SANGGUPKAH KORANG MAKAN MEE DENGAN 100 BIJI CILI API?

SANGGUPKAH KORANG MAKAN MEE DENGAN 100 BIJI CILI API? - Sanggup ke tidak? Hmm.. kalau korang search dekat Youtube - Mie Abang Adek, korang akan tengok, ramai yang sanggup hadapi cabaran makan Mie Pedas Mampus yang ada disini. Gerainya biasa-biasa je tapi popular dikalangan Indonesia sebab cabaran mee diorang buat tu.

Sumber | Google Image

Kepedasan Mie Abang Adek ni ada level tau. Dari 'sedang pedas' sampai lah ke 'pedas mampus'. Aku tak faham macamana depa boleh tahan perut makan cili banyak-banyak. Cili api tu weyyyyy! Tak rasa macam melepuh perut ke?

Meh aku share level dan berapa biji cili api yang digunakan dalam setiap menu.

LEVEL KEPEDASAN MIE ABANG ADEK
10 biji cili - Sedang
25 biji cili - Pedas
50 biji cili - Pedas Garuk
75 biji cili - Pedas Gila
100 biji cili - Pedas Mampus

Bila bercerita tentang makan, aku memang suka untuk mencuba. So pagi haritu aku buat breakfast makan cili. Hahhahaa ! Aku takde Indomie so aku guna Mee Sedap Goreng Kriuk Kriuk tu je. Nak buat sampai 100 biji cili api memang aku tak mampu la so aku buat 30 biji cili api.


Cili tu aku rebus sampai layu, rebus lama tau! Lepas tu aku gesek-gesek cili tu dalam pinggan guna anak lesung. Lepas tu campur dengan segala rempah perisa mee. Ketepikan. Rebus mee macam biasa dan gaulkan dengan bahan-bahan tadi. Nak makan, sila sediakan segelas susu disebelah.

Konon-konon aku bolehlah bertahan dengan kepedasan 30 biji cili api tu. Ellehhhh apalah sangat 30biji. Sekali hamikkkkk............. baru sesuap aku dah rasa berdesing telinga. Dah tak boleh hadap. Hampir 2 jam baru habis sepinggan mee yang tak berapa banyak tu. Hahhahaha!

Ada hati nak ajak tuan suami pergi Jakarta sebab nak cuba Mie Pedas Mampus yang famous dekat Youtube tu. Tapi nampaknya adah mengalah awal-awal.

Kalau korang, sanggup?
SANGGUPKAH KORANG MAKAN MEE DENGAN 100 BIJI CILI API? SANGGUPKAH KORANG MAKAN MEE DENGAN 100 BIJI CILI API? Reviewed by Tunsha Ayunie on April 05, 2017 Rating: 5

3 comments

  1. mau asyik masuk jamban je ni..hahaha

    ReplyDelete
  2. Siang-siang dah surrender. Tak sangguplah akak. Baru 10 biji pun dah menggelupur makan sesuap. Inikan pulak nak 100 biji cili padi. Spital kang!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.