3/1/17 - Monolog Aku Cuma Di Kiri

March 31, 2017

[FOTO] IBU KIM JONG KOOK MEMAKAI TUDUNG

1:46 PM 0
[FOTO] IBU KIM JONG KOOK MEMAKAI TUDUNG
[FOTO] IBU KIM JONG KOOK MEMAKAI TUDUNG - Siapa layan Running Man kenal la siapa Kim Joong Kook ni. Baru-baru ni Kim Jong Kook datang ke Malaysia untuk satu program, tapi ditemani ibunya. Disini, ibu Kim Jong Kook telah mencuba memakai tudung, dan dia nampak selesa.

...dan SANGAT COMEL!



Dalam video ni, Kim Jong Kook memuji ibunya kelihatan sangat cantik. Yang tak best, awatlah depa bagi ibudia pakai tudung kemek-kemek macam tu? Bagilah tudung yang elok dan lawa sikit.

Tapi walaupun kemek, masih nampak comel kan? Ibu Kim Jong Kook ni siap nak belikan satu tudung untuk nenek Kim Jong Kook ni sebagai cenderahati. Hehe..

Ini entri santai-santai aje. Terima kasih sudi baca.

[FOTO] NORA DANISH DAN NEDIM NAZRI SELAMAT BERNIKAH

8:10 AM 4
[FOTO] NORA DANISH DAN NEDIM NAZRI SELAMAT BERNIKAH
NORA DANISH DAN NEDIM NAZRI SELAMAT BERNIKAH - Akhirnya, setelah lama peminat tertunggu-tunggu, akhirnya zaman bujang Nora Danish dah habis. Nora Danish selamat diijabkabulkan dengan suami pilihannya, Nedim Nazri, dan selamat bergelar isteri pada jam 8:40 malam semalam - 30 Mac 2017. Majlis adalah tertutup dan hanya dihadiri oleh teman dan keluarga yang rapat saja.


Alhamdulillah, dah selamat dah jadi pasangan suami isteri. Kalau tak peminat kemain lah kecoh-kecoh. Ni pun ada gak kepochi sikit pasal baju Nora Danish. Nora Danish dikatakan kelihatan seksi semasa majlis pernikahannya. Yela, tak sedap mata memandang katanya sebab itukan majlis nikah? Yang aku tahu, dia ada pakai kain inner yang persis warna kulit dalam tu. But still la nampak seksi kan? Hmm part ni aku taknak komen lelebih. Apapun, doakan jela yang terbaik seadanya.

Tahniah buat Nora Danish dan Nedim Nazri.

March 29, 2017

RESEPI KARI ASAM PEDAS BAWAL EMAS HAKAKKK STYLE

6:57 PM 0
RESEPI KARI ASAM PEDAS BAWAL EMAS HAKAKKK STYLE
RESEPI KARI ASAM PEDAS BAWAL EMAS HAKAKKK STYLE - Runsing pulak harini. Mulanya awal- pagi nak update blog tapi mengantuk Yarabbi.. Lepas tu telan ubat darah tinggi terus flat, tak boleh buat apa dah. Makan pun tak lalu.

Hmm.. cerita pasal ikan bawal ni kan, ada lah ralat sikit haritu. Aku post gambar tu dalam Instagram dengan caption Asam Pedas Bawal Cermin. Confident gila kooooo ! Sekali Kak +Amanda Suria tegur, yang ikan tu nampak macam Bawal Emas je. Aku ye-ye je deny tau, dengan confident aku bagitau yang itu bawal cermin. Lastly kat dalam Facebook, relaksss je Mama komen yang tu Bawal Emas. Trettttttttttttt !!!! Aku malu sampai rasa nak rendam kepala dalam kuah asam pedas yang aku buat tu.

Kalau asam pedas, aku lebih suka letak serbuk kari sikit. Aku lebih berselera makan asam pedas berkari ni. Tapi ikut tekak la kan? Aku ada skip bahan dalam resepi ni, masih sedapppp kekdahnya !


RESEPI KARI ASAM PEDAS BAWAL EMAS HAKAKKK STYLE
Bahan-bahan :
Beberapa ekor ikan bawal emas - rendam dengan asam keping @ asam jawa
1 sudu besar cili boh
Asam jawa Xtra Adabi - secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa

[Bahan kisar]
4 batang cili hidup (merah)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang merah
1/2 sudu besar belacan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili boh hingga pecah minyak. Kemudian masukkan air, asam jawa diikuti dengan garam dan gula. Air jangan terlalu banyak ye. Lepas tu bolehlah masukkan ikan. Tutup periuk @ kuali, api slow dan biar je kuah tu mendidih sampai ikan masak.

Rasa lah kuah tu kalau nak tambah asam ke garam ke. Gula tu fungsi dia nak sebatikan rasa je. Tak payah letak banyak-banyak.

Aku paling suka letak kimchi dalam asam pedas ni. Selera je aku makan. Tapi haritu kimchi takde, pun sedap jugak aku makan. 

Selamat mencuba :)

March 28, 2017

NASI LEMAK GAY DI PETRONAS TAMAN SEGAR CHERAS

11:45 PM 2
NASI LEMAK GAY DI PETRONAS TAMAN SEGAR CHERAS
NASI LEMAK GAY DI PETRONAS TAMAN SEGAR CHERAS - Sebelum ni aku rasa macam kemain backup pulak alkisahnya Nasi Lemak Pondan. Tapi makin melugai perasaan ini bila tetiba muncul Nasi Lemak Gay! Kau dah kenapa?????

..... Nasi lemak ni memanglah makanan ruji orang Malaysia. Siapa yang tak kenal nasi lemak kan? Koko je yang tak makan nasi lemak *tetibe* . Ok. Apa yang aku baca, nama Nasi Lemak dot dot dot ni bermula dengan Nasi Lemak Spiderman awalnya, kemudian Nasi Lemak Anak Dara, dan lain-lain lagi. Hmmm... rasa macam, kau takde identiti sendiri ke macam mana sekarang? 

Aku rasa mentaliti diorang ni simple, kalau letak nama-nama kontroversi cenggitu, ramailah yang datang membeli. Hmm.... zaman dulu kau tak payah letak nama mengarut pun tetap Nasi Lemak Joyah seberang jalan tu laku.


Katanya Nasi Lemak Gay ni ada dekat dengan area Petronas Taman Segar Cheras nun. Alkisahnya owner Nasi Lemak Gay ni terinspirasi daripada kisah Nasi Lemak Pondan tapi tak tahu la kebenarannya. Hmm.. aku speechless la. Masa kes Nasi Lemak Pondan tu, aku macam bersangka baik lagi, cuma yang satu ni jadi tak begitu gemar pulak. Tak lama lagi keluar pulak Nasi Lemak Pengkid, Nasi Lemak Tomboy dan sebagainya.

Haih.... kisahnya pasal NASI LEMAK je pun !

March 27, 2017

SINOPSIS KARYA 12 - SYAHADAH YANG HILANG : SAKA BELAAN DEMI TARIAN

4:36 PM 1
SINOPSIS KARYA 12 - SYAHADAH YANG HILANG : SAKA BELAAN DEMI TARIAN
SINOPSIS KARYA 12 - SYAHADAH YANG HILANG : SAKA BELAAN DEMI TARIAN - Telemovie ni sebenarnya dah lama dalam tayangan. Nampak sangat macam tak update kan? Aku suka gak layan Karya 12 ni especially cerita berkisar keseraman ni. Semalam baru perasan ulangan telemovie lakonan Lisa Surihani dengan Didie Alias ni.


