DI BARAT JEMPUTAN KAHWIN HANYA 100 ORANG, TAPI DI MALAYSIA? - Monolog Aku Cuma Di Kiri

March 17, 2017

DI BARAT JEMPUTAN KAHWIN HANYA 100 ORANG, TAPI DI MALAYSIA?

DI BARAT JEMPUTAN KAHWIN HANYA 100 ORANG, TAPI DI MALAYSIA? - Terminat aku dengan salah satu statement screenshot dari Twitter ni. Aku tak kenal pun dia siapa, sama ada Pakar Motivasi, Public Figure atau apa. Cuma tertarik dengan apa yang cuba dia sampaikan.


Pada pandangan aku, walaupun di Barat hanya menjemput lebih kurang 100 tetamu je, tapi perbelanjaan mereka agak besar dari segi dekorasi, baju, makanan dan sebagainya. Kalau nak kira dari segi perbelanjaan, sebenarnya sama je budaya kita dengan Barat pun.

Cuma budaya kita, lagi ramai datang majlis lagi bagus. Lagi meriah katanya. Di samping itu juga, dapat mengumpul saudara-mara yang jauh terpisah. Masa majlis perkahwinan itulah yang mengeratkan kembali hubungan yang terpisah tu.

Perkara ni bukan hanya untuk bangsa Melayu je, boleh kata satu Malaysia pun kalau sambut majlis perkahwinan dengan meriah. Dari segi penjimatan, kita boleh cut cost mana-mana perkara yang tidak penting. Tapi itu terpulang pada individu lah. Kalau mampu apa salahnya kan?

Sekian.

1 comment:

  1. kat sini sambil bersedekah..bersederhana..tapi bab makan..alhamdulillah..ikut pada niat kita

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.