SINOPSIS FILEM RAEES (2017) - Tunsha Ayunie Punya Belog

February 10, 2017

SINOPSIS FILEM RAEES (2017)

SINOPSIS FILEM RAEES (2017) - Sebenarnya kan aku dah lama tengok poster filem Raees ni dekat Spectrum Ampang. Rasa macam nak ajak je tuan suami pergi tapi macam biasalah alasan dia -- filem Bangladesh. So, dia malas. Haha!

Apa yang buat aku nak tengok filem Raees ni of course la sebab Shah Rukh Khan berlakon. Gaya dia dah macam Amitabh Bachan dah, berjambang sini dan sana. Haa! Buat korang yang rasa macam nak tengok filem Raees, jom layan sinopsis dulu.



JUDUL : RAEES
GENRE : Aksi, Jenayah, 
PENGARAH : Rahul Dholakia
PENERBIT : Excel Entertainment, Red Chillies Entertainment
PELAKON : Shah Rukh Khan, Mahira Khan & Nawazuddin Siddiqui

SINOPSIS
Kisah tentang kejahatan Raees Alam (Shah Rukh Khan), yang terlibat dalam perdagangan minuman keras secara haram pada usia yang sangat muda. Dia bekerja dengan sebuah kumpulan gangster terkenal di Jairaj, yang menyeludup minuman keras secara tidah sah dan memberi rasuah kepada polis. 

Dia dikenali sebagai seorang yang kejam namun cekap dan serius dalam menjalankan perniagaannya. Dia juga