JUDUL : KARYA 12 - SYAHADAH YANG HILANG
GENRE : Seram
PENGARAH : Ghaz Abu Bakar
TERBITAN : Media Hustler
PELAKON : Lisa Surihani, Didie Alias, & Syafiq Kyle

SINOPSIS
Suatu masa dulu, Syahadah merupakan seorang penari istana yang terpaksa memakai pendamping @ saka untuk memukau penonton yang menyaksikan tariannya. Ketika sudah sampai ajalnya, Syahadah susah untuk menghembuskan nafasnya yang terakhir dan saka itu terpaksa dilepaskan kepada salah seorang anaknya.

Dia mempunyai dua orang anak yang bernama Zubaidah dan Nizam. Zubaidah sentiasa menjauhkan diri daripada Syahadah kerana tahu ibunya mempunyai pendamping. Manakala Nizam pula terlalu rapat dengan Syahadah dan selepas pemergian Syahadah, Nizam seperti dirasuk oleh pendamping tarian ibunya itu.

REVIEW
Bagi aku, cerita ni sangat cliche sebab macam dah biasa tengok cerita yang berkisarkan pendamping ni. Tapi tetap best la, takde la bosan sangat. Sekian :)

March 26, 2017

RUPA POWER RANGERS DULU DAN SEKARANG

7:44 PM 1
RUPA POWER RANGERS DULU DAN SEKARANG
RUPA POWER RANGERS DULU DAN SEKARANG - Siapa hidup zaman 90an memang layan la cerita Power Rangers ni kan? Yang paling terkesan dah tentulah Mighty Morphin Power Rangers. Sampai sekarang terngiang-ngiang lagu Power Rangers tu kat telinga aku. Aku ni seorang kakak sulung, bawah aku dua orang adik lelaki. Masa tu sibongsu yang gegurl tu tak wujud lagi. So aku terpaksa la layan je cerita adik-adik lelaki aku. Depa tengok Power Rangers, aku pun layan jugak. Haha


Kerinduan pada cerita Mighty Morphin Power Rangers sentiasa ada. Childhood sangat weyyy. Tapi siapa yang rindu sangat tu boleh lah layan movie Power Rangers yang tengah hangat dekat wayang sekarang ni. Ramai yang bagi review best. Ada juga yang tak puas hati dengan plot movie ni. Aku takde kesempatan lagi nak tengok.

Oh ya, korang tahu tak rupa ahli-ahli Power Rangers yang sekarang?? Meh aku kepilkan dalam blog aku. Bagi aku, Tommy dengan Kimberly je masih ensem dan cantik macam dulu-dulu jugak.

Dari kiri adalah watak 
Jason Lee, Zack Taylor, Tommy Oliver, Kimberly Hart & Billy Cranston

REST IN PEACE
Thuy Trang @ Trini Kwan

Ini kira watak Power Rangers paling awal yang muncul masa awal-awal cerita ini ditayangkan. Semuanya ada 6 orang tapi Trini yang memegang watak sebagai Power Rangers Kuning atau nama sebenarnya Thuy Trang meninggal dunia pada tahun 2001 akibat kemalangan jalanraya.

Sekian.

RESEPI BIHUN GORENG PUTIH BERLADA HITAM HAKAKKK STYLE

3:03 PM 1
RESEPI BIHUN GORENG PUTIH BERLADA HITAM HAKAKKK STYLE
RESEPI BIHUN GORENG PUTIH BERLADA HITAM HAKAKKK STYLE - Ada orang panggil Bihun Singapore. Aku dari kecik memang panggil bihun goreng putih @ bihun goreng lada hitam. Bihun goreng memang kesukaan aku, tak kisahlah yang putih atau yang marah. Tapi, depend kepada siapa yang masak dan apa bahan yang digunakan. Aku memang mengada sikit. Hehe~

Semalam aku baru sampai Rawang. Mama takde so pagi ni aku yang buat breakfast. Sebab tekak memang teringin kan, aku gagahi jugak la diri sendiri ketung ketang kat dapur. Gigih tau! So, meh la nak share resepi simple versi aku.


RESEPI BIHUN GORENG PUTIH BERLADA HITAM HAKAKKK STYLE
Bahan-bahan :
Satu paket bihun - rendam dengan air suam
1 sudu kecil lada hitam
3 ulas bawang putih
Isi ayam dipotong dadu
Lobak merah - hiris halus
Sos ikan secukup rasa
Sos tiram secukup rasa

Cara-cara :
Tumbuk lada hitam dan bawang putih hingga lumat. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan ayam dan lobak merah. Seterusnya masukkan sos tiram dan sos ikan. Kacau sebentar dan masukkan bihun. Goreng semua hingga sebati.

Nak best lagi, buat cili potong. Cili padi potong, curah dengan sos ikan. SIAP! Boleh makan dengan bihun goreng tadi :)

Selamat mencuba.

March 24, 2017

SINOPSIS THE ROOMS Hong Lork Lorn (2014) : 3 SIRI DALAM 1 FILEM

11:31 PM 0
SINOPSIS THE ROOMS Hong Lork Lorn (2014) : 3 SIRI DALAM 1 FILEM
SINOPSIS THE ROOMS Hong Lork Lorn (2014) : 3 SIRI DALAM 1 FILEM - Aku memang suka layan cerita seram Thailand sebab ianya selalu mengganggu emosi aku. Filem seram Thailand ni bukan sekadar seram disebabkan hantu, tapi lagak ngeri dalam scene tu pun main peranan jugak.

Haritu layan cerita The Rooms. Mula-mula aku blur jugak. Tapi aku repeat tengok dua kali. Kalau tengok siang memang tak rasa seram, tapi kalau tengok malam, memang agak mengganggu jugak laa alkisahnya.


KISAH PERTAMA : GREEN SONATA
Kisah tentang seorang pemain biola ni. Dia kesepian. Isteri dia kemalangan dan lumpuh satu badan. Sebelum ni lelaki tu pernah berjanji dengan isteri dia untuk sehidup semati. Tapi sebab dia kesunyian dan dahagakan seks, dia lupa janji dia pada isteri dia tu.

Satu hari, dia kenal dengan seorang perempuan ni. Perempuan ni baru pertama kali jadi pelacur sebab nak bayar hutang suami dia. Lepas tu perempuan ni kantoi. Dia pergi rumah pemain biola ni. Tiba-tiba satu perkara berlaku bila ada hantu yang menyerupai isteri dia yang lumpuh dan menghantui lelaki tu dengan si pelacur. 


KISAH KEDUA : 17:00
Mengisahkan pasal mafia dengan anak buah dia. diorang ni terpaksa sewa bilik hotel yang terakhir sebab semua bilik dah penuh. Satu kejadian berlaku sehinggakan anak buah mafia ni tadi tertembak bos dia. Lepas tu dia kerat-kerat pulak mayat bos dia tu. 

KISAH KETIGA : THE HONEYMOON SUITE 
Awalnya, seorang gadis bernama Ple ni tiba dari Chiang Mai ke Bangkok sebab nak merawat hati dia yang luka lepas putus cinta. Dia dah tempah bilik awal-awal tapi lepas tu takde pulak. Terpaksalah dia tinggal dalam Honeymoon Suite tu.

Satu hari tu dia bertemu dengan seorang lelaki yang kacak. Diorang ni berjanji nak jumpa lagi, tapi malangnya malam diorang berjumpa tu, sebenarnya lelaki tu dah mati. Paling tragis, Ple tak sedar yang dia pun dah mati akibat lemas.

++++++++++++++++++++++++++++++

Bagi aku, walaupun hantu dia tak nampak sangat real, tapi tetap terkesan di hati aku. Oh ya, ini dari aku lah, bukan dari pandangan orang lain. Kalau korang tengok tak rasa seram, jangan marah aku pulak. Aku lately memang lemah semangat sikit. Heee~

kbai.

SALAH KE NASI LEMAK PONDAN?

