KISAH SERAM : HOMESTAY BERHANTU DI SEREMBAN - Tunsha Ayunie Punya Belog

April 06, 2017

KISAH SERAM : HOMESTAY BERHANTU DI SEREMBAN

KISAH SERAM : HOMESTAY BERHANTU DI SEREMBAN - Kisahnya satu hari tu Aminah (bukan nama sebenar) dan keluarga dia dari Johor sewa homestay kat area Seremban sebab ada majlis kenduri kahwin. Aminah ni wakilkan mak ayah dia sebab mak ayah dia tak sihat.

Bilik dalam homestay tu ada 3. Bilik depan Nekda tido dengan Neksu dan anak Neksu. Bilik belakang atok sedara dia tido. Bilik lagi satu tak tahu apa jadi. Hehe..

Ok, malam tu Aminah tido sorang-sorang je dalam bilik sebab atok, nenek, makcik dan anaknya tido dekat ruang tamu. Diorang yang suruh Aminah tido dalam bilik. Aminah ni ada laaa sikit rasa cuak, sebab rumah tak pernah pergi kan? Kalau aku disuruh tido sorang2 pun aku takut.

Dipendekkan cerita, keluarga Ucu Aminah ni menumpang di homestay diorang. Aminah ni lega lah sebab ada teman tido. Mula-mula dia ajak Maksu dia tapi Maksu nak tido dengan Ucu dekat ruang tamu. So, Aminah pujuk anak Maksu, si Atiqah. Nasib baik budak tu mahu.


Tengah layan perasaan, Atiqah pandang belakang pintu sambil tanya Aminah "Kakak, apa yang ada dekat belakang pintu tu?" .. Aminah yang dah mula rasa seram pandang belakang pintu, rupanya telekung. Lepas tu Atiqah tak jadi nak teman Aminah dan mintak nak tido dengan ibu ayah dia. Aminah terpaksa akur.

Pukul 3 pagi, Aminah terdengar bunyi bising dekat dapur. Dia ingatkan Neksu atau Nekda tengah bancuh air. Dia biarkan je sampai satu tahap, bunyi dekat dapur tu makin bising. Aminah bangun dengan harapan nak tanya diorang buat apa, tapi sampai ke pintu, Aminah sedar dapur gelap gelita.


Sebab dah rasa lain macam, Aminah pasang segala surah yang ada. Akhirnya Aminah terlelap. Esok pagi tu dia tanya Nekda dan Neksu serta pakcik makcik dia kot-kot diorang ada bancuh air malam tadi, masing-masing cakap takde. Cuma Makcik Aminah ni bagitau dia rasa macam ada yang cuit kaki dia. Ingatkan anak dia padahal anak dia tengah tido. Nekda pulak cakap dia rasa ada yang perati je dia tido. Tapi takdelah perkara teruk yang berlaku, mungkin "benda" tu sekadar nak bagitahu kehadiran "dia" disitu.

Hmm.. cerita pasal homestay ni kan, aku memang takut nak tinggal kat HOMESTAY. Setiapkali masuk homestay rasa jantung berdegup laju. Nanti aku share pengalaman aku dekat homestay Cameron Highland ya :) - SUMBER ASAL

4 comments:

  1. Huhh seram gak ni...part dgr kt dapur tu yang berdebar rasa...dalam gelap boleh bising..sesuatu sgt...mmg kena baca surah rukyah selalu sebelum nak masuk homestay...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pergi homestay, memang kat dapur tu tempat "depa" bermain.. hehe

      Delete
  2. Tempat yg jarang org tinggal seperti homestay, hotel, resort mmg akan terjadi perkara cm nie. Awal nak masuk jgn lupa beri salam.

    ReplyDelete
  3. Alamak! Seram juga nih! Dahlah akak malam ni nak tidur kat hotel. Mahu buka TV dan lampu sampai ke pagi supaya tak gelap bilik. Akak ni nampak aje macam berani tapi yang sebenarnya, takut yang amat!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.