TAKZIAH : ARY MALIK MENINGGAL DUNIA SETELAH MENDERITA KANSER OVARI - Monolog Aku Cuma Di Kiri

February 28, 2017

TAKZIAH : ARY MALIK MENINGGAL DUNIA SETELAH MENDERITA KANSER OVARI

TAKZIAH : ARY MALIK MENINGGAL DUNIA SETELAH MENDERITA KANSER OVARI - Mati tidak kira usia. Aku terkejut jugak bila baca Ary Malik dalam keadaan kritikal awalnya. Dia kan seorang yang ceria kan? Lama jugak sebenarnya tak nampak kemunculan Ary Malik ni, last aku tengok kewujudan dia adalah dalam Masterchef Selebriti Malaysia.

Aku sedih jugak dengan berita yang aku baca sebab minat dengan kelembutan dan mulut becok Ary Malik ni. Selain tu aku suka sangat tengok dia bercakap. Macam takde fullstop.

Petang tadi, ramai share yang Ary Malik sudah meninggal dunia sedangkan ketika itu dia masih dalam keadaan kritikal. Namun, berita tentang kematiannya benar-benar terjadi setelah Ary Malik menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 7:17pm (petang tadi), di Hospital Ampang.


Ary Malik atau nama sebenarnya  Nurtita Maliha Aryanee Malik (46) sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat menanggung derita kanser ovari pada 18 Februari baru-baru ini. Tapi Allah lebih menyayanginya.... Innalillahiwainnailaihirojiun.. Sesungguhnya setiap yang hidup akan merasai mati. Takziah buat keluarga arwahyarham.

Semoga keluarga arwahyarham Ary Malik bertabah dan redha dengan pemergian arwah. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.