5:24 PM 1
SALAH KE NASI LEMAK PONDAN?
SALAH KE NASI LEMAK PONDAN? - Lepas isu Nasi Lemak Anak Dara, lepas tu muncul nasi lemak apa ntah, paling terbaru adalah Nasi Lemak Pondan. Hmmmm..... Nasi Lemak Pondan ni haruslah jadi isu kan sebab yang meniaga pun adalah seorang pondan.

Nak salahkan dia? Bagi aku semua manusia ada kekhilafan mereka yang sendiri. Kita pun. Siapa kita nak menghakimi dia kan? Lagipun bukan dia pergi 'menadah' , dia jual nasi lemak hokeyyyyyyy!

Kesilapan dia sebab menjadi pondan. Tapi tak salah kalau kita doakan dia. Ramai je ex-pondan yang dah kembali ke pangkal jalan. Mungkin akibat pergaulan yang buat dia jadi macam tu. Padahal adik-beradik lelaki dia sangat ramai.

Sumber : Google Image

Cuma, sedihlah jugak dengan mentaliti sesetengah bangsa aku sendiri yang mengecam, menyumpah seranah tak sudah. Aku akui, kaum ni kaum terlaknat, tapi semua tu 'kerja' Allah SWT. DIA boleh balikkan perkara yang kau hina tu pada diri kau atau keturunan kau pulak.

Oklah tu, dia cari rezeki halal, bukan tadah bontot. Patutnya kau support bangsa kau sendiri meniaga. Lepas tu doalah yang baik-baik, bukan kecam serta caci-maki kata nasi lemak dia haram. Ehemmm... dia masak nasi lemak segala sambal tu dengan bantuan mak dia tau !

Aku bukan menyokong penampilan pengasas Nasi Lemak Pondan yang bernama Jojie Kamaruddin ni, tapi aku support sebab dia berbisnes, cari duit halal untuk menampung rezeki. Selain tu, Jojie ni ada sedekah nasi lemak pada orang masjid.

Anyway, aku taknak laaa kecam Jojie ni, jom doakan dia. Bila kita doakan yang baik-baik untuk orang lain, insyaAllah yang baik-baik juga datang pada kita.

Sekian.

RESEPI GYOZA BERINTI DAGING KAKAK GOJES STYLE

12:11 PM 0
RESEPI GYOZA BERINTI DAGING KAKAK GOJES STYLE
RESEPI GYOZA BERINTI DAGING KAKAK GOJES STYLE - Jangan gelakkan hakakkk uolssss. Lolzzzz! Oklah, sebenarnya cerita dia, aku ni kalau teringin nak makan apa-apa suka je buat sendiri. Sebab dekat situ dah save budget, boleh makan banyak-banyak, lepas tu sukahati kita nak letak apapun.

Haritu makan kat kedai Korea depa panggil 'Mandu' . Mandu ni depa goreng guna kaedah deep fry, tapi Gyoza ni pulak guna kaedah goreng-rebus. Aku tak pasti itu dipanggil teknik apa. Hahaha ! Tak sempat nak research lelebih. So jom, aku share resepi :)


RESEPI GYOZA BERINTI DAGING KAKAK GOJES STYLE
Bahan-bahan :
Kulit gyoza @ dumpling - RESEPI KULIT DUMPLING HOMEMADE
Daging cincang - aku guna brand Ramly, ambik sekeping je
Kobis - dicincang halus (aku guna 1/4)
Lobak merah - dicincang halus (aku guna 1/2 batang)
Bawang putih - dicincang halus (aku guna 2 ulas)
Daun bawang daun sup - hiris halus
2 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil gula perang @ madu
1 sudu kecil sos ikan - boleh skip
Secubit serbuk lada hitam


Cara-cara :
Satukan daging dan semua bahan-bahan cincang. Masukkan kicap cair, minyak bijan, sos ikan, lada hitam dan gula perang. Gaul hingga rata, sedia dibungkus dalam kulit.

Panaskan non-stick pan. Kemudiakan perlahankan api. Letak sedikit minyak dan susun gyoza tadi. Tutup pan menggunakan penutup dan biar dalam 3-4 minit, Terbalikkan gyoza tadi dan tutup, biar 3 minit lagi. Letakkan 1/2 cawan air dan tutup. 

NOTE : Bila letak air tu kekadang dia macam meletup-letup sikit, korang jangan kena heart-attack pulak. Api slow je tau.

Agak-agak dah masak tu, angkat je. Lapik dengan tisu kalau gyoza korang oily sangat. SIAP! Ok, nak sos pencicah?

Aku hanya buat campuran sos ikan, sedikit jus limau kasturi, sedikit gula perang dan sedikit minyak bijan. Kalau nak elemen pedas, bolehlah cincang cili api, masuk sekali dalam sos tu. SIAP!

Selamat mencuba ye :)

TAKZIAH : JOHAN NAWAWI (SUAMI NORA) MENINGGAL DUNIA

11:16 AM 0
TAKZIAH : JOHAN NAWAWI (SUAMI NORA) MENINGGAL DUNIA
TAKZIAH : JOHAN NAWAWI (SUAMI NORA) MENINGGAL DUNIA - Suami Nora Ariffin yang juga merupakan seorang komposer iaitu Johan Nawawi, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 6:30 pagi tadi. Sebelum ini difahamkan arwahyarham menghidapi penyakit seperti kencing manis, jantung dan gout.


Pernah jumpa Nora dan arwah, memang baik orangnya. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Moga Nora dan anak-anak serta keluarga redha dengan kehilangan arwah.

Innalillahwainnailaihirojiun.

March 23, 2017

RESEPI KULIT DUMPLING HOMEMADE

3:51 PM 0
RESEPI KULIT DUMPLING HOMEMADE
RESEPI KULIT DUMPLING HOMEMADE - Semalam teringin sangat nak makan Mandu @ Gyoza atau bahasa senang faham - DUMPLING. Tapi sebab punyalah malas nak pergi kedai beli kulit dia, aku merajinkan diri buat sendiri. Memang perlukan kesabaran yang tinggi sebab kena uli lama-lama baru kulit dia tu macam sedap.

Aku buat secara manual je, tak guna mesin untuk leperkan pun. Lepas tu aku leperkan doh tu guna gelas sebab aku tak jumpa roller. Belasah je la, janji jadi. Haha !


RESEPI KULIT DUMPLING HOMEMADE
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan air panas
1 sudu besar minyak
secubit garam

Cara-cara :
Satukan tepung dan garam. Gaul sebati dan masukkan minyak dan air. Air tu letak slow-slow je sampailah menjadi sebuku doh. Uli sehingga permukaan tepung licin. Letak dalam mangkuk dan tutup. Biar lebih kurang 15 minit.

Uli kembali doh tersebut. Kemudian bahagikan kepada 4 bahagian. 1 bahagian tu uli memanjang dan potong lebih kurang 1 cm. Bulatkan dan leperkan. Jangan terlalu tebal atau nipis. Setelah siap, taburkan tepung, susun setiap keping secara bertindih (macam dalam gambar) .

Simpan dalam peti sejuk dan guna berapa banyak yang perlu je. Kulit homemade ni tak boleh letak dekat luar lama-lama, nanti tepung tu 'berpeluh' dan melekat.

Semoga bermanfaat :)

March 22, 2017

SAMBUTAN ULANGTAHUN KELAHIRAN TAN SRI P.RAMLEE YANG KE-88 DI GOOGLE

8:26 AM 1
SAMBUTAN ULANGTAHUN KELAHIRAN TAN SRI P.RAMLEE YANG KE-88 DI GOOGLE

SAMBUTAN ULANGTAHUN KELAHIRAN TAN SRI P.RAMLEE YANG KE-88 DI GOOGLE - Beliau dilahirkan 88 tahun yang lalu. Siapa tak kenal arwahyarham Tan Sri P.Ramlee kan? Pencapaian beliau telah meninggalkan tanda yang kekal pada sejarah kebudayaan Malaysia.

