SINOPSIS GLAMOROSA (TELENOVELA TV3)

SINOPSIS | GLAMOROSA (TELENOVELA TV3) - Sejak layan cerita Carmela haritu, terus jatuh cinta balik nak layan cerita Filipina. Sebenarnya, telenovela ni memang menjadi kegemaran aku dari kecik. Dulu layan drama Mexico, sekarang Filipina pulak. Walaupun jalan cerita tu hampir kurang sama je, still rasa nak menonton.

Telenovela Glamorosa ni adalah drama pengganti bagi drama Carmela yang baru je habis tayangannya minggu lepas. Glamorosa adalah kisah mengenai cinta, keluarga, perubatan kosmetik, kecantikan dan kesempurnaan.


JUDUL : GLAMOROSA
SLOT : Telenovela TV3
PENGARAH : Eric Quizon, Joyce Bernal, Algier Joseph & John Red
PELAKON : Lorna Tolentino, Alice Dixson, Zoren Legaspi, Tonton Gutierrez, Victor Silayan, Martin Escudero & Ritz Azul

SINOPSIS
Mengisahkan permainan dendam Paulina selepas apa yang berlaku pada keluarganya. Ayahnya dibunuh secara kejam dan sejak itu juga ibunya mengalami sakit mental akibat tekanan. Dia cuba mengaturkan rancangan untuk membalas dendam terhadap Dra. Claudia Herrera, wanita yang menyebabkan kehidupan dia sekeluarga sengsara.

Paulina mula menyuruh teman lelakinya Karl, menggoda Natalia, anak kepada Dra. Claudia Herrera, sehingga Natalia jatuh cinta kepadanya. Natalia dan Karl akhirnya tinggal bersekedudukan. Lebih malang, apabila Karl sudah jatuh cinta pada Natalia dan terus melupakan Paulina.

Paulina telah mempergunakan Claudia untuk mendapatkan Karl semula. Dalam waktu yang sama, Natalia mengandung. Dalam satu kemalangan membabitkan Natalia dan Karl, anak Natalia dilahirkan dan mempunyai kesan melecur di pipinya.

Claudia berniat untuk memisahkan Natalia dan anaknya. Dia telah mengupah Oscar, pemandu dan pembantu peribadinya, untuk menjaga bayi tersebut. Karl pula mengalami amnesia akibat kemalangan terbabit.

Paulina cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan cinta Karl kembali. Apa yang terjadi seterusnya? Jom layan Glamorosa!
SINOPSIS GLAMOROSA (TELENOVELA TV3) SINOPSIS GLAMOROSA (TELENOVELA TV3) Reviewed by Tunsha Ayunie on April 25, 2017 Rating: 5

1 comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.