NASI LEMAK GAY DI PETRONAS TAMAN SEGAR CHERAS - Monolog Aku Cuma Di Kiri

March 28, 2017

NASI LEMAK GAY DI PETRONAS TAMAN SEGAR CHERAS

NASI LEMAK GAY DI PETRONAS TAMAN SEGAR CHERAS - Sebelum ni aku rasa macam kemain backup pulak alkisahnya Nasi Lemak Pondan. Tapi makin melugai perasaan ini bila tetiba muncul Nasi Lemak Gay! Kau dah kenapa?????

..... Nasi lemak ni memanglah makanan ruji orang Malaysia. Siapa yang tak kenal nasi lemak kan? Koko je yang tak makan nasi lemak *tetibe* . Ok. Apa yang aku baca, nama Nasi Lemak dot dot dot ni bermula dengan Nasi Lemak Spiderman awalnya, kemudian Nasi Lemak Anak Dara, dan lain-lain lagi. Hmmm... rasa macam, kau takde identiti sendiri ke macam mana sekarang? 

Aku rasa mentaliti diorang ni simple, kalau letak nama-nama kontroversi cenggitu, ramailah yang datang membeli. Hmm.... zaman dulu kau tak payah letak nama mengarut pun tetap Nasi Lemak Joyah seberang jalan tu laku.


Katanya Nasi Lemak Gay ni ada dekat dengan area Petronas Taman Segar Cheras nun. Alkisahnya owner Nasi Lemak Gay ni terinspirasi daripada kisah Nasi Lemak Pondan tapi tak tahu la kebenarannya. Hmm.. aku speechless la. Masa kes Nasi Lemak Pondan tu, aku macam bersangka baik lagi, cuma yang satu ni jadi tak begitu gemar pulak. Tak lama lagi keluar pulak Nasi Lemak Pengkid, Nasi Lemak Tomboy dan sebagainya.

Haih.... kisahnya pasal NASI LEMAK je pun !

2 comments:

  1. Dengar cerita dia dah tukar dah nama nasi lemak dia. haha mengarut2 la sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. GAY tu maksudnya GERAI ADY YUSOF katanya. Tapi teterang banner tu kelihatan seperti sejenis GAY. Hahha.. wallahualam. Macam-macam sekarang..

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.