Tan Sri P.Ramlee merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis dan pemuzik yang telah menyumbangkan lebih 60 buah filem dan lebih kurang 250 buah lagu.

Selepas kematiannya pada tahun 1973, rakyat Malaysia terus membiarkan legasinya sentiasa 'hidup'. Doodle di Google hari ini mengetengahkan kesenian lagenda Malaysia ini demi menunjukkan beliau masih diingati sehingga kini.

Al-fatihah.

March 20, 2017

PERSEMBAHAN PSIKO DARI ELICA MENTOR MILENIA 2017 MEMUKAU PENONTON !

6:36 PM 0
PERSEMBAHAN PSIKO DARI ELICA MENTOR MILENIA 2017 MEMUKAU PENONTON !
PERSEMBAHAN PSIKO DARI ELICA MENTOR MILENIA 2017 MEMUKAU PENONTON ! - Aku jarang nak layan Mentor ni sebab aku tak obses sangat. Layan Mentor Milenia 2017 ni pun awalnya pasal Usop, tapi sekarang aku macam nak beralih pada Elica pulak.

Hari ke hari, Elica membuat persembahan yang bagi aku agak all-out jugak. Takde selindung atau takut-takut. Berbanding dengan peserta lain yang bagi aku agak over-confident atau low-confident.


Kalau sebelum ni aku tunggu persembahan dari Usop je, semalam aku tunggu persembahan dari Elica. Meremang bulu roma aku bila dia bawak watak psiko dengan make-up gaya Harley Quinn tu. Dengan lagu match-up Janji Manismu (Aishah) & Obses (Akim & The Majistret), Elica berjaya memukau penonton dan juri. Kita boleh rasa Elica memang seorang yang psiko diatas pentas.

Juri pun dah cakap, Elica ni ada ciri-ciri juara. Hopefully Elica ni sentiasa humble dan tidak terlalu over-confident. All the best Elica !

Sekian.

March 19, 2017

RESEPI ROTI CANAI HOMEMADE

3:15 PM 1
RESEPI ROTI CANAI HOMEMADE
RESEPI ROTI CANAI HOMEMADE - Haritu kemain teringin nak makan roti canai homemade. Kat Ampang ni susah nak dapat roti canai melayu, kalau ada pun kuah pulak tak sedap. Aku memang dah takde hati nak makan dekat kedai mamak since aku tengok tukang tebar roti kuku hitam lepas tu macam digigit-gigit kukunya itu

Disebabkan teringin, aku cuba pancing mama. Tapi mama pulak yang suruh aku buat. Yarabbi.... renyah kemain nak buat roti canai ni lagi-lagi takde tempat tebar. Aku uli pulak secara manual. Gigih weyyyy nak makan punya pasal. Nasib baik mama tolong buat kuah dhal dengan sambal, ringan sikit kerja aku.


RESEPI ROTI CANAI HOMEMADE
Bahan-bahan :
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar marjerin
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 @ 2 cawan air suam-suam panas

Cara-cara :
Satukan tepung gandum, susu pekat, marjerin, garam dan telur. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh sebati dan lembut. Bulat-bulatkan doh tersebut lebih kurang sebesar bola pingpong kemudian sapukan marjerin di permukaannya.

Ada ke depa kata doh ni rupa macam bebola daging bakso..?

Aku buat malam sebelum tidur. Pagi tu bolehlah canai sampai nipis. Disebabkan takde meja tebar, aku canaikan je belakang dulang. Dah canaikan tu lipat doh tadi dan digoreng. Ada orang cakap goreng guna marjerin lagi sedap, aku guna minyak je.

Dah goreng tu bolehlah makan dengan kuah dhal dan sambal. Marvelessss baqhangggg. Aku first time buat roti canai ni, sedap gak. Cuma aku uli tak lama so tak berapa nak jadi. Doh ni makin lama diuli makin sedap tau ! Itu tips yang aku baca kat Google. Heeee~

Selamat mencuba!

March 18, 2017

PELAJAR TINGKATAN TIGA AMBIL KESEMPATAN RAKAM BAHAGIAN DALAM KAIN CIKGU

1:31 PM 0
PELAJAR TINGKATAN TIGA AMBIL KESEMPATAN RAKAM BAHAGIAN DALAM KAIN CIKGU
PELAJAR TINGKATAN TIGA AMBIL KESEMPATAN RAKAM BAHAGIAN DALAM KAIN CIKGU - Teringat zaman-zaman aku dulu, paling jahat pun murid-murid lelaki adalah mereka membuli cikgu atau ponteng kelas waktu cikgu bising-bising. Nowdays, budak-budak memang melampau kan?


Alkisahnya, cikgu Bahasa Inggeris depa ni nak tolong balutkan meja dalam kelas. Tapi perkara aib yang terjadi bila lima orang murid-murid cikgu tu ambil kesempatan pulak merakam video dalam kain baju kurung cikgu terbabit,

Kes disiasat dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Haihhh.... macam-macam hal.

March 17, 2017

PAKCIK GELANDANGAN PUN MAMPU JADI HIPSTER!

10:25 PM 1
PAKCIK GELANDANGAN PUN MAMPU JADI HIPSTER!
PAKCIK GELANDANGAN PUN MAMPU JADI HIPSTER! - Zaman sekarang semua perkara mahu dihipsterkan. Kelakar pun ada. Bayangkan sampai laksa pun dihipster jadi warna-warna pelangi sampai rasa tak tergamak nak makan. Maklumlah, aku ni tidak mengikut zaman. Yang 'kuno' bagi aku lebih menyelerakan.


Pakcik ni bernama Jose Antonio yang berumur 55 tahun. Dia kehilangan arah tujuan hidup setelah menghadapi kemurungan. Keadaan itu membuatkan Jose hidup sebagai seorang gelandangan @ homeless, lebih kurang 25 tahun. 

Jose bekerja sebagai penjaga parkir. Satu hari tu dia masuk ke dalam La Salvajeria, sebuah salon berdekatan tempat parkir kereta itu dan dia telah di-tranformasi.

Awalnya Jose dalam keadaan selekeh dan serabai dengan rambut ala-ala bleaching tu. Setelah memasuki salon, dia hanya duduk dan biar je apa orang buat pada dia.

JOSE SELEPAS DITRANFORMASI
Aku tengok macam Marc Anthony pun ada..kan?

Masuk salon dalam keadaan selekeh dan serabai, keluar dari salon macam mat hipster! Ramai wanita yang teruja sampai kawan-kawan Jose ni pun tak kenal siapa dia. Ada orang siap hidangkan beer lagi pada Jose ni tanpa sedar dialah lelaki gelandangan yang mereka kenal.

Video tentang Jose ini telah dikongsikan oleh seorang penerbit filem iaitu Dr.Filmgood di Facebook Page - La Salvajeria sebagai ulangtahun ketiga salon itu. Boleh layan videonya di HOMELESS SPANISH MAN .

Apa perasaan Jose? of course la dia rasa terharu sangat-sangat sampai tak percaya yang dia tengok dekat cermin tu diri dia. Aku pulak sedih tengok muka dia yang terharu sangat dengan perubahan pada diri dia.

Jose kini dibantu dari segi kewangan dari sebuah syarikat. Dia kini seorang yang pembersih dan mengharapkan satu pekerjaan yang stabil untuk dirinya.

Sekian.

RESEPI KACANG PHOOL MAMA

7:40 PM 1
RESEPI KACANG PHOOL MAMA
RESEPI KACANG PHOOL MAMA - Harinikan macam takde entri sangat nak tulis sebab awal-awal keluar pergi cari makan. Lepas tu buat apa ntah tak ingat. Balik kemain lewat lepas tu rasa nak layan Saimdang pulak. Terus lupa nak hapdet. Nasib baik pagi tadi sempat la jugak hapdet satu entri.

