WANITA CANTIK DAN KEJAM INI BERNAMA DELPHINE LALAURIE

WANITA CANTIK DAN KEJAM INI BERNAMA DELPHINE LALAURIE - Selalunya kekejaman sentiasa dikaitkan dengan kaum lelaki. Yela, peratus kes jenayah memang kebanyakkannya membabitkan lelaki. (Itu di Malaysia la). Tapi aku selalu baca, di negara luar kaum wanita ni ramai yang kejam, termasuklah seorang wanita bernama Delphine LaLaurie ini.


SIAPAKAH DELPHINE LALAURIE?

Dia digelar Madam LaLaurie dan merupakan antara wanita yang tercantik di kawasannya. Bukan saja itu, Madam LaLaurie juga seorang yang berpengaruh.

Dah kata berpengaruh, of course lah dia seorang yang kaya. Dia mempunyai sebuah rumah agam yang sangat cantik. Kalau tengok dari luar rumah memang nampak simple je tapi kalau sesiapa yang pernah masuk ke dalam rumah agamnya itu, memang terpegun dengan kemewahan yang dipamerkan.

Madam LaLaurie juga disanjung oleh orang ramai kerana kelembutannya. Tetapi di sebalik kelembutannya itu, tersimpan satu sisi kejam yang ada padanya.

Ketika berlaku kebakaran di ruang dapur rumahnya pada tahun 1834, kekejaman Madam Lalaurie terhadap pembantu-pembantu rumahnya akhirnya terbongkar.


KISAH BENAR TENTANG KEKEJAMAN MADAM LALAURIE DI NEW ORLEANS

Pada tahun 1832, Dr.Louis iaitu suami kepada Madam Lalaurie atau nama sebenarnya Madame Delphine LaLaurie, telah berpindah ke rumah Creole mereka. Mereka terkenal kerana hal ehwal sosial dan dihormati kerana kekayaan yang mereka miliki. Madam LaLaurie dikagumi kerana dia adalah wanita yang cukup sempurna dan memiliki segalanya.

Disebaliknya, hanya segelintir saja yang tahu bahawa Madam Lalaurie sentiasa menganiaya pembantu rumahnya dan sentiasa menindas mereka. Well, zaman tu pembantu rumah selayaknya dilayan di bawah tapak kaki je.

Satu kemusykilan tentang Madam LaLaurie apabila seorang jirannya di kawasan tersebut pelik melihat pembantu rumahnya sering bertukar ganti. Apa yang lebih pelik adalah pembantu rumah sebelum-sebelum tu tak pernah kelihatan keluar dari rumah agam tersebut. Kira lesap camtu je takde berita, alih-alih tukar pembantu rumah yang baru.

Jiran tu pernah nampak Madam Lalaurie tanam mayat pembantu rumahnya bawah pokok, tapi bila buat laporan, tiada apa-apa tindakan sebab takde bukti kukuh.


Kekejaman Madam Lalaurie terbukti selepas dapur rumahnya terbakar sebab tukang masak rumah dia punya kerja. Tukang masak tu dah tak tahan dengan perbuatan kejam majikan dia ni. Kebakaran itu merebak hingga ke permukaan rumah dan hampir ke loteng. Bila sampai loteng tu pihak bomba semua terkejut kerana mereka menemui hampir sedozen pembantu rumah yang diseksa oleh Madam LaLaurie.


ANTARA KEKEJAMAN YANG DILAKUKAN MADAM LALAURIE


🌑 Mangsa dibogelkan dan dirantai ke dinding. Ada juga yang diikat pada meja.

🌑 Mangsa dikurung didalam sangkar anjing.

🌑 Sesetengah mangsa wanita telah dihiriskan perutnya dan dibiarkan berbalut tanpa dirawat.

🌑 Kuku dipatahkan dengan kasar, mata dicucuk keluar serta bahagian sulit dihiris sana sini.

🌑 Mulut ditutup dan tangan dijahit.

🌑 Seorang mangsa wanita telah disumbatkan dengan najis haiwan didalam mulutnya dan kemudian mulutnya itu dijahit! 

🌑 Seorang mangsa lelaki telah digantung dengan kayu yang telah digerudi dikepalanya.



Malangnya, Madam LaLaurie ni tak sempat ditangkap pun sebab katanya dia larikan diri sampai orang tak jumpa jejak dia satu famili. Ada kata dia lari ke Perancis, ada yang kata masuk hutan. Tapi sampai sudah pihak berkuasa tak jumpa dia.

Apa jadi dengan rumah agam dia tu? Hmmm.... ramai kata rumah tu berhantu!

Kejam kan seorang wanita bernama Delphine LaLaurie ni? Moral of the story, don't judge a book by the cover. Disamping tu, janganlah kau menyeksa insan-insan yang bernyawa ni walaupun itu menjadikan keseronokan bagi kau~

Aku macam seram pulak baca kisah dia ni, terbayang-bayang kalau aku ditempat mangsanya. Fuhhhh tak boleh bayangkan~~~~
WANITA CANTIK DAN KEJAM INI BERNAMA DELPHINE LALAURIE WANITA CANTIK DAN KEJAM INI BERNAMA DELPHINE LALAURIE Reviewed by Tunsha Ayunie on February 08, 2017 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.