RESEPI POPIA VIETNAM UDANG DAN KETAM (VIETNAMESE ROLL) - Monolog Aku Cuma Di Kiri

April 13, 2017

RESEPI POPIA VIETNAM UDANG DAN KETAM (VIETNAMESE ROLL)

RESEPI POPIA VIETNAM UDANG DAN KETAM (VIETNAMESE ROLL) - Aku ni kan jenis yang suka cuba makanan yang aku nampak dalam internet. Kekadang kalau dah bosan bikin makanan Malaysia, aku intai-intailah makanan jiran sebelah. Satu hari tu aku teringin buat Vietnamese Roll so terjadilah. Ramai jugak yang suka. Lepas tu haritu Mama pergi Vietnam dengan mak-mak sedara aku, yang lain semua pakat kena kejutan makan Vietnamese Roll tu, Mama je steady. hehe~


RESEPI POPIA VIETNAM UDANG DAN KETAM (VIETNAMESE ROLL)
Bahan-bahan :
Rice Paper - Brand Mekong
Bihun - dicelur hingga lembut, kemudian bilas dengan air paip, toskan
Daun salad (lettuce)
Daun pudina
Timun jepun - dipotong memanjang
Udang - perap dengan garam dan kukus
Filamen ketam - celur
Minyak bijan untuk elakkan melekat.

Cara-cara :
Caranya sangat mudah. Ambil air masak (pastikan tidak panas), kemudian rendam rice paper. Letak atas pinggan dan susunan dimulai dengan udang @ filamen ketam, daun pudina, timun, daun salad dan terakhir bihun. Gulungkan, kalau taknak bagi melekat, sapu sedikit minyak bijan keliling spring roll tu. Sedia dihidang.

Nak senang, cicah dengan sos cili Thai + air panas sikit. Dah sedap dah. Tapi aku suka makan dengan sos ikan + gula sikit + cili padi potong + bawang putih. Hihi

Selamat mencuba :)

3 comments:

  1. best kan makan benda ni...sally suka...tapi daun pudina selalu letak sikit je asal ade...sbb tak minat makan dia..LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik ipar Sha main ludah2 je daun pudina tu. Rasa macam ubat gigi. Hhahahaha

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.