Cerita Kacang Phool ni dah lama. Sebab dah lama mengidam akhirnya Mama buatkan jugak. Kemainlah gigih cari kacang parang dalam tin tu. Apa rasanya? Bagi aku sedaplah kalau perah limau lepas tu gigit cili api. Cuma selalu orang makan dengan kacang hijau.


RESEPI KACANG PHOOL MAMA
BAHAN-BAHAN :
1 labu bawang besar + 2 ulas bawang putih + 1inci halia = kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 tin kacang foul - lenyek
1 tin kacang panggang - lenyek
1/2 paket daging cincang
Sedikit garam dan gula

BAHAN LAIN :
Cili hijau atau cili padi - hiris
Bawang merah - potong dadu
Limau kasturi - belah dua
Telur mata kerbau *optional

CARA-CARA :
Tumis bahan kisar dan masukkan serbuk kari. Biarkan sehingga naik bau dan daging kisar. Kemudian masukkan kacang foul dan kacang panggang. Masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula. Hiaskan dengan cili, bawang dan limau serta telur mata kerbau.

Bagi aku, aku lagi suka makan tanpa telur tu sebab makan dengan telur macam muak je. Oh ya, kacang phool ni makan dengan roti bakar atau roti benggali. Sedap dan kenyang. Mama cakap rasa dia macam kuah mee rebus. Haha.. 

Selamat mencuba!

DI BARAT JEMPUTAN KAHWIN HANYA 100 ORANG, TAPI DI MALAYSIA?

11:09 AM 1
DI BARAT JEMPUTAN KAHWIN HANYA 100 ORANG, TAPI DI MALAYSIA?
DI BARAT JEMPUTAN KAHWIN HANYA 100 ORANG, TAPI DI MALAYSIA? - Terminat aku dengan salah satu statement screenshot dari Twitter ni. Aku tak kenal pun dia siapa, sama ada Pakar Motivasi, Public Figure atau apa. Cuma tertarik dengan apa yang cuba dia sampaikan.


Pada pandangan aku, walaupun di Barat hanya menjemput lebih kurang 100 tetamu je, tapi perbelanjaan mereka agak besar dari segi dekorasi, baju, makanan dan sebagainya. Kalau nak kira dari segi perbelanjaan, sebenarnya sama je budaya kita dengan Barat pun.

Cuma budaya kita, lagi ramai datang majlis lagi bagus. Lagi meriah katanya. Di samping itu juga, dapat mengumpul saudara-mara yang jauh terpisah. Masa majlis perkahwinan itulah yang mengeratkan kembali hubungan yang terpisah tu.

Perkara ni bukan hanya untuk bangsa Melayu je, boleh kata satu Malaysia pun kalau sambut majlis perkahwinan dengan meriah. Dari segi penjimatan, kita boleh cut cost mana-mana perkara yang tidak penting. Tapi itu terpulang pada individu lah. Kalau mampu apa salahnya kan?

Sekian.

March 16, 2017

SEORANG NETIZEN SALAH TEMBAK 'CINDY NG' !

1:25 PM 4
SEORANG NETIZEN SALAH TEMBAK 'CINDY NG' !
SEORANG NETIZEN SALAH TEMBAK 'CINDY NG' ! - Yang ni memang kelakar sangat. Aku pun hampir takut kalau aku salah tembak. Malu woooooo ! Sekarang kan tengah hangat pasal gadis yang memandu Gen2 sampai langgar orang tu. Netizen pulak jenis kalut, getar jiwa nak memaki hamun. Sekali SALAH ORANG !


Cin-D Ng yang netizen salah 'tembak' tu kemain lah lawa dan tinggi lampai. Miss Universe lagi uolssss. Berbanding suspek yang tak berapa nak tinggi dan muka pun tersangat kebudakan lagi. Kesian pulak bila orang yang tak bersalah dituduh sebagai pembunuh.


Rasanya komen netizen yang tersalah 'tembak' tu dia dah delete sebab termalu sendiri. Nasib baiklah 'tembak' dekat media sosial je. Kalau guna pistol berpeluru, kan dah jadi kes besar. Tak pasal je tau !

Benda-benda macam ni kena rajin jugak buat research, takut termalu sendiri. Aku dah pernah termalu sebab 'main langgar' je tanpa buat research. Menyesal gila! Hoho~~~

Sekian.

March 15, 2017

Benguk @ Beguk (Mumps)

6:40 PM 1
Benguk @ Beguk (Mumps)
Pagi semalam dapat Whatsapp dari aboy... actually wa dah baca aboy borak dengan mama kat group "Happy Family"...


Aboy ni kalau wa dah tahu perkara tu pun, dia tetap nak bagitau wa... apa2 je lahh... semua nak bagitau walaupun wa dah tau... maklumlah... akak kesayangan... ehh dah aboy ni bagitau kakwe dia macam kakwe dia tak pernah kena benguk plak... padahal dah banyak kali kena.... mihmih




Benguk atau Mumps ni berpunca dari jangkitan virus yang merebak melalui cairan pernafasan ( cth : ketika bersin ) atau melalui benda-benda yang dicemari air liur pesakit.

Penyakit ini biasanya terjadi pada kanak-kanak yang berumur 2 hingga 12 tahun yang masih belum mendapatkan vaksin, akan tetapi, penyakit ini dapat juga menjangkiti orang yang dewasa. Masa inkubasi penyakit ini adalah antara 12 hingga 24 hari.

Antara simptom penyakit ini :-
  • Kesakitan pada wajah
  • Demam
  • Pening kepala
  • Sakit tekak
  • Bengkak pada kelenjar parotid (kelenjar air liur yang paling besar terletak antara telinga dan rahang)
  • Bengkak pada bahagian rahang (jaw area)
  • Simptom tambahan pada lelaki seperti sakit dan bengkak pada testis.

Tiada rawatan spesifik untuk penyakit ini. Untuk mengurangkan rasa sakit pada kawasan leher boleh menggunakan ice pack/heat pack. Penggunaan acetaminophen (painkiller) juga dapat membantu mengurangkan kesakitan.

Selain itu minum air suam yang banyak dan makan makanan yang lembut untuk mengurangkan sakit.

Cara tradisional :- Lumur nila di kawasan benguk :)

RAMAI YANG HENTAM DAN KECAM CINDY NG, PEMANDU GEN2 LAWAN ARUS

4:38 PM 6
RAMAI YANG HENTAM DAN KECAM CINDY NG, PEMANDU GEN2 LAWAN ARUS
RAMAI YANG HENTAM DAN KECAM CINDY NG, PEMANDU GEN2 LAWAN ARUS - Baru-baru ni viral dan kecoh dengan kes sebuah kereta Gen2 yang melawan arus. Atas highway pulak tu. Aku tengok pun seram. Semoga aku tidak berhadapan dengan pemandu kereta sewel macam ni. Tak pepasal sebab dia, orang lain jadi arwah.

Alkisahnya dari sipolan netizen yang memberitahu, awal-awal tu budak Cindy ni dah terlanggar sebuah kereta Alza. Tapi mungkin sebab dia panik dan malas nak bertanggungjawab, dia blah macam tu je lawan arus. Bukan itu je, dia jugak disyaki dibawah pengaruh dadah jenis methenamine @ ice.

Disebabkan perkara ni, ramai lah yang mengecam, menyumpah seranah, mengugut dan sebagainya pada budak Cindy ni.


Walaupun kita perlu percaya pada Qada & Qadar, ramai yang tidak berpuas hati kerana ianya melibatkan nyawa orang lain. Mangsa pula baru berkahwin bulan 12 haritu. Selain itu juga, ramai yang bertindak racist sedangkan bangsa Cina juga mengeji perbuatan Cindy.

