DATO SERI VIDA SAH BERCERAI TALAK SATU - Monolog Aku Cuma Di Kiri

April 07, 2017

DATO SERI VIDA SAH BERCERAI TALAK SATU

DATO SERI VIDA SAH BERCERAI TALAK SATU - Siapa yang sukakan penceraian kan? Tapi kalau tiada sefahaman, sebaiknya dielakkan. Takut jadi makin tekanan dari sudut mental juga. Pernah baca dulu, kalau berduit ni tak payah fikir apa, hidup mesti gembira je. Hmmm... kalaulah kau tahu, orang berduit ni lebih banyak benda kena fikir instead rasa gembira sentiasa.


Jujurnya aku suka tengok Dato Vida dengan ex-suami dia ni. Nampak serasi dan sweet. Tapi apa yang kita nampak tu bukan semuanya kenyataan kan? Mungkin tiada jodoh antara mereka, eloklah berpisah cara baik.


Perkahwinan yang dibina selama 3 tahun itu tidak bertahan lama dan berakhir dengan penceraian. Suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin melafazkan talak satu di Mahkamah Syariah Ipoh. Buat pembaca, ini adalah perkahwinan ketiga Dato Vida.

Semoga Dato Vida bertabah dengan dugaan ini.

1 comment:

  1. Kita aje nampak orang berduit ni happy padahal mereka pun sama aje. Adakalanya ditimpa masalah juga. Tapi, tak akan nak tunjuk pada semua yang mereka ada masalah.

    Dah takda jodoh, lebih baiklah berpisah. Kalau diteruskan juga, menderita hidup nak buat apakan...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.