UJIAN SPIROMETRY KALI KEDUA - DARI JARI NOVELLA

February 17, 2017

UJIAN SPIROMETRY KALI KEDUA

UJIAN SPIROMETRY KALI KEDUA - Sebelum ni aku dah buat sampai rasa hilang nafas dan terpaksa sarung Neb. Haritu doktor suruh buat lagi sebab bacaan tak jelas katanya. Well, pesakit ni standard akan jadi bahan ujikaji jela kan? Who cares?

Lepas dialisis memang letih sangat, tapi after that ada appointment. Tunggu nak dekat sejam, staff boleh suruh pergi rehat dulu sebab ramai patient katanya. Aku dengan tuan suami ambik masa lebih kurang 40 minit dan kembali ke Unit Spiro. Boleh pulak bilik semua bertutup... ok, tengah waktu lunch.


Tunggu la lebih kurang 40 minit lagi. Masuk bilik dan kena hembus nafas kat benda bulat tu. Hilang nyawa kejap rasanya. Siap tanya dalam hati, siapalah yang mencipta alat yang merepek ni???

After dah dapat result, aku kena ambil darah pulak hari Khamis tu. Dah ambil darah, staff masukkan ubat pulak. Semua ujikaji ni diperlukan sebelum aku menjalani pembedahan tiroid nanti. Hmm tak tahu nak rasa takut ke relaks je.

Errr... agak-agak akan mengganggu kotak suara aku tak? Aku dah la suka nyanyi lagu high key. *tetibe*

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.