Bagi aku, perkara dah jadi. Itu suatu ketentuan yang kita tak boleh nak sangkal. Kalau kita maki pun, perkara dah jadi. Doakanlah mangsa tenang di sisi Allah SWT. 

Sekian.

ARABIC GUM POWDER UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG KRONIK

3:54 PM 1
ARABIC GUM POWDER UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG KRONIK
ARABIC GUM POWDER UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG KRONIK - Aku pernah baca pasal Arabic Gum atau Getah Arab yang elok untuk pesakit buah pinggang kronik macam aku. Awalnya aku rasa sumber untuk mendapatkan gam arab agak susah. Tapi rupanya senang je, kat Malaysia pun ada. Haha ! Nampak sangat kan aku tak rajin nak buat research?


Aku find out yang member alam maya aku dekat Facebook ada jual Arabic Gum ni. Mula-mula aku buat tak kisah jugak tapi rasa macam nak try pulak sebab Arabic Gum ni macam highlight yang Arabic Gum ni membantu pesakit buah pinggang kronik (End Stage Renal Failure) macam aku. Walaupun kekadang aku dah give-up nak cuba apa-apa jenis makanan sampingan bagai ni, aku tetap berniat nak mencuba, lagi-lagi ianya salah satu makanan sunnah.

Arabic Gum atau Al-Manna ini adalah sejenis getah berbentuk kristal yang keluar dari pohon Acacia Senegal dan Acacia Sayel. Ianya banyak terdapat di Negara Sudan.


Aku baru je consume untuk beberapa hari. Alhamdulillah, selera makan aku yang mati bebaru ni, datang kembali. Bagi aku rasa Arabic Gum ni sedap bila dibancuh dengan madu. Aku guna Madu Tualang yang beli kat Cameron Highland 2 tahun lepas.

Kalau ada peningkatan dari segi kesihatan aku, aku update ye? Semoga ikhtiar aku yang ini mendatangkan perubahan dan menjadikan tubuh aku makin sihat.

Ameen.......

UPDATE : Maka, dakwaan bahawa al-Manna itu menyembuhkan atau mampu menjadi penawar bagi penyakit tertentu selain daripada sakit mata, tidak sahih daripada mana-mana riwayat hadith.

SUMBER : http://addienblog.blogspot.my/2017/05/benarkah-al-manna-gam-arab-penawar.html?m=1

March 13, 2017

RESTORAN NASI KANDAR POPULAR DI PENANG ADA BANGKAI DAN NAJIS

8:08 PM 6
RESTORAN NASI KANDAR POPULAR DI PENANG ADA BANGKAI DAN NAJIS
RESTORAN NASI KANDAR POPULAR DI PENANG ADA BANGKAI DAN NAJIS - Aku dah lama pasang angan-angan nak makan nasi kandar yang satu ni, maklumlah ramai cakap sedap. Tapi aku difahamkan, bagi orang-orang Penang, restoran nasi kandar yang satu ni bukanlah kategori yang PALING SEDAP macam diuar-uarkan.

Harini terbaca, restoran nasi kandar yang popular tu diarah supaya ditutup sementara kerana pihak KKM telah menemui lipas berkeliaran serta bangkai dan najis tikus. Aduh.... baca pun dah geli. Lepas tu saja layan video, Allah.... memang melugai tekak aku. Kenapalah sebuah restoran yang dikenali ramai tidak menjaga kebersihan restoran tersebut?


Ampa judge la sendiri. Sebenarnya bukan restoran tu je, ada lagi satu restoran yang turut diarah ditutup. Selain itu, restoran mamak yang lain pun kebanyakkannya tidak mementingkan kebersihan. Layanan depa baguih, cuma part kebersihan tu tak tau awatnya boleh gagal. Bukan itu je, ada pekerja yang tidak menerima suntikan. Hmmm..... kesian pulak teringat orang yang datang jauh-jauh untuk makan nasi kandar kat sini.

Kredit : The Star Online.

Hmmm.... ingatkan kedai mamak 'fake' je yang kotor. Mamak yang sebenar-benar mamak pun tak peduli tentang kebersihan. Ampa tau tak yang ampa nak bagi orang makan? Ampa tak rasa ka yang ampa aniaya orang sebab sifat kekotoran ampa tu?

Mohon tokey-tokey restoran mamak yang tak bersih ni ambil iktibar lah ye? Sekian,


March 12, 2017

WAJAH TERKINI BEN NATHAN LEBIH KEMAS

4:46 PM 2
WAJAH TERKINI BEN NATHAN LEBIH KEMAS
WAJAH TERKINI BEN NATHAN LEBIH KEMAS -  Sebelum ni industri seni kecoh jugak pasal penyanyi era 80an Ben Nathan yang ditemui dalam keadaan tidak terurus dan ada yang mengatakan dia gila. Siapa hidup tahun 80an kenal laaa siapa Ben Nathan ni. Aku tahu lagu dia je, Stanza Sekeping Hati. Aku tanya tuan suami, tuan suami cakap Ben Nathan antara artis India yang agak hensem jugak orangnya.

Menurut Datuk DJ Dave yang telah pergi menemui Ben Nathan,  sebenarnya Ben Nathan mampu ingat melodi lagunya dan banyak perkara yang dia ingat. Mungkin dia kena tipu dengan pihak tertentu sebab Ben Nathan asyik ulang dia perlu ke Jakarta untuk membuat rakaman lagu.


Cerita pasal Ben Nathan ni ramai dah tahu kan? Tadi aku tengok Melodi, rupa Ben Nathan dah berubah! Nampak sangat kemas dan lebih normal berbanding dari masa dia dijumpai. Mungkin punca dia jadi serabai sebab faktor usia dan emosi kot? Mungkin la. Lagipun Ben Nathan telah menjalani rawatan di HKL.


Sebelah Datuk DJ Dave itu adalah Ben Nathan.
Kemas kan?

Sekian.

SINOPSIS CEREKARAMA TRAUMA TV3

1:15 PM 2
SINOPSIS CEREKARAMA TRAUMA TV3
SINOPSIS CEREKARAMA TRAUMA TV3 - Aku dah lama save the date nak tengok cerita Trauma arahan Azman Yahya @ Jinggo ni. Lately aku memang suka layan Cerekarama jugak sebab aku rasa aku macam takde life kalau nak mengadap TV. Hahhahha ! Boleh?

Jujurnya bagi aku cerita ni sedikit serabut dan takde klimaks. Orang slow sikit macam aku ni kekadang macam susah nak hadam. So, aku pandai-pandai la buat konklusi sendiri. Jom aku share sinopsis cerita Trauma ni.


JUDUL : TRAUMA
GENRE : Seram, Misteri, Psiko
TARIKH/MASA : 11 Mac 2017, jam 9 malam.
SLOT : Cerekarama TV3
IDEA ASAL: Nur Liyana Shahrudin
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Saharul Ridwan, Zara Zya, Dayana Roza, Raja Afiq, Idris Khan & Indah Emeerlda

SINOPSIS
Mengisahkan 6 orang sahabat yang berkenalan melalui 'group Whatsapp' yang diberi nama TRAUMA dan mereka yang terlibat adalah Roza (Janna Nick), Budin (Saharul Ridwan), Haneem (Zara Zya), Jaja (Dayana Roza), Edi (Idris Khan), dan Faz (Raja Afiq). Masing-masing diantara mereka pernah mengalami trauma dalam hidup. Mereka merancang untuk bertemu dan bercuti bersama.

