FATTAH AMIN -

ARTIS BAHARU LELAKI POPULAR
- Khai Bahar -

ARTIS BAHARU WANITA POPULAR
- Sweet Qismina -

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
- Zul Ariffin -

PELAKON FILEM WANITA POPULAR
- Fazura -

PELAKON TV LELAKI POPULAR
- Fattah Amin -

PELAKON TV WANITA POPULAR
- Janna Nick -

PENYANYI LELAKI POPULAR
- Khai Bahar -

PENYANYI WANITA POPULAR
- Siti Nordiana -

ARTIS KOLABORASI/DUO/BERKUMPULAN POPULAR
- Akim & The Majistret

ARTIS KOMEDI POPULAR
- Zizan Razak -

ARTIS VERSTAIL POPULAR
- Ifa Raziah -

PENGACARA TV POPULAR
- Neelofa -

PENYAMPAI RADIO POPULAR
- Radin -

KATEGORI ONLINE

GANDINGAN SERASI DRAMA
FATTAH AMIN & NEELOFA (SURI HATI MR PILOT)

GANDINGAN SERASI FILEM
SYAMSUL YUSOF & NABILA HUDA (MUNAFIK)

PERSONALITI MEDIA SOSIAL
- MAKHLOKMACHO -

ARTIS BERPENGARUH DI LAMAN SOSIAL
- NEELOFA -

ARTIS SENSASI
- FATTAH AMIN -

Kalau korang tak puas hati pun, pemenang dah diumumkan. Hahhaha! Kalau tak puas hati, lain kali kalau ada majlis anugerah yang melibatkan Fattah atau Neelofa, korang jangan tengok. Lulzzz

Kbai.