SINOPSIS TELEMOVIE : KALBU PUN BERZIKIR (ASTRO CITRA & MUSTIKA HD) - Monolog Aku Cuma Di Kiri

February 22, 2017

SINOPSIS TELEMOVIE : KALBU PUN BERZIKIR (ASTRO CITRA & MUSTIKA HD)

SINOPSIS TELEMOVIE  : KALBU PUN BERZIKIR  (ASTRO CITRA & MUSTIKA HD) - Banyak kisah adaptasi dari novel yang melibatkan orang-orang kaya dan perempuan gedik melampau. Berbanding dengan kisah novel karya Lily Haslina Nasir ini, mungkin akan memberi impak jiwa kepada penonton. Tengok trailer & baca sinopsis pun rasa sedih.


JUDUL : KALBU PUN BERZIKIR
MASA/HARI : 26 FEBRUARI 2017, jam 10:00 malam, saluran 131 & 134 (Astro)
GENRE : Adaptasi Novel
KARYA : Lily Haslina Nasir
SKRIP : Prem Anand & Maizura Mohd Ederis
PENERBIT : Nusantara Seni Karya Sdn Bhd
PELAKON : Fasha Sandha, Zara Sophia, Pekin Ibrahim dan ramai lagi

SINOPSIS
Norlia seorang gadis kampung yang sangat naif. Dia bahagia dengan caranya sendiri. Kehadiran Ghafar pula seolah membuka lembaran yang baru buat Norlia. Layanan Ghafar yang baik dan sikap Ghafar yang selalu mengambil berat telah membuat Norlia jatuh hati pada Ghafar.

Mereka kemudian bernikah walaupun ibu Norlia tidak bersetuju dengan keputusannya yang terburu-buru. Norlia berharap mahligai yang dibina akan bahagia selamanya seperti pasangan lain tetapi angan-angannya musnah apabila Ghafar membuat onar.

Akhirnya Norlia digantung tidak bertali. Hidupnya kini semata-mata untuk tiga orang anaknya iaitu Fatin, Maarof dan Riya. Dia menganggap apa yang terjadi kepadanya adalah satu kifarah kerana berdegil dengan kata-kata ibunya sebelum ini. Ujian Norlia tidak terhenti disitu apabila anaknya Fatin pula disahkan mengidap Leukimia.


Fatin pula bukanlah seorang yang lemah semangat. Dia mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dan kuat. Ada beberapa perkara yang ingin dilakukan Fatin sebelum dia menutup mata selama-lamanya. Ketabahan Fatin telah menarik  perhatian Khairi, seorang wakil sebuah NGO dan mencuba merealisasikan impian Fatin.

Norlia mula selesa dengan kehadiran Khairi dan pertemuan mereka menimbulkan bibit-bibit rasa di hati. Disaat Norlia mulai selesa dengan Khairi, Ghafar tiba-tiba muncul kembali atas alasan mahu bersama-sama menjaga Fatin. Ghafar cuba memujuk Norlia dan berkata dia bukanlah orang yang dulu.

Disaat itu juga, Norlia mula keliru. Pengakhirannya, saksikan Telemovie Qalbu Pun Berzikir di saluran ASTRO CITRA & MUSTIKA HD !

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.