4/1/17 - Monolog Aku Cuma Di Kiri

April 29, 2017

SINOPSIS CERITA SERAM PAYA HITAM (ASTRO)

6:47 PM 2
SINOPSIS CERITA SERAM PAYA HITAM (ASTRO)
SINOPSIS CERITA SERAM PAYA HITAM (ASTRO) - Banyak pulak kisah seram dekat astro sekarang ni. Telemovie terbaru ini adalah hasil garapan Bade Hj Azmi. Lama dah tak tengok karya beliau. Kalau dulu, filem Bade Hj Azmi ni mostly into social life punya cerita la kan? Contohnya KL Menjerit.

Telemovie ini akan bersiaran pada hari ini di Astro. Siapa-siapa yang hati kental tu bolehlah melayan telemovie yang berjudul Cerita Seram Paya Hitam ini. Sebelum tu, jom baca sinopsis dulu.


JUDUL : CERITA SERAM PAYA HITAM
TARIKH / MASA : Sabtu, 29 April 2017, 9.00 malam
SIARAN : Citra Exclusive (Astro Citra 131 & Mustika HD 134)
PENGARAH : Bade Haji Azmi
TERBITAN : Million Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Faizal Hussein, Nonny Nadirah, Ain Sufia, Raja Afiq, Ryan Iskandar, Faizul Syaharin

SINOPSIS
Demi untuk mendapatkan sesuatu, satu perjanjian telah termeterai selama 30 tahun. Pada ulangtahun kelahirannya, Jaja mula didatangi dengan satu entiti yang mahu mengambil nyawanya. Apakah misteri disebalik kisah ini? Perjanjian apa yang dilakukan oleh abangnya Hassan? Apakah kesan daripada perjanjian tersebut?

Jom kita menonton malam ni :)

April 28, 2017

SAMPAI HATI... BAYI INI DICAMPAK DALAM API DAPUR OLEH BAPA SENDIRI!

8:42 PM 0
SAMPAI HATI... BAYI INI DICAMPAK DALAM API DAPUR OLEH BAPA SENDIRI!
SAMPAI HATI... BAYI INI DICAMPAK DALAM API DAPUR OLEH BAPA SENDIRI! - Dunia sekarang ni, kejam betul. Yang jenis kawin muda ni tahu nak baran je. Takde sikap kesabaran langsung. Bengang pulak aku. Dia ingat anak dia tu anak patung ke nak buat macam tu?


Ada seorang lelaki dekat Jakarta Indonesia, dikenali sebagai Taruna baru berumur 23 tahun. Dia ni tengah lapar gamaknya, isteri pulak tak masak. Dia jadi bengang, terus campak anak dia dekat bara api dapur. Haihhhhhhhhh kejamnya kau! Tak TARUNA langsung! Tapi, Allah melindungi anak dia yang masih bayi itu. Anak dia hanya terjatuh di tepi bara api itu sahaja dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Isteri dia Yuni yang baru berusia 20 tahun, telah dipukul sebelum itu sebab tak masak. Geram pulak aku baca. Pasal tak masak je kot. Kau beli lah makanan kat luar atau masaklah sendiri!

Apapun, Taruna telah ditangkap oleh jiran-jiran sebelah rumah. Kes masih dibawah penyiasatan polis. Aku harap dia dipenjarakan. Lapar punya pasal pun sanggup jadi zalim. Herghh!

Sumber - Sinar Harian

RESEPI FETTUCINE GORENG BERSAMA PARMESAN

12:32 PM 1
RESEPI FETTUCINE GORENG BERSAMA PARMESAN
RESEPI FETTUCINE GORENG BERSAMA PARMESAN - Harini sebenarnya rasa nak cuti masak. Tapi aku ni kalau tinggal rumah mak, memang asyik nak ke dapur je. Padahal kaki dengan pinggang dah tak kuat pun.

Pagi tadi tanya Lia ada apa je kat dapur. Aku nak masak. Sekali jumpa Vermicelli ni. Terus buntu kejap. Lastly terfikir resepi ala-ala Spagetti Aglio Olio. Ni versi hakakkk ye uolsss. Kita yang masak, kita yang makan. So biarlah kita nak letak apa-apapun.


RESEPI VERMICELLI GORENG BERSAMA PARMESAN
Bahan-bahan :
1 bungkus pasta vermicelli - rebus
1 sudu besar marjerin
3 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang holland - mayang kasar
1 tin cendawan butang - hiris halus
5 ketul filamen ketam - potong dadu
1 sudu besar chili flakes
1 sudu kecil lada hitam - kisar kasar
1 kiub pati ayam
Sedikit garam
Keju parmesan secukupnya

Cara-cara :
Apa yang korang perlu buat, cairkan marjerin. Lepastu masukkan bawang putih, bawang holland, cendawan, filamen ketam, chili flakes, lada hitam dan kiub pati ayam. Tumis sehingga bawang layu dan masukkan pasta tadi.

Selepas itu, gaul rata dan letak sedikit garam dan keju parmesan. Biarkan sebati. Sedia untuk dihidang.

Simple sangat sebenarnya. Saja je nak share buat koleksi dalam blog. Hehe! Oh ya, resepi ni pedas dia datang dari lada hitam. Kalau korang tak suka lada hitam yang kuat tu, boleh je tukar dengan cili padi.

Daaa~

UPDATE : Aku tak tahu macam mana nama dia boleh jadi Vermicelli, padahal Vermicelli tu bihun. Hahhahaa! Adoiiii dah lama entri ni baru perasan, malas nak tukar watermark pulak. Maaf!

April 25, 2017

SINOPSIS GLAMOROSA (TELENOVELA TV3)

8:01 PM 1
SINOPSIS GLAMOROSA (TELENOVELA TV3)
SINOPSIS | GLAMOROSA (TELENOVELA TV3) - Sejak layan cerita Carmela haritu, terus jatuh cinta balik nak layan cerita Filipina. Sebenarnya, telenovela ni memang menjadi kegemaran aku dari kecik. Dulu layan drama Mexico, sekarang Filipina pulak. Walaupun jalan cerita tu hampir kurang sama je, still rasa nak menonton.

Telenovela Glamorosa ni adalah drama pengganti bagi drama Carmela yang baru je habis tayangannya minggu lepas. Glamorosa adalah kisah mengenai cinta, keluarga, perubatan kosmetik, kecantikan dan kesempurnaan.


JUDUL : GLAMOROSA
SLOT : Telenovela TV3
PENGARAH : Eric Quizon, Joyce Bernal, Algier Joseph & John Red
PELAKON : Lorna Tolentino, Alice Dixson, Zoren Legaspi, Tonton Gutierrez, Victor Silayan, Martin Escudero & Ritz Azul

SINOPSIS
Mengisahkan permainan dendam Paulina selepas apa yang berlaku pada keluarganya. Ayahnya dibunuh secara kejam dan sejak itu juga ibunya mengalami sakit mental akibat tekanan. Dia cuba mengaturkan rancangan untuk membalas dendam terhadap Dra. Claudia Herrera, wanita yang menyebabkan kehidupan dia sekeluarga sengsara.

Paulina mula menyuruh teman lelakinya Karl, menggoda Natalia, anak kepada Dra. Claudia Herrera, sehingga Natalia jatuh cinta kepadanya. Natalia dan Karl akhirnya tinggal bersekedudukan. Lebih malang, apabila Karl sudah jatuh cinta pada Natalia dan terus melupakan Paulina.

Paulina telah mempergunakan Claudia untuk mendapatkan Karl semula. Dalam waktu yang sama, Natalia mengandung. Dalam satu kemalangan membabitkan Natalia dan Karl, anak Natalia dilahirkan dan mempunyai kesan melecur di pipinya.

Claudia berniat untuk memisahkan Natalia dan anaknya. Dia telah mengupah Oscar, pemandu dan pembantu peribadinya, untuk menjaga bayi tersebut. Karl pula mengalami amnesia akibat kemalangan terbabit.

Paulina cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan cinta Karl kembali. Apa yang terjadi seterusnya? Jom layan Glamorosa!

April 21, 2017

SINOPSIS MISTERI SOFA LAMA (ASTRO)

6:43 PM 2
SINOPSIS MISTERI SOFA LAMA (ASTRO)
SINOPSIS MISTERI SOFA LAMA (ASTRO) - Baru nampak iklan telemovie ni haritu. Rasa macam tertarik pulak nak menonton sebab ada Zarul Umbrella dengan Intan Sarafina. Aku ni walaupun pengecut lah jugak tapi tak serik untuk layan cerita seram. Errrr.... seram sangat ke cerita ni? Nanti aku review lepas tengok.


JUDUL : MISTERI SOFA LAMA 
TARIKH / MASA : Sabtu, 22 April 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Citra Exclusive (Astro Citra 131 & Mustika HD 134)
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : MIG Production Sdn Bhd
PELAKON : Zarul Umbrella, Intan Sarafina, Lisdawati, Amylia Nastasha, Along Eyzendy

SINOPSIS
Mengisahkan tentang sepasang suami isteri iaitu Nizam dan Tania. Tania yang sarat mengandung meminta Nizam membelikannya sofa. Oleh kerana masalah kewangan, Nizam hanya membeli sofa itu di kedai barangan terpakai.

Semenjak sofa itu berada dirumah mereka, Nizam telah menerima rezeki tidak terduga. Selain itu, dia juga telah dinaikkan pangkat. Namun, rumahtangganya menjadi huru-hara gara-gara Nizam menjadi obses dengan sofa itu dan sanggup ketepikan perasaan Tania.

Apakah rahsia disebalik sofa lama itu? Saksikan MISTERI SOFA LAMA di saluran Astro Citra @ Mustika HD.

BUDAK 7 TAHUN TERJUN MENGGUNAKAN PAYUNG HUJAN

11:13 AM 1
BUDAK 7 TAHUN TERJUN MENGGUNAKAN PAYUNG HUJAN
BUDAK 7 TAHUN TERJUN MENGGUNAKAN PAYUNG HUJAN - Nak tergelak pun ada baca berita ni. Sebab kisahnya persis zaman aku kanak-kanak dulu. Aku terlalu tergoda dengan cerita dongeng yang aku tengok dekat TV. Contohnya, Doreamon. Aku anggap pintu almari bilik aku sebagai 'Pintu Suka Hati' . Haihh...


Berlaku di Suzhou, China Timur, seorang budak lelaki berumur 7 tahun hampir maut gara-gara tertarik dengan aksi kartun yang ditontonnya. Dia menggunakan payung hujan dan terjun dari tingkat 10. Nasib menyebelahi budak ni sebab dia tersangkut dekat wayar elektrik.


Walaupun terselamat, budak tu dilaporkan mengalami kecederaan yang serius jugak lah. Kesian pulak. Haaa... kejadian seperti ini sebenarnya pernah terjadi pada tahun 2013 dimana seorang kanak-kanak berumur lima tahun cuba terjun selepas menonton kartun.

Psttttt........... aku pun pernah jugak cuba-cuba nak terjun pakai payung hujan ni. Nasib baiklah tak gamak nak buat lagi. Hoho

SUMBER : SIAKAP KELI

April 20, 2017

KISAH SERAM BANGLO PERANGINAN CAMERON HIGHLAND

5:22 PM 1
KISAH SERAM BANGLO PERANGINAN CAMERON HIGHLAND
KISAH SERAM BANGLO PERANGINAN CAMERON HIGHLAND - Selalunya aku cerita pasal kisah seram orang lain. Tapi ini kisah aku sendiri. Saja nak berkongsi. Kisah ni terjadi akhir tahun 2014 dimana kejadian itu berlaku masa kami sekeluarga bercuti di Cameron Highland. Kisahnya tak laaa berapa seram.

Alkisahnya, Mama ajak kami dan keluarga Maklong pergi bercuti ke Cameron Highland. Teringin katanya. So keluarga kami dan Maklong ada. Maklong bawak Kaklong dengan anak-anaknya Aqeel, Arissa & Annas. Mama sewa satu banglo berharga RM5 je satu malam. Haaa percaya tak?

Melangkah masuk dalam banglo, ada bau-bau sikit. Orang kata kalau bau tu buat tak tau je. Aku pun buat tak tau laa. Saja tanya tuan suami, "abang, banglo ni ada 'benda' tu tak?" .. Lepas tu kena marah dengan tuan suami. So aku diam je la. Keluar kejap layan adik-adik dengan anak buah. Ada satu part tu, aku dukung Annas, sekali Annas tengok je sejenis pokok bunga kat situ. Lepas tu dia peluk aku kuat-kuat, siap cakap "Bonda....Annas takut..." .. aku buat tak tau sebab tak nampak apa. Cuma Annas ni kuat jugak semangat dia, takde la dia nangis-nangis.


Then lepas Asar, aku mandi. Masa mandi, aku rasa macam seseorang perhatikan aku dari tingkap. Aku cakap "kau jangan la kacau aku.." , sambung mandi cepat-cepat. Aku ni takut hantu sebenarnya sebab takut kena rasuk. Lepas mandi, nak solat maghrib. Masa solat pun rasa macam seseorang perhatikan aku. Sampai aku nak tido pun aku tak selesa, walaupun tuan suami ada disisi aku. Malam tu takde la stress sangat melayan 'benda' tu berbanding malam seterusnya.

Malam kedua, aku mula diganggu dengan bunyi-bunyi yang entah apa. Dengar suara orang tengah borak, macam suara budak tengah bercakap dengan mak dia. Aku intai dekat hal, tak ada siapa. Kaklong semua dah tidur. Dengar pulak orang berlari atas bumbung. Terus kejut tuan suami, tuan suami hanya cakap tak ada apa-apa, dia sambung tidur. Nak nangis aku masa tu.


Aku tengok pulak langsir terbang-terbang, padahal takde kipas atau aircond, tingkap pun tertutup rapat. Mana datang angin? Langsir pulak jenis berat. Aku dah gelabah. Aku baca je la ayat kursi, lastly hanya tido-tido ayam. Aku happy sangat esok tu dah balik. Sebenarnya aku nak sangat stay sana sebab atas bukit dan sejuk, aku kan suka tempat tinggi-tinggi, cuma disebabkan gangguan tu, aku tak sabar nak balik rumah.

Bila balik, tanya tuan suami. Sebab dia biasa mengubat orang so benda-benda halus ni dia boleh nampak. Dia cakap, gangguan tu hanya 'budak kecik' je. Biasalah, atas bukit. So, kiranya aku tak berkhayal la. Tuan suami dengar dan tau apa aku alami, tapi dia taknak aku terus rasa takut. By the way, gangguan tu semata-semata 'dia' nak kita tahu yang 'dia' ada.

Sekian :)

April 19, 2017

GIVEAWAY DIOR MINIATURE PERFUME MINI BY OURMEMORIA.MY

7:26 PM 13
GIVEAWAY DIOR MINIATURE PERFUME MINI BY OURMEMORIA.MY
GIVEAWAY DIOR MINIATURE PERFUME MINI BY OURMEMORIA.MY - Bila tengok tajuk giveaway ni, terus senyum sendiri. Bukan apa, dulu dekat Facebook, aku guna nama Dior Auni. Rakan alam maya memang panggil aku DIOR. So, disebabkan giveaway ni ada ala-ala nickname aku dulu, berbahagialah aku untuk join. Semoga aku menang, amin.
_____________________________________________________

Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.

Copy dan klik banner untuk penyertaan

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.


Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict

Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.

So, siapa-siapa yang rasa hati nak join, dipersilakan. Moga ada rezeki korang.

SYAMSUL YUSOF SELAMAT MENIMANG CAHAYAMATA

12:23 PM 1
SYAMSUL YUSOF SELAMAT MENIMANG CAHAYAMATA

SYAMSUL YUSOF SELAMAT MENIMANG CAHAYAMATA - Tahniah buat pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang telah menimang cahayamata lelaki yang diberi nama Syaikhul Islam. Indah sungguh nama diberi, seindah wajahnya putera dari syurga :)


Dari apa yang aku baca, Syaikhul Islam ini nama pejuang Islam. Cantik kan namanya? Semoga anak kecil ini membesar menjadi anak yang soleh dan memberi manfaat pada semua orang.

InsyaAllah :)

April 18, 2017

RESEPI KIMCHI MELAYU HOMEMADE (VERSI DERHAKA)

7:34 PM 4
RESEPI KIMCHI MELAYU HOMEMADE (VERSI DERHAKA)
RESEPI KIMCHI MELAYU HOMEMADE (VERSI DERHAKA) - Lama dah tak bikin tajuk melampau. Haha! Aku ni berapa kurun dah rasanya mengidam nak makan kimchi. Kalau nak beli kat luar, mahal. Kadang-kadang tak kena dengan halwa tekak. So aku decide untuk buat sendiri. Sebelum ni dah banyak kali buat dah. Selain ratah begitu, aku suka buat nasi goreng kimchi, ataupun letak dalam asam pedas. Pembuka selera kekdahnya.

Mintak tolong Mama belikan buah pear, tapi dia belikan buah lai. Ehhh... sebenarnya aku dah lama tak makan buah, so aku confused. Cuma disini aku sebenarnya memerlukan buah pear yang bulat, kulit dia macam kekuningan sikit. Tapi Mama beli yang warna hijau bentuk macam mentol tu. So aku belasah jela guna apa yang ada. Hehe

Diingatkan, ini resepi derhaka. Tidak 100% ikut bahan Korea. Ada aku letak ikut tekak aku je. Maaf ye, aku saja share :)


RESEPI KIMCHI MELAYU HOMEMADE (VERSI DERHAKA)
Bahan-bahan :
1 ketul kobis panjang - Potong 2, leraikan, basuh bersih dan tos
Garam

Bahan kisar :
1 labu bawang holland/kuning
4 ulas bawang putih
Halia besar ibu jari
1 sudu besar udang kering
1 biji buah pear kuning - buang kulit

Bahan kanji :
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air
1 sudu gula

Bahan-bahan lain :
1 batang lobak merah, hiris memanjang dan halus
1 ikat daun bawang
1 paket kecil serbuk cili
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
Sedikit cuka

Cara-cara :
Sapu garam di setiap helaian kobis. Perap selama 3-4 jam. Selepas itu, basuh kobis bersih-bersih dan perah lebihan air. Toskan. Ok, jom buat kanji pulak.

Tepung beras + air + gula. Biarkan semua bahan sebati, Masukkan dalam microwave lebih kurang 30 saat je. Kalau takde microwave, boleh masak atas dapur hingga bancuhan tadi kental seakan bubur. Sejukkan mengikut suhu bilik.

Untuk sos perapan, satukan bahan kisar dengan bancuhan kanji, lobak merah, daun bawang, serbuk cili, sos ikan, gula dan cuka. Kalau dah ada rasa pedas, masin, manis, masam tu, bolehlah sapu pada setiap helaian kobis.

Masukkan kobis yang sudah disapu dengan sos tadi ke dalam tupperware atau bekas yang sesuai. Tutup ketat-ketat. Biarkan proses penjerukan selama 2 hari pada suhu bilik.

Dah siap tu, bolehlah makan. Resepi asal takde pun letak cuka, tapi aku suka letak tanpa sebab yang kukuh. Oh ya, lepas dah 2 hari tu, sila masukkan dalam peti ais ye. Pastikan semasa proses korang menjeruk tu, tak ada lalat yang menganggu :)

Semoga bermanfaat.


April 17, 2017

PERSEMBAHAN ALA KAVADI DARI SYEERA MENTOR MEMUKAU PADA MINGGU KE-10

8:54 AM 1
PERSEMBAHAN ALA KAVADI DARI SYEERA MENTOR MEMUKAU PADA MINGGU KE-10
PERSEMBAHAN ALA KAVADI DARI SYEERA MENTOR MEMUKAU PADA MINGGU KE-10 - Semalam tiada penyingkiran. Tapi boleh kata semua peserta buat persembahan dengan bagus la kan. Pilihan untuk persembahan semalam adalah Syeera, sebab bulu roma aku meremang. Syeera ni antara protege yang aku selalu buat tak nampak je, sebab dia kan takde kontroversi sangat. Hehe


Bagi aku, persembahan Syeera agak unik membawakan lagu Mahligai Syahdu nyanyian Dato Hattan dalam versi Kavadi. Lain daripada yang lain. Dato Hattan dan Aizat Amdan selaku juri pun suka dengan persembahan Syeera. Sebab persembahan yang memukau itu, Syeera mendapat 20 markah (markah penuh).

Korang rasa best tak persembahan Syeera semalam?

April 15, 2017

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BAKING SODA PADA WAJAH

2:28 PM 0
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BAKING SODA PADA WAJAH
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BAKING SODA PADA WAJAH - Korang pernah tenyeh baking soda kat muka korang? Aku pernah la cuba sekali, pedih gila muka aku, terus tak teringin nak guna. Effect padai baking soda pada muka memang best, tapi mungkin tak serasi dengan kulit muka aku

Baking soda ni mudah didapati dan ianya digunakan sebagai home remedies di rumah. Sungguhpun begitu, ada yang tak tahan dengan baking soda ni tau. Kalau korang nak cuba, buat sedikit pes baking soda, dan sapu dileher. Kalau ada rasa panas-panas tu maksudnya tak sesuai lettew. Jangan gatal teruskan pemakaian pulak.


KEBAIKAN BAKING SODA
Kebaikan baking soda pula, ia bertindak sebagai pembersih secara cepat. Selain tu, kalau muka korang ada masalah jerawat, pun boleh tempek baking soda ni. Jerawat boleh cepat kecut.

KESAN SAMPINGAN BAKING SODA
Baking soda adalah kelompok garam bersifat alkali, kasar dan menghakis. Elemen pada baking soda ni tak sesuai untuk kulit sensitif. Ianya akan menyakibatkan iritasi, kemerahan, bengkak dan kesakitan.

Jangan gunakan baking soda secara berlebihan. Nanti muka korang bukan putih dan cantik, malah makin hitam lebam dan buruk. Ewww.. Bukan itu saja, keburukan menggunakan baking soda secara berlebihan akan mengakibatkan lapisan kulit wajah korang rosak dan menjadikannya kering.

Sekian.

April 14, 2017

REVIEW FILEM DORM MELATI

6:36 PM 2
REVIEW FILEM DORM MELATI
REVIEW FILEM DORM MELATI - Baru sempat nak menonton filem ni, tapi online laa kan? Itupun payah alkisahnya. Seperti sedia tahu, filem ni adaptasi dari kisah benar. Sejauh mana kebenaran yang diadaptasi tu aku tak tahulah kan? Meh aku share sinopsis dan review.


SINOPSIS
Mengisahkan tentang Melati seorang pelajar yang cemerlang di sekolah. Kelakuan Melati berubah setelah kehilangan ibubapanya. Pada satu hari, Melati telah diganggu oleh Wanfi dan dua orang sahabatnya yang lain. Melati yang sakit hati dengan perbuatan Wanfi, bertindak meludahnya. Kerana ego dan kelakiannya tercabar, Wanfi telah membalas dendam dan bertindak merogol Melati beramai-ramai.

Pada era lain pulak, pelajar yang baru habis STPM iaitu Adam dan sahabat-sahabatnya Raihana, Eddy, Zafirah, dan Carol ingin melakukan aktiviri Summer Camp. Adam telah memilih tempat di Dorm Melati. Walaupun yang lain tidak bersetuju, mereka terpaksa akur.

Sesampai mereka ke destinasi, mereka diingatkan supaya "jangan buang masa cari tempat lain, takut diri sendiri tak berjumpa".

Pelakon : Julia Marin, Aedy Ashraf, Nadia Aqilah, Aizat Hassan, Ardell Aryana, Syaa Nasir & Sabrina Ali

REVIEW
  1. Starting cerita ni memang memberi elemen seram pada aku especially babak Melati membalas dendam dan mengheret cangkul tanah.
  2. Ada elemen suspen yang membuat korang tertunggu-tunggu apa terjadi seterusnya.
  3. Perjalanan cerita agak tipikal, sebab aku macam boleh tahu kenapa Melati nak balas dendam.
  4. So far dari 5, aku bagi 2.5 saja :)
Sekian.

April 13, 2017

RESEPI POPIA VIETNAM UDANG DAN KETAM (VIETNAMESE ROLL)

7:10 PM 3
RESEPI POPIA VIETNAM UDANG DAN KETAM (VIETNAMESE ROLL)
RESEPI POPIA VIETNAM UDANG DAN KETAM (VIETNAMESE ROLL) - Aku ni kan jenis yang suka cuba makanan yang aku nampak dalam internet. Kekadang kalau dah bosan bikin makanan Malaysia, aku intai-intailah makanan jiran sebelah. Satu hari tu aku teringin buat Vietnamese Roll so terjadilah. Ramai jugak yang suka. Lepas tu haritu Mama pergi Vietnam dengan mak-mak sedara aku, yang lain semua pakat kena kejutan makan Vietnamese Roll tu, Mama je steady. hehe~


RESEPI POPIA VIETNAM UDANG DAN KETAM (VIETNAMESE ROLL)
Bahan-bahan :
Rice Paper - Brand Mekong
Bihun - dicelur hingga lembut, kemudian bilas dengan air paip, toskan
Daun salad (lettuce)
Daun pudina
Timun jepun - dipotong memanjang
Udang - perap dengan garam dan kukus
Filamen ketam - celur
Minyak bijan untuk elakkan melekat.

Cara-cara :
Caranya sangat mudah. Ambil air masak (pastikan tidak panas), kemudian rendam rice paper. Letak atas pinggan dan susunan dimulai dengan udang @ filamen ketam, daun pudina, timun, daun salad dan terakhir bihun. Gulungkan, kalau taknak bagi melekat, sapu sedikit minyak bijan keliling spring roll tu. Sedia dihidang.

Nak senang, cicah dengan sos cili Thai + air panas sikit. Dah sedap dah. Tapi aku suka makan dengan sos ikan + gula sikit + cili padi potong + bawang putih. Hihi

Selamat mencuba :)

April 12, 2017

ADA TIGA JENIS MANGSA PRODUK BERMERKURI

7:16 PM 1
ADA TIGA JENIS MANGSA PRODUK BERMERKURI
ADA TIGA JENIS MANGSA PRODUK BERMERKURI  - Cakkk! Hai korang? Korang sihat tak? Aku ada dapat info ni tak tahu la betul ke tidak, cuma aku rasa logik maka aku pun share. At least menjadi guideline untuk kita yang obses cantik ni. Semoga bermanfaat untuk korang especially yang guna local product untuk glowing, flawless gorgeous gittchuuu !

Kita tahu, kulit kita ni berbeza-beza. Ada yang sensitif, ada yang tak berapa nak sensitif dan normal. Maka, kesan merkuri pada kulit juga berbeza-beza. So jom kita study sikit, at least korang takde la berlapang dada sangat kalau korang berhenti pakai sesuatu local product tu, muka korang tak jadi apa-apa.


TIGA JENIS MANGSA PRODUK KOSMETIK BERMERKURI

MANGSA 1 : Bila mangsa memakai produk bermerkuri, muka akan berasa gatal dan kemerah-merahan. Untungnya mangsa ini sebab kulit mereka boleh detect andai produk yang digunakan ada merkuri. Kalau terjadi, segera tinggalkan produk tersebut.

MANGSA 2 : Masa pakai produk tinggi merkuri, muka mereka akan kelihatan cantik, glowing, flawless & gorgeous. Tapi bila stop, perlahan-lahan kulit akan ditumbuhi jerawat nanah yang bengkak-bengkak. Sindrom ni memang banyak terjadi dikalangan orang Malaysia.

MANGSA 3 : Konsisten pakai produk bermerkuri lebih kurang 2-3 tahun. Bila stop pun kulit tak naik apa-apa, takde masalah langsung. Tapi kena ingat, andai korang mangsa yang ke-3 ni PALING BAHAYA. Sebab, merkuri dan perlahan-lahan makan organ dalaman, badan akan jadi cepat lesu, demam, migrain, dan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf. Bagi ibu mengandung dan ibu yang sedang menyusukan anak, ianya boleh mengganggu perkembangan anak-anak jugak.

Image result for mercury element
Merkuri

Yang ke-3 ni aku baca dalam beberapa komen dekat Facebook. Diorang kata kalau diorang stop pun tak naik apa-apa. Well, produk bermerkuri ni ambik masa bergantung pada kulit dan berapa lama korang pakai sesuatu produk tu.

Bayangkan, merkuri bertaburan dalam rumah pun orang panggil bomba, inikan ditonyoh-tonyoh pada kulit. Aduhai...... hmm, suka aku pesan banyak kali, biarlah muka tak cantik dari mencari penyakit.

Peace No War. Sekian.

April 11, 2017

KULIT SIHAT DAN CANTIK DENGAN NEUTROGENA DEEP CLEAN !

8:16 PM 5
KULIT SIHAT DAN CANTIK DENGAN NEUTROGENA DEEP CLEAN !
KULIT SIHAT DAN CANTIK DENGAN NEUTROGENA DEEP CLEAN ! - Memiliki kulit yang sihat dan cantik memang menjadi idaman setiap wanita. Begitu jugak aku. Aku tidak mengalami kulit yang sensitif tapi aku selalu berkira-kira dalam memilih produk kecantikan. Pilihan aku adalah produk yang diluluskan dermotologi.

Baru-baru ini aku diberi peluang untuk mencuba produk dari Neutrogena Malaysia. Kulit aku jenis kusam sebenarnya. Lepas guna produk Neutrogena, Mama pun ada puji kulit wajah aku nampak berseri.


ANTARA RANGKAIAN NEUTROGENA YANG AKU CUBA :

Deep Clean Brightening Cleansing Oil to Foam
Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub
Deep Clean Brightening Foaming Cleanser

Bagi aku, ketiga-tiga produk ini SANGAT BEST ! Cuma kalau tanya pilihan aku, aku suka Deep Clean Brightening Cleansing Oil to Foam. First time pakai, aku rasa kulit aku licin ! Hanya dengan satu pump sahaja, aku dah yakin yang aku cantik. *hehe*


Kenapa Deep Clean Brightening Cleansing Oil to Foam sangat best? Ianya bukan sekadar pencuci muka, tapi bertindak sebagai make-up remover jugak! Kira pencuci ni ada DUA FUNGSI DALAM SATU MASA !

Jom aku share kebaikan rangkaian dari Neutrogena khas untuk Kulit Kusam :)


DEEP CLEAN BRIGHTENING CLEANSING OIL TO FOAM 
142ML (RM44.90)
  1. Mempunyai ekstrak Mulberry yang kaya dengan Vitamin C dan B3 untuk mencerahkan kulit wajah dan menjadikan kulit kelihatan sihat, licin dan berseri.
  2. Proses 'Dual-transformasi' (mengubah dari minyak gel ke buih lembut), menjadikan ianya lembut pada kulit serta mudah dicuci tanpa meninggalkan kesan. 
  3. Mengandungi ekstrak daun Oleifera untuk menanggalkan kesan solekan, kotoran dan minyak dalam satu basuhan.
  4. Bau yang tidak terlalu kuat.
  5. Hanya dengan 1 @ 2 pump saja, basahkan muka dan cuci secara membulat ke atas lebih kurang 15 saat, dan bilas. Kulit wajah terasa segar.


DEEP CLEAN BLACKHEAD ELIMINATING SCRUB
100g (RM23.70)
  1. Dari bahan-bahan semulajadi untuk kawalan minyak. Ianya akan menembusi ke dalam liang-liang pori untuk mengawal lebihan minyak.
  2. Membersih dan menghaluskan liang roma.
  3. Scrub yang lembut membantu menghapuskan bintik hitam degil seawal penggunaan yang pertama dan menghalang terbentuknya bintik hitam yang baru.
  4. Kulit terasa lembut dan akan terjadi pengelupasan secara perlahan-lahan.
  5. Boleh dipakai secara rutin, aku pakai selang sehari.
  6. Mempunyai bau yang wangi dan menenangkan.


DEEP CLEAN BRIGHTENING FOAMING CLEANSER
100g (RM21.70)
  1. Memberikan penghapusan 99% bendasing dan membuatkan wajah kelihatan bersih dan berseri. Dengan ekstrak mulberi dan 'vitamin complex' terbukti secara klinikal membuatkan wajah lebih putih dengan setiap cucian.
  2. Sesuai digunakan pada waktu malam sebelum tidur kerana ianya berkesan menanggalkan kotoran, minyak berlebihan dan sisa pencemaran alam sekitar yang menjadikan kulit kusam.
  3. Haruman buah-buahan yang segar dalam pencuci muka ini amat menenangkan dan membantu kita beristirehat selepas penat seharian.
Semua rangkaian produk ini adalah diuji oleh dermotologi. So jangan risau sebab ianya produk yang selamat. Sebagai Neutrogena Beauty Squad, aku happy sangat diberi peluang untuk mencuba produk dari Neutrogena. Memang menepati masalah kulit muka aku. Dulu aku pandang sebelah mata je produk Neutrogena ni, baru tahu Neutrogena terkenal satu dunia!


Korang kenal Nicole Kidman? Beliau adalah aktress Australia yang meningkat umurnya. Nicole Kidman telah diiktiraf sebagai Duta Jenama Sedunia (Neutrogena) yang baru! Makin berumur ni kenalah makin menjaga kulit kan? Jom cantik dengan Neutrogena!

Layari Facebook Neutrogena : Neutrogena Malaysia

KKM SAHKAN TATI SKINCARE ANTARA PRODUK YANG MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

5:40 PM 0
KKM SAHKAN TATI SKINCARE ANTARA PRODUK YANG MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL
KKM SAHKAN PRODUK TATI SKINCARE ANTARA PRODUK YANG MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL - Isu ni masih hangat dan telah menaikkan kemarahan pengguna. Sebelum ni, pihak HQ ingin membuat siasatan dan telah melantik lawyer untuk ambil tindakan kepada sesiapa yang "mengfitnah" produk mereka.

Hmm... orang tak akan fitnah kalau perkara itu tidak betul sisturssss. Orang lagi suka nak pakai, sama-sama cantik, sama-sama naik. Kan? Tapi berita yang baru disampaikan oleh akhbar hari ini umpama menyimbah minyak pada pengguna setia produk tersebut.

Meh aku kepilkan screenshot ni, korang judge la sendiri ye. Ini dari KKM ye bukan dari Brunei.




Notifikasi produk-produk kosmetik yang terlibat itu telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi. Selain Tati Skincare, produk lain yang mengandungi racun berjadual itu termasuklah Moleek Anti Pigment Cream.

Buat masa ni, hanya Tati Treatment Cream dan Tati Night Cream je yang dikatakan ada racun. Produk lain tu wallahualam. Kalau yakin, boleh je guna produk yang lain tu. KALAU YAKIN LAH. Hmm.... entri ni bukan pasal iri hati ye, cuma berkongsi supaya ramai berfikir. Aku memang tak pakai skincare local macam ni, takut .

Ramai yang meminta penjelasan dari pihak Tati Skincare ni tapi masih tak ada jawapan. Kepada pengasas Tati Skincare, semoga buat pencerahan sewajarnya dari sibuk nak saman sana dan sini.

Akhir kata dari aku, aku lebih rela tak cantik daripada merosakkan kulit sendiri :)

Sekian.

April 07, 2017

FAHAMI PERBEZAAN KOD KKM ANTARA 'NOT', 'MAL' DAN 'KKM'

10:53 PM 2
FAHAMI PERBEZAAN KOD KKM ANTARA 'NOT', 'MAL' DAN 'KKM'
FAHAMI PERBEZAAN KOD KKM ANTARA 'NOT', 'MAL' DAN 'KKM' - Tak ramai orang yang tahu pasal kod atau lebih dikenali sebagai notifikasi sesuatu produk dari KKM. Isu ni hangat juga diperkatakan bila baru-baru ni keluar kisah mengenai produk yang berkelulusan dari KKM tapi tinggi merkuri dan bahan-bahan larangan yang lain.

Korang kalau nak tahu sesuatu produk itu telah disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jom baca perkongsian ini.


[NOT]
Barang kosmetik yang ditakrifkan bahan atau penyediaan untuk digunakan pada bahagian luaran tubuh badan seperti kulit, rambut, kuku, bibir, gigi dan rongga mulut.

Di Malaysia, produk kosmetik adalah dikawal dibawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, ASEAN Cosmetic Directives (ACD) dan Guideline for Control of Cosmetic Product in Malaysia bagi menjamin produk kosmetik adalah berkualiti dan selamat kepada pengguna.


Bermula tahun 2008, proses kawalan terhadap produk kosmetik telah bertukar Sistem Pendaftaran kepada Sistem NOTIFIKASI. Melalui sistem ini, pihak syarikat perlu membuat notifikasi kepada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) terlebih dahulu sebelum produk kosmetik tersebut boleh diimport, dikilangkan atau dipasarkan di Malaysia.

Produk kosmetik yang telah dinotifikasi akan diberikan Nombor Notifikasi [NOT] sebagai bukti produk kosmetik tersebut telah bernotifikasi dengan pihak BPFK.


[MAL]
Produk yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh : MAL20125467T) dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu produk ubat-ubatan tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.

Semua ubat yang berdaftar akan mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau pembungkusan. Nombor pendaftaran dimulakan dengan 'MAL' diikuti 8 digit nombor dan diakhiri dengan huruf-huruf kategori pendaftaran produk tersebut.

KATEGORI PENDAFTARAN PRODUK :
A - Ubat mengandungi racun terkawal
X - Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal/OTC
T - Ubat tradisional
N - Suplemen kesihatan

[KKM]
Sebenarnya, kalau sesuatu produk itu berdaftar atau bernotifikasi dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), mereka tidak akan menggunakan huruf 'KKM' dalam mana-mana nombor pendaftaran atau nombor notifikasi.

Jika ianya produk farmaseutikal, suplemen kesihatan, penyediaan ubat tradisional dan kosmetik ada nombor MAL maka produk-produk itu selamat digunakakan dan bebas dari bahan-bahan terlarang seperti merkuri, sabrutamine, dan dadah terlarang.

Setiap produk kosmetik dan farmaseutikal termasuklah makanan tambahan dan penyediaan ubat tradisional wajib mendaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum produk-produk tersebut dijual kepada pengguna.

Nombor pendaftaran untuk produk-produk yang telah berdaftar dengan PBKD akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan iaitu nombor pendaftaran serta hologram yang tulen.

Sumber asal : Sumber: Laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan

Apapun, aku tetap curious sesuatu, produk yang ada nombor pendaftaran dari KKM pun masih ada kandungan yang merbahaya. Pihak atas (pengasas) produk tidak bertindak segera dan hanya ambil alternatif mendiamkan diri.

Aku cuma nasihatkan, sebelum korang pakai atau telan apa jenis produk, fikir kesannya dikemudian hari. Aku lebih selesa guna produk yang ada dermotologist. Senang kata, produk klinikal yang jual dekat farmasi. Biarlah tak glowing janji kulit muka sihat. Haha

Sekian.

DATO SERI VIDA SAH BERCERAI TALAK SATU

3:05 PM 1
DATO SERI VIDA SAH BERCERAI TALAK SATU
DATO SERI VIDA SAH BERCERAI TALAK SATU - Siapa yang sukakan penceraian kan? Tapi kalau tiada sefahaman, sebaiknya dielakkan. Takut jadi makin tekanan dari sudut mental juga. Pernah baca dulu, kalau berduit ni tak payah fikir apa, hidup mesti gembira je. Hmmm... kalaulah kau tahu, orang berduit ni lebih banyak benda kena fikir instead rasa gembira sentiasa.


Jujurnya aku suka tengok Dato Vida dengan ex-suami dia ni. Nampak serasi dan sweet. Tapi apa yang kita nampak tu bukan semuanya kenyataan kan? Mungkin tiada jodoh antara mereka, eloklah berpisah cara baik.


Perkahwinan yang dibina selama 3 tahun itu tidak bertahan lama dan berakhir dengan penceraian. Suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin melafazkan talak satu di Mahkamah Syariah Ipoh. Buat pembaca, ini adalah perkahwinan ketiga Dato Vida.

Semoga Dato Vida bertabah dengan dugaan ini.

KENALI JENIS-JENIS KULIT WAJAH KORANG

12:19 PM 1
KENALI JENIS-JENIS KULIT WAJAH KORANG
KENALI JENIS-JENIS KULIT WAJAH KORANG - Disebabkan aku ni penjual sabun muka, kadang-kadang customer tanya sabun apa yang sesuai untuk kulit wajah diorang. So as Beauty Consultant (konon), aku kenalah mainkan peranan. Karang tak serasi, aku jugak yang kena. Haha!



Aku pun baru belajar tentang jenis-jenis kulit ni. Memang kulit muka kita tak sama, sebab hormon pun ye jugak. Ada yang kulit tebal, ada yang kulit nipis. Yang kulit nipis ni selalu akan sensitif dengan sesuatu produk, termasuklah produk organik. So aku nak share, harap bermanfaat lah untuk korang ye?


KULIT NORMAL
Kulit normal biasanya tidak berminyak dan tidak kering. Kulit normal ni adalah jenis kulit yang jarang bermasalah. Selain itu, kulit rasa anjal je. Korang patut bersyukur kalau kulit wajah korang sejenis yang normal tau!


KULIT KERING
Jenis kulit kering pula, kulit korang memang tidak berminyak, tapi akan terasa kesat dan ianya mempercepatkan penuaan. Selain itu, kulit kering juga menyebabkan pori-pori menjadi besar. Hmm... kulit jenis ni memang menyakitkan hati kan? Kena minum banyak air dan pakai pelembab.


KULIT BERMINYAK
Kulit yang berminyak senang ditumbuhi jerawat, blackhead dan juga whitehead. Kulit ni kira paling banyak juga masalah. Sentiasa bersihkan muka atau memakai masker.


KULIT KOMBINASI
Kulit kombinasi pula, sentiasa berminyak di T-Zone. Ianya gabungan antara kulit kering dan kulit berminyak.


KULIT SENSITIF
Kulit sensitif adalah kulit yang mudah pecah dan berwarna kemerahan, alahan pada habuk, cahaya matahari, bahan kimia dan lain-lain. Kulit sensitif ni pun antara kulit yang susah dijaga.
.
.
.
So, sebelum korang memilih sebarang produk, perhatikan dan kenali dulu jenis kulit korang especially yang mengalami kulit sensitif. Kulit sensitif ni bukan boleh pakai sebarangan produk tau. Semoga membantu dan bermanfaat.

Sekian.

April 06, 2017

KISAH SERAM : HOMESTAY BERHANTU DI SEREMBAN

11:57 PM 4
KISAH SERAM : HOMESTAY BERHANTU DI SEREMBAN
KISAH SERAM : HOMESTAY BERHANTU DI SEREMBAN - Kisahnya satu hari tu Aminah (bukan nama sebenar) dan keluarga dia dari Johor sewa homestay kat area Seremban sebab ada majlis kenduri kahwin. Aminah ni wakilkan mak ayah dia sebab mak ayah dia tak sihat.

Bilik dalam homestay tu ada 3. Bilik depan Nekda tido dengan Neksu dan anak Neksu. Bilik belakang atok sedara dia tido. Bilik lagi satu tak tahu apa jadi. Hehe..

Ok, malam tu Aminah tido sorang-sorang je dalam bilik sebab atok, nenek, makcik dan anaknya tido dekat ruang tamu. Diorang yang suruh Aminah tido dalam bilik. Aminah ni ada laaa sikit rasa cuak, sebab rumah tak pernah pergi kan? Kalau aku disuruh tido sorang2 pun aku takut.

Dipendekkan cerita, keluarga Ucu Aminah ni menumpang di homestay diorang. Aminah ni lega lah sebab ada teman tido. Mula-mula dia ajak Maksu dia tapi Maksu nak tido dengan Ucu dekat ruang tamu. So, Aminah pujuk anak Maksu, si Atiqah. Nasib baik budak tu mahu.


Tengah layan perasaan, Atiqah pandang belakang pintu sambil tanya Aminah "Kakak, apa yang ada dekat belakang pintu tu?" .. Aminah yang dah mula rasa seram pandang belakang pintu, rupanya telekung. Lepas tu Atiqah tak jadi nak teman Aminah dan mintak nak tido dengan ibu ayah dia. Aminah terpaksa akur.

Pukul 3 pagi, Aminah terdengar bunyi bising dekat dapur. Dia ingatkan Neksu atau Nekda tengah bancuh air. Dia biarkan je sampai satu tahap, bunyi dekat dapur tu makin bising. Aminah bangun dengan harapan nak tanya diorang buat apa, tapi sampai ke pintu, Aminah sedar dapur gelap gelita.


Sebab dah rasa lain macam, Aminah pasang segala surah yang ada. Akhirnya Aminah terlelap. Esok pagi tu dia tanya Nekda dan Neksu serta pakcik makcik dia kot-kot diorang ada bancuh air malam tadi, masing-masing cakap takde. Cuma Makcik Aminah ni bagitau dia rasa macam ada yang cuit kaki dia. Ingatkan anak dia padahal anak dia tengah tido. Nekda pulak cakap dia rasa ada yang perati je dia tido. Tapi takdelah perkara teruk yang berlaku, mungkin "benda" tu sekadar nak bagitahu kehadiran "dia" disitu.

Hmm.. cerita pasal homestay ni kan, aku memang takut nak tinggal kat HOMESTAY. Setiapkali masuk homestay rasa jantung berdegup laju. Nanti aku share pengalaman aku dekat homestay Cameron Highland ya :) - SUMBER ASAL

TATI SKINCARE ANTARA PRODUK YANG DISAHKAN DICEMARI BAHAN TERLARANG

2:21 PM 23
TATI SKINCARE ANTARA PRODUK YANG DISAHKAN DICEMARI BAHAN TERLARANG
TATI SKINCARE ANTARA PRODUK YANG DISAHKAN DICEMARI BAHAN TERLARANG - Hmmm... tak habis-habis lagi pasal kes ni. Tapi ramai yang tak sayang kulit masih consume sebab nak cantik punya pasal. Bila kita tulis untuk kesedaran, dikatanya nak jatuhkan bisnes orang lain. Kalau bisnes awak bagus, tidak membahayakan, kenapa pulak kita nak dengki. Baguslah sama-sama Melayu naik. Takde la orang kata bangsa lagi satu tu je yang pandai berbisnes.



Kita ni bukan sekadar Melayu, tapi beragama Islam jugak. Elok sangat ke kalau kaya dengan aniaya orang? Yang awak tahu, SAMAN.

Di Bandar Seri Begawan Brunei, produk-produk seperti Tati Skincare 5 in 1 Set - Night Cream dan Lyanaz Beauty Care Magic Night Cream telah dicemari merkuri dan Tati Skincare 5 in 1 Set - Treatment pula dicemari hydroquinone dan tretinoin.

Bahaya merkuri boleh baca disini :

Hydroquinone dan tretinoin adalah bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan dan memerlukan preskripsi bagi merawat penyakit kulit dan ia dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik penjagaan kulit di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik)

Kementerian Kesihatan menekankan bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan/atau mengeluarkan Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik bagi penjualan produk-produk tersebut. Berikutan dengan kes ini, produk-produk berkenaan dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

Hmm... dekat Brunei pun dah disekat. Malaysia? Hmm.. Sayangilah kulit korang weyyyy. Tak takut kanser ke? Pstttttttttttt... Tapi kalau rasa selamat, silakan pakai :)

NAJIP ALI DIGUGURKAN DARI MENJADI JURI MAHARAJA LAWAK MEGA 2017

1:24 PM 1
NAJIP ALI DIGUGURKAN DARI MENJADI JURI MAHARAJA LAWAK MEGA 2017
NAJIP ALI DIGUGURKAN DARI MENJADI JURI MAHARAJA LAWAK MEGA 2017 - Panas betul Malaysia dengan statement Najip Ali yang dikatakan telah menghina PM kesayangan Malaysia kan. Hmmm.. ye kesayangan :( 


Kejadian berpunca daripada salah satu program yang mengeluarkan soalan "Najib slams ____ for threatening Malaysia's progress". Dan Najip Ali menjawab "Najip with the 'P' slams Najib with the 'B'." Sehubungan dengan kes itu, Najip Ali digesa untuk meminta maaf secara terbuka kepada PM dan rakyat Malaysia.

Hmm... akibat itu juga, Najib Ali selaku juri Maharaja Lawak Mega telah digugurkan dari rancangan itu. Tempatnya akan digantikan dengan bekas juri yang pernah menjadi juri MLM sebelum ini.

Siapa yang menggantikan tempat Najip Ali? Haaaa itu adalah rahsia. Korang tengok je la Maharaja Lawak Mega 2017 hari Jumaat ni.

April 05, 2017

CURANG PUNYA PASAL, KEMALUAN WANITA INI MELEKAT BERSAMA TEMAN LELAKINYA

7:29 PM 0
CURANG PUNYA PASAL, KEMALUAN  WANITA INI MELEKAT BERSAMA TEMAN LELAKINYA
CURANG PUNYA PASAL, KEMALUAN WANITA INI MELEKAT BERSAMA TEMAN LELAKINYA - Sebagai isteri, seharusnya kita wajib taat, lebih-lebih lagi kalau suami melayan kita dengan penuh rasa hormat. Natijah disebalik kecurangan, kita tak tahu. Sebelum jadi apa-apa baik dielakkan. Jangan jadi macam satu pasangan di Nairobi ni.


Dekat Nairobi, ada satu kisah dimana seorang isteri orang ni, melekat dengan teman lelakinya dan mengalami detik-detik memalukan apabila mereka dibawa berarak di tempat umum ke hospital. Mereka melekat ketika melakukan hubungan seks.

Kejadian itu mungkin disebabkan si isteri tadi mengalami kekejangan otot atau dikenali sebagai Vaginismus.

Nasib kedua-dua orang ni tak tahu la apa jadi. Ada jugak baca kononnya si suami dah buat ilmu hitam pada si isteri yang curang tu. Hmmm...

Saja share, untuk iktibar :)

SANGGUPKAH KORANG MAKAN MEE DENGAN 100 BIJI CILI API?

11:42 AM 3
SANGGUPKAH KORANG MAKAN MEE DENGAN 100 BIJI CILI API?
SANGGUPKAH KORANG MAKAN MEE DENGAN 100 BIJI CILI API? - Sanggup ke tidak? Hmm.. kalau korang search dekat Youtube - Mie Abang Adek, korang akan tengok, ramai yang sanggup hadapi cabaran makan Mie Pedas Mampus yang ada disini. Gerainya biasa-biasa je tapi popular dikalangan Indonesia sebab cabaran mee diorang buat tu.

Sumber | Google Image

Kepedasan Mie Abang Adek ni ada level tau. Dari 'sedang pedas' sampai lah ke 'pedas mampus'. Aku tak faham macamana depa boleh tahan perut makan cili banyak-banyak. Cili api tu weyyyyy! Tak rasa macam melepuh perut ke?

Meh aku share level dan berapa biji cili api yang digunakan dalam setiap menu.

LEVEL KEPEDASAN MIE ABANG ADEK
10 biji cili - Sedang
25 biji cili - Pedas
50 biji cili - Pedas Garuk
75 biji cili - Pedas Gila
100 biji cili - Pedas Mampus

Bila bercerita tentang makan, aku memang suka untuk mencuba. So pagi haritu aku buat breakfast makan cili. Hahhahaa ! Aku takde Indomie so aku guna Mee Sedap Goreng Kriuk Kriuk tu je. Nak buat sampai 100 biji cili api memang aku tak mampu la so aku buat 30 biji cili api.


Cili tu aku rebus sampai layu, rebus lama tau! Lepas tu aku gesek-gesek cili tu dalam pinggan guna anak lesung. Lepas tu campur dengan segala rempah perisa mee. Ketepikan. Rebus mee macam biasa dan gaulkan dengan bahan-bahan tadi. Nak makan, sila sediakan segelas susu disebelah.

Konon-konon aku bolehlah bertahan dengan kepedasan 30 biji cili api tu. Ellehhhh apalah sangat 30biji. Sekali hamikkkkk............. baru sesuap aku dah rasa berdesing telinga. Dah tak boleh hadap. Hampir 2 jam baru habis sepinggan mee yang tak berapa banyak tu. Hahhahaha!

Ada hati nak ajak tuan suami pergi Jakarta sebab nak cuba Mie Pedas Mampus yang famous dekat Youtube tu. Tapi nampaknya adah mengalah awal-awal.

Kalau korang, sanggup?

April 04, 2017

SINOPSIS DRAMA SHHH... I LOVE YOU (AKASIA TV3)

7:46 PM 1
SINOPSIS DRAMA SHHH... I LOVE YOU (AKASIA TV3)
SINOPSIS DRAMA SHHH... I LOVE YOU (AKASIA TV3) - Semalam baru perasan drama Akasia dah bertukar. Mama aku memang hantu drama pukul 7malam. Dari dulu lagi. Walaupun dia cakap cerita tu boring, tapi dia follow jugak sampai habis.

Drama terbaru yang ditayangkan adalah berjudul Shhh... I Love You, karya Farisya Natasha. Agak-agak rating cerita ni naik tak? Sebab aku tengok plot cerita macam menarik je. Jom layan sinopsis :)


JUDUL : SHH... I LOVE YOU
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Farisya Natasha
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Gambit Saifullah, Elvina Mohamad, Hafreez Adam, Bella Nazari, Tash Yong, Aien Zahalan, Hani Nazrina, Nafiez Zaidi, Fikhree Bakar, Adeline Tsen, Nafiez Zaidi, Leeza Zain, Kamsani Ismail

SINOPSIS
Ketika berusia 10 tahun, Nadia telah disahkan menghidap Miokarditis atau keradangan otot jantung. 5 tahun berlalu, keadaan jantung Nadia semakin merosot dan gagal mengepam darah. Bukan itu saja, Nadia juga mengalami bengkak yang teruk.

Untuk menyelamatkannya, Nadia perlu menjalani pemindahan jantung. Buat sementara, Nadia terpaksa menggunakan jantung mekanikal sehinggalah usianya 18 tahun. Rezeki buat Nadia apabila ada seorang penderma ingin mendermakan jantungnya kepada Nadia. Walaubagaimanapun, penderma itu meminta untuk dirahsiakan namanya.

Rupa-rupanya, jantung itu adalah kepunyaan Sumayyah, iaitu bekas tunang suaminya, Aidan. Apakah kemelut yang akan melanda setelah rahsia itu terbongkar? Jom layan Shhh... I Love You ! di TV3 :)

April 03, 2017

[FOTO] WAJAH ANAK PEREMPUAN AKIM DAN STACY

7:22 PM 1
[FOTO] WAJAH ANAK PEREMPUAN AKIM DAN STACY
[FOTO] WAJAH ANAK PEREMPUAN AKIM DAN STACY - Sweet kalau tengok pasangan Akim dan Stacy ni. Tapi aku lebih suka dengan Stacy. Hehe. Seperti sedia tahu, 17 Februari 2017 yang lepas, pasangan Akim dan Stacy selamat menerima cahaya mata perempuan. Bayi perempuan tersebut diberi nama Eshaal binti Afiq Hakim. Eshaal membawa maksud 'bunga syurga' dari apa yang aku baca laaa. Ada juga kata maksudnya 'yang memeriahkan' . Wallahualam.

Baru-baru ni, Stacy sudah bersedia berkongsi wajah anak perempuannya itu. Semalam tengok Mentor, berisi betul Stacy. Dia tak on diet lagi lah, almaklum, hati senang. Lagipun still susukan baby kan? It's okay, Stacy tetap comel

Meh la nak share gambar baby Eshaal :)


Comelkan baby Eshaal? Sebelum ini, Stacy ada mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Bella Valentina. Itupun ada isu sikit pasal nama Islam Bella. Netizen kan lain macam sikit dengan perasaan ingin tahu. Haha~

Sekian.