RESEPI KACANG PHOOL MAMA - Monolog Aku Cuma Di Kiri

March 17, 2017

RESEPI KACANG PHOOL MAMA

RESEPI KACANG PHOOL MAMA - Harinikan macam takde entri sangat nak tulis sebab awal-awal keluar pergi cari makan. Lepas tu buat apa ntah tak ingat. Balik kemain lewat lepas tu rasa nak layan Saimdang pulak. Terus lupa nak hapdet. Nasib baik pagi tadi sempat la jugak hapdet satu entri.

Cerita Kacang Phool ni dah lama. Sebab dah lama mengidam akhirnya Mama buatkan jugak. Kemainlah gigih cari kacang parang dalam tin tu. Apa rasanya? Bagi aku sedaplah kalau perah limau lepas tu gigit cili api. Cuma selalu orang makan dengan kacang hijau.


RESEPI KACANG PHOOL MAMA
BAHAN-BAHAN :
1 labu bawang besar + 2 ulas bawang putih + 1inci halia = kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 tin kacang foul - lenyek
1 tin kacang panggang - lenyek
1/2 paket daging cincang
Sedikit garam dan gula

BAHAN LAIN :
Cili hijau atau cili padi - hiris
Bawang merah - potong dadu
Limau kasturi - belah dua
Telur mata kerbau *optional

CARA-CARA :
Tumis bahan kisar dan masukkan serbuk kari. Biarkan sehingga naik bau dan daging kisar. Kemudian masukkan kacang foul dan kacang panggang. Masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula. Hiaskan dengan cili, bawang dan limau serta telur mata kerbau.

Bagi aku, aku lagi suka makan tanpa telur tu sebab makan dengan telur macam muak je. Oh ya, kacang phool ni makan dengan roti bakar atau roti benggali. Sedap dan kenyang. Mama cakap rasa dia macam kuah mee rebus. Haha.. 

Selamat mencuba!

1 comment:

  1. macam femes kacanh phool ni tapi tak terbuat pun lagi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.