Roza telah menawarkan diri untuk menjadi penganjur percutian tersebut. Ketika mahu mengambil kunci rumah sewa sebuah banglo, Roza ditegur dengan satu pepatah ; Adakah buaya menolak bangkai? Ketika itu juga, Roza sudah mula diganggu namun dia dan sahabat-sahabatnya meneruskan juga percutian yang dirancang .

Pada malam itu, mereka berkongsi sesama sendiri tentang setiap trauma yang mereka alami. Kejadian aneh berlaku selepas 'kematian' Roza.

REVIEW
Mula-mula aku asyik speku yang segala pembunuhan tu Budin punya kerja. Sebab muka dia nampak jahat dan misteri. Rupa-rupanya, semua kerja Roza. Watak Roza dalam drama ini adalah seorang yang psiko, mungkin sebab dari kecik dia dianiaya dan kena penderaaan seksual oleh seorang yang bergelar Pedofil.

Kiranya, trauma Roza ni tadi lebih teruk la dari kawan-kawan dia. Actually dalam ramai-ramai tu, Roza je yang betul-betul trauma. Yang lain konon-konon trauma tu sebenarnya cakap je.

Apapun, aku puas hati dengan lakonan pelakon-pelakon dalam drama ni especially watak Roza lakonan Janna Nick yang psiko tu. Naik seram aku sebab watak dia hidup sangat.

Oklah, tu je. kbai.

March 10, 2017

MASKER DARI ARANG YANG ELOK UNTUK DETOX KULIT

7:01 PM 2
MASKER DARI ARANG YANG ELOK UNTUK DETOX KULIT
MASKER DARI ARANG YANG ELOK UNTUK DETOX KULIT - Kadang tu muka ni penuh dengan debu-debu yang melekat. Oleh sebab debu-debu yang melekat pada kulit muka, maka tumbuhlah segala raja jerawat atas kulit. Boleh je guna deep cleanser tapi itupun kekadang tak berkesan jugak.

Apa kata guna DIY Mask pulak? Buat sendiri siap boleh buat ala-ala peel-off mask gittew. Mungkin boleh tarik whitehead atau blackhead jugak selain dari kekotoran tercemar dekat muka korang tu! Penyediaan bahan-bahan pun mudah je. Korang hanya perlu beli serbuk agar-agar dan actived charcoal. Alaaa... charcoal yang digunakan untuk yang mengalami sakit perut. Charcoal ni boleh beli kat farmasi je.

Ilustrasi dari Google.

RESEPI MASKER ARANG DIY : KREDIT MIN & RINI
BAHAN-BAHAN
1 cawan air mendidih
1 sudu besar serbuk agar-agar
4 biji pil arang - ditumbuk kasi hancur (resepi asal letak je seketul2 tu)

CARA-CARA
Sebatikan semua bahan dan biarkan suam, sapu di muka dan biarkan sehingga 15 minit atau sehingga kering.

Bahan-bahan pun tidak merbahayakan. Kalau korang nak tahu, kebanyakkan mask yang dijual tu mengandungi PARABEN! Nak tahu bahaya paraben boleh baca SELAIN MERKURI, PARABEN DALAM BARANG KOSMETIK JUGA BAHAYA! . Dikalangan kita ni kekadang tak kisah pun dengan bahaya bahan-bahan kimia ni, janji cantik dengan cepat.

Pilihan di tangan korang, hakakkk share aje ! Semoga bermanfaat :)


RENUNGAN DAN TAULADAN DARI SEBATANG PENSIL

11:08 AM 3
RENUNGAN DAN TAULADAN DARI SEBATANG PENSIL
RENUNGAN DAN TAULADAN DARI SEBATANG PENSIL - PENSIL. Kadangkala kita melihat ianya hanya sebatang pensil yang sama dengan pensil-pensil yang lain. Tapi kita tak tahu, sebatang pensil itu membawa value yang tinggi dalam kehidupan. Aku nak share satu cerita antara seorang nenek dengan cucu dia.

Seorang cucu sedang menemani neneknya menulis. Lepas tu dia tanya nenek dia, "Nenek tulis pasal siapa? Pasal saya ke?" .. Nenek dia senyum dan meletakkan pensil yang dipegangnya tadi. Lepas tu nenek dia cakap...

"Memang sebenarnya nenek tulis pasal kamu. Tapi ada yang lebih penting daripada isi penulisan ini, iaitu pensil yang nenek pegang tadi. Nenek berharap kamu akan menjadi seperti pensil apabila kamu besar nanti".. Si cucu yang tak faham maksud nenek dia, terus berkata bahawa semua pensil tu sama je rupanya, takde yang special pun.

Nenek itu menjawab : "Sebenarnya pensil ini mempunyai 5 kualiti tersembunyi yang boleh buat hidup kita menjadi tenang. Kalau kamu ingin berjaya, peganglah prinsip dari sebatang pensil ini dalam hidup".. Kemudian nenek itu menghurai satu-satu kebaikan dari sebatang pensil itu, yang boleh menjadi manfaat untuk perjalanan hidup.


PERTAMA
Pensil ini akan mengingatkan kita untuk membuat perkara yang hebat-hebat dalam hidup ini. Yang menjadikan pensil ini berfungsi adalah tangan yang membimbing untuk menulis. Begitu juga hidup kita seharian, bila kita sebut nama Allah, insyaAllah Allah akan membimbing kita. Jika pensil itu dituntun oleh tangan, maka Allah adalah penuntun yang terbaik dalam kehidupan kita.

KEDUA
Kadangkala, bila menggunakan pensil, matanya akan jadi tumpul. Kita perlu asah pensil ini supaya tajam kembali. Semasa asah, mungkin pensil ini berasa sakit, namun selepas diasah, ianya menjadi tajam. Begitu juga dalam kehidupan. Kita tidak akan lari dari berasa susah dan menderita, namun kesusahan yang kita rasanya, adalah perkara yang akan menjadikan kita orang yang lebih baik.

KETIGA
Bila ada pensil, mestilah ada pemadam. Pemadam berfungsi memperbaiki kesalahan kita semasa menulis. Dalam kehidupan, adakalanya muncul orang yang menegur kesilapan kita. Disebalik teguran itu, kita boleh memperbaiki kelemahan diri.

KEEMPAT
Bahagian yang paling penting adalah bahagian dalam sebatang pensil. Ianya ibarat siapa kita dalam diri kita.

KELIMA
Sebatang pensil selalunya akan menimbulkan tanda. Seperti sebuah kehidupan, kita akan meninggalkan kesan jika tersalah perbuatan atau percakapan. Sentialah berhati-hati atas segala tindakan kita pada orang lain atau diri sendiri.

Setiap apa yang kita pegang, walaupun apa yang kita pandang, sebenarnya masing-masing membawa hikmat yang tersembunyi. Aku suka dengan ayat "Allah tidak menjadikan perkara itu sia-sia" , itulah penguat semangat aku dalam hidup.

Semoga bermanfaat.

March 09, 2017

KALAU DAH REZEKI DAH TUA PUN BOLEH BERANAK!

8:55 PM 3
KALAU DAH REZEKI DAH TUA PUN BOLEH BERANAK!
KALAU DAH REZEKI DAH TUA PUN BOLEH BERANAK! - Suka pulak baca cerita macam ni. Bagi aku, ianya satu inspirasi dan ianya tidak mustahil. Kun fayakun. Tak kisahlah kau dari bangsa dan agama apa sekalipun.

Macam kes berlaku dekat Amritsar, Punjab ni, kalau kita tengok dia seorang wanita yang bergelar nenek je pun. Umur dia dah 73 tahun dan dia dah 46 tahun berkahwin tanpa kehadiran zuriat. Aku yang baru 4 tahun ni pun dah meroyan, depa rilekssss je 46 tahun takde anak.

Tapi ada seorang doktor ni kesian kat depa suami isteri, so doktor ni cadangkan depa buat rawatan IVF. Suami dia yang berumur 80 tahun bernama Mohinder Singh Gill pun setuju mereka menerima rawatan tersebut. Hasil rawatan IVF, wanita yang bernama Daljinder Kaur ini berjaya mengandung dan melahirkan anak pertamanya yang diberi nama Armaan pada 19 April 2016.


Aku sangat impress dengan cerita macam ni tau. Aku baru update status kat Facebook berunsur perkara berkaitan anak ni jugak. Walaupun aku dah move-on, ada jugak laa kekadang keinginan nak anak tu. Tapi perancangan Allah SWT itu hebat. Mungkin rezeki aku pada sesuatu yang lain, kan? Mana tahu dapat buah pinggang baru ke? Kan kan kan?

So, pada korang yang sedih sebab takde anak tu, kalau korang normal dan sihat, cuba ambil masa untuk gembirakan diri korang. Makcik-makcik bawang memang takkan habis bertanya pasal anak, dah korang pun janganlah asyik nak emosi je. Buang masa.

Kbai.

March 08, 2017

MAKSUD DI SEBALIK PERSONA NON GRATA

9:11 PM 4
MAKSUD DI SEBALIK PERSONA NON GRATA
MAKSUD DI SEBALIK PERSONA NON GRATA - Ayat ni popular dan viral untuk beberapa hari ni. Pertama kali aku tahu perkataan Persona Non Grata adalah ketika menonton filem lakonan Hans Isaac dan Erra Fazira. Tapi, sesungguhnya aku tak tahu apa maksud sebenar perkataan itu.


MAKSUD PERSONA NON GRATA
Disebut sebagai Per-So-Na Non Gra-ta dalam Bahasa Latin, Persona Non Grata membawa maksud "mereka yang tidak dihargai".  

Dari segi diplomasi, Persona Non Grata juga boleh dilabelkan pada orang asing yang memasuki atau berada di sesebuah negara tertentu yang dilarang oleh kerajaan negara itu. Gelaran Persona Non Grata ini sebenarnya membentuk satu kecaman yang paling serius. - Wikipedia

Untuk lebih mudah difahamkan, Persona Non Grata ni adalah sekatan kemasukan yang dikenakan pada warga asing ke atas sesebuah negara, especially kalau tiada hubungan diplomatik.

Boleh faham tak penerangan yang aku cuba kongsikan dengan korang? Aku cuba ringkaskan selaras dengan apa yang aku faham laa. Harap bermanfaat :)

"KAMI SANGGUP TUKARKAN PM DAN ISTERI PM KE KOREA!"

4:54 PM 1
"KAMI SANGGUP TUKARKAN PM DAN ISTERI PM KE KOREA!"
"KAMI SANGGUP TUKARKAN PM DAN ISTERI PM KE KOREA!" - Adoi... cakap pasal PM ni sensitif jugak jadinya. Aku ni dah macam redha sangat hidup dekat Malaysia yang semakin miskin ni. Aku sebenarnya malu bila orang Bangladesh yang menjadi hinaan di Malaysia sebelum ni pun kutuk Malaysia. Aku rasa Malaysia bukan menjadi kebanggaan aku pulak.

Tapi nak buat macam mana? Kena jugaklah bersyukur, at least ada lah makanan lagi walaupun mahal cekik darah manoooosia tidak bekerja macam aku. Sobsss. Aku dah kata, aku redha.

Disebalik kesedihan aku dengan propaganda di Malaysia ni, aku nak tergelak pulak baca statement seseorang yang bagi aku menghiburkan hati yang lara ni. Haha !


Aku tak kisahlah siapa pun pemimpin kat Malaysia ni, biarlah tak ensem pun tapi MESRA RAKYAT & KASIHANI RAKYAT. Bukannya BUNUH RAKYAT. Hmmmm.... banyak mana kemarahan yang dilempar pun, Malaysia tetap makin sadisssss keadaannya.

Semoga Allah Taala menunjukkan KEBESARANNYA pada PEMIMPIN YANG ZALIM :)

BERBEZANYA HIDUP ZAMAN DULU DAN SEKARANG

10:37 AM 0
BERBEZANYA HIDUP ZAMAN DULU DAN SEKARANG
BERBEZANYA HIDUP ZAMAN DULU DAN SEKARANG - Kalau cerita pasal zaman sekarang, bagi aku zaman budak-budak yang sekarang laaa paling tak best. Mana tak, celik mata dah hadap gadget. Takde dah kau nak dengar budak-budak zaman sekarang main tepuk amai amai belalang kupu-kupu. Haha !

Aku rindu zaman aku sebab bebas nak bermain, kes penculikan pun kurang. Otak sentiasa berhubung dengan baik sebab zaman kita dulu main dengan tanah, dengan daun, siap petik bunga jiran sebab nak main masak-masak. Kuali Mama kat dapur aku pernah angkut bawak kat luar. Aku susun batu-bata dan kumpul kayu serta daun kering untuk dijadikan api. Haaaa berhubung sangat kan sistem otak aku?

Dari segi teknologi, zaman kita dulu lebih kepada manual. Kena guna banyak tenaga. Tu sebab dulu tak ramai orang yang sakit. Nak buat apa semua kena guna kudrat. Zaman sekarang segala-galanya dihujung hari. Kerja pun tak payah susah-susah nak keluar hadap jammed, ada je kerja yang korang boleh buat kat rumah, income masuk.

Ilustrasi semata.

Ini mungkin 5 PERBEZAAN PALING KETARA KEHIDUPAN ZAMAN DULU DAN SEKARANG. Jujurnya, aku memang rindu kehidupan yang dulu laaa. Zaman sekarang rasa macam dah tak hidup bermasyarakat rasanya. Budak-budak yang membesar dengan gadget pun dah tak berapa pandai nak tunjukkan nilai moral yang baik. Kadang-kadang mereka lebih selesa berteman dengan handphone daripada beramah-mesra dengan orang sekeliling.

Bukan semuanya buruk bila hidup zaman serba moden ni. Yang bagusnya, lebih banyak maklumat yang kita dapat. Contohnya, nak makan sesuatu, Google je. Dah jumpa resepi. Mudah kan?

Pada pendapat aku, ianya perlu seiring diantara kehidupan dulu dan sekarang. Sekian.

March 07, 2017

KEDAI MAMAK ULI TEPUNG PENUH SATU LENGAN!

10:41 PM 3
KEDAI MAMAK ULI TEPUNG PENUH SATU LENGAN!
KEDAI MAMAK ULI TEPUNG PENUH SATU LENGAN! - Aku dah lama tak layan makanan kedai mamak yang melibatkan roti ni. Tapi kekadang teringin, aku order la berdekatan Hospital Ampang tu. Bukan apa, aku start jijik lepas aku nampak satu kedai ni, yang tukang buat roti canai tu kuku hitam tak bersih serta sejenis yang suka gigit-gigit kuku. Aku loya tekakkkkk wey !

Video tengah viral ni pasal satu kedai mamak kat Cheras kot. Depa rakam tukang buat roti tu siap lap peluh bagai lagi. Yang paling tak tahan, penuh lengan dia dengan tepung. Lepas tu dia tarik balik saki-baki tepung kat lengan tu dan sambung uli.


- VIDEO PENUH -

Memang buat stok melugai tekak la tengok video ni. Aku kekadang pelik kenapa tokey kedai suka ambil pekerja yang pengotor? Pelanggan ramai, jagalah kebersihan. Orang pun suka datang. Laaa ni kalau aku teringin nak makan roti naan ke, ayam tandoori atau roti canai, terpaksalah aku buat sendiri. Dah tak percaya dengan kebersihan certain-certain kedai mamak yang sambil lewa pasal hal ehwal kebersihan ni.

Kolau korang, lalu ke nak makan? Tanya je. Hehe...