Header Ads

KETENANGAN PADA AKU : CUBA SELALU POSITIF

KETENANGAN PADA AKU : CUBA SELALU POSITIF - Aku ni seorang yang sensitif tau. Siapa kenal aku memang tahu la sampai Mama pun cakap aku ni jenis kuat sentap. Puas didik diri jadi hati kering tapi asyik nak terasa je. Tu sebab awal-awal aku cakap, kalau orang tu update status memang nak PERLI @ SINDIR aku, sila mention nama aku.

Sebab aku paling tak suka dengan ayat : SIAPA MAKAN CILI, DIA LA RASA PEDAS. 

Perkara basi bagi aku di media sosial ni. Aku lebih rela terasa bila orang berterus-terang dengan aku daripada sindir-sindir. Kalau korang tanya mana aku tahu aku disindir? Aku akan jawab ianya obviously. Tapi orang kalau buat memang tak mengaku la kan? Lepas tu aku pulak dikatanya makan cili. Baru kau tau ke Senah?? Hakakkk memang suka PEDAS!


Actually, bukan hal siapa makan cili sebenarnya. Cuma nak cerita yang positif buat aku tenang. Aku tahu memang ramai tak suka aku, ada juga yang sayang aku. Ada yang anggap aku ambil kesempatan pada kebaikan mereka, ada juga yang cakap hidup aku hanya berpura-pura.

Well, awali kenyataan itu memang menyakitkan hati aku. Tapi kalau aku fikir, bertambah aku punya depress. Aku cuba bertenang, tarik nafas dan cuba menjadi seorang positif. Kaklong aku pernah cakap, kalau orang tu start bagi aura negatif, patut kita BUANG dia dari hidup kita, baru kita boleh positif.

Aku cuba abaikan siapa suka dan tak suka aku. Kalau aku tak selesa dengan orang tu, aku BLOCK. So aku rasa tenang, tak payah serabut. Kalau aku UNFRIEND je, rasa gatal jari plak nak stalkers. Lols!

Sama laaa macam orang tanya aku pasal anak. Aku akan explain atau biarkan tuan suami yang explain in fact kalau masa tu mood aku tak berapa okay. Yang kebanyakkan tanya tu pulak, lepas aku explain depa akan doakan aku ada rezeki menerima zuriat satu hari nanti. Ada hikmah jugak bila kita selalu positif dengan perkara yang terjadi pada kita kan?

Tak rugi pun positif ni sebenarnya. Jujur, aku amat tenang bila aku rasa positif. Bila aku sakit pun aku tetap positif dan tidak mengalah. Untuk hilakan rasa-rasa negatif, aku selalu cari satu perkara yang buat aku happy. Lately aku suka layan cerita lama Korea. Addicted plak ! Haha !

Terima kasih sudi baca apa yang aku merapukan dalam entri ni.

2 comments:

  1. SALAM JUMAAT SYA BE POSITVE MAKE U HAPPY OK SGT TU

    ReplyDelete
  2. Bg org sakit..mula2 nk positif tu susah.. Tp bila dh positif kt akan rsa mudah sgt nk melalui hidup..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.