RESEPI KIMCHI MELAYU HOMEMADE (VERSI DERHAKA) - Monolog Aku Cuma Di Kiri

April 18, 2017

RESEPI KIMCHI MELAYU HOMEMADE (VERSI DERHAKA)

RESEPI KIMCHI MELAYU HOMEMADE (VERSI DERHAKA) - Lama dah tak bikin tajuk melampau. Haha! Aku ni berapa kurun dah rasanya mengidam nak makan kimchi. Kalau nak beli kat luar, mahal. Kadang-kadang tak kena dengan halwa tekak. So aku decide untuk buat sendiri. Sebelum ni dah banyak kali buat dah. Selain ratah begitu, aku suka buat nasi goreng kimchi, ataupun letak dalam asam pedas. Pembuka selera kekdahnya.

Mintak tolong Mama belikan buah pear, tapi dia belikan buah lai. Ehhh... sebenarnya aku dah lama tak makan buah, so aku confused. Cuma disini aku sebenarnya memerlukan buah pear yang bulat, kulit dia macam kekuningan sikit. Tapi Mama beli yang warna hijau bentuk macam mentol tu. So aku belasah jela guna apa yang ada. Hehe

Diingatkan, ini resepi derhaka. Tidak 100% ikut bahan Korea. Ada aku letak ikut tekak aku je. Maaf ye, aku saja share :)


RESEPI KIMCHI MELAYU HOMEMADE (VERSI DERHAKA)
Bahan-bahan :
1 ketul kobis panjang - Potong 2, leraikan, basuh bersih dan tos
Garam

Bahan kisar :
1 labu bawang holland/kuning
4 ulas bawang putih
Halia besar ibu jari
1 sudu besar udang kering
1 biji buah pear kuning - buang kulit

Bahan kanji :
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air
1 sudu gula

Bahan-bahan lain :
1 batang lobak merah, hiris memanjang dan halus
1 ikat daun bawang
1 paket kecil serbuk cili
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
Sedikit cuka

Cara-cara :
Sapu garam di setiap helaian kobis. Perap selama 3-4 jam. Selepas itu, basuh kobis bersih-bersih dan perah lebihan air. Toskan. Ok, jom buat kanji pulak.

Tepung beras + air + gula. Biarkan semua bahan sebati, Masukkan dalam microwave lebih kurang 30 saat je. Kalau takde microwave, boleh masak atas dapur hingga bancuhan tadi kental seakan bubur. Sejukkan mengikut suhu bilik.

Untuk sos perapan, satukan bahan kisar dengan bancuhan kanji, lobak merah, daun bawang, serbuk cili, sos ikan, gula dan cuka. Kalau dah ada rasa pedas, masin, manis, masam tu, bolehlah sapu pada setiap helaian kobis.

Masukkan kobis yang sudah disapu dengan sos tadi ke dalam tupperware atau bekas yang sesuai. Tutup ketat-ketat. Biarkan proses penjerukan selama 2 hari pada suhu bilik.

Dah siap tu, bolehlah makan. Resepi asal takde pun letak cuka, tapi aku suka letak tanpa sebab yang kukuh. Oh ya, lepas dah 2 hari tu, sila masukkan dalam peti ais ye. Pastikan semasa proses korang menjeruk tu, tak ada lalat yang menganggu :)

Semoga bermanfaat.


4 comments:

  1. Alamak.kirim lah cik akak.juga..haha..dah lama.nak rasa kimchi nie..alamak terliur pula cik akak

    ReplyDelete
  2. Baca rs mcm sedap je kimchi ni. Teringin sgt nk rasa

    ReplyDelete
  3. nampak macam mudah..tapi amat susah untuk buat..hahaha.itu akak la...nak beli yang dah siap jelah

    ReplyDelete
  4. Sabtu ni saya nak cuba buat.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.