RAMAI YANG HENTAM DAN KECAM CINDY NG, PEMANDU GEN2 LAWAN ARUS - Tunsha Ayunie Punya Belog

March 15, 2017

RAMAI YANG HENTAM DAN KECAM CINDY NG, PEMANDU GEN2 LAWAN ARUS

RAMAI YANG HENTAM DAN KECAM CINDY NG, PEMANDU GEN2 LAWAN ARUS - Baru-baru ni viral dan kecoh dengan kes sebuah kereta Gen2 yang melawan arus. Atas highway pulak tu. Aku tengok pun seram. Semoga aku tidak berhadapan dengan pemandu kereta sewel macam ni. Tak pepasal sebab dia, orang lain jadi arwah.

Alkisahnya dari sipolan netizen yang memberitahu, awal-awal tu budak Cindy ni dah terlanggar sebuah kereta Alza. Tapi mungkin sebab dia panik dan malas nak bertanggungjawab, dia blah macam tu je lawan arus. Bukan itu je, dia jugak disyaki dibawah pengaruh dadah jenis methenamine @ ice.

Disebabkan perkara ni, ramai lah yang mengecam, menyumpah seranah, mengugut dan sebagainya pada budak Cindy ni.


Walaupun kita perlu percaya pada Qada & Qadar, ramai yang tidak berpuas hati kerana ianya melibatkan nyawa orang lain. Mangsa pula baru berkahwin bulan 12 haritu. Selain itu juga, ramai yang bertindak racist sedangkan bangsa Cina juga mengeji perbuatan Cindy.

Bagi aku, perkara dah jadi. Itu suatu ketentuan yang kita tak boleh nak sangkal. Kalau kita maki pun, perkara dah jadi. Doakanlah mangsa tenang di sisi Allah SWT. 

Sekian.

6 comments:

  1. betul tu sis, benda dah jadi. tapi kesian sangat dengan mangsa, isteri, dan keluarga mangsa. tak pasal-pasal je kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kesian juga. Kita faham perasaan isteri mangsa, cuma sedih juga sikap mereka yang mencerca memaki hamun semua tu. Kita kan ada agama, buat cara kita ada agama :)

      Delete
  2. Saya marah jugak dengan cara memandu dia yang melawan arus tu sebab merbahaya. Tapi takda la sampai nak kecam babitkan kaum dia semua bagai.

    Apa pun, al-Fatihah buat mangsa nahas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa tak marah kan? Saya yang tidak boleh memandu pasal paranoid pun boleh trauma tengok pemanduan dia. Dah suratannya macam tu, apa bangsa pun sebenarnya ada pro & kontra.

      Semoga roh arwah dicucuri rahmat, dan semoga keluarganya tabah.

      Delete
  3. Tengok kejadian macam tu Zumal takut nak drive jauh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dengan Sha, even bukan Sha drive pun Sha rasa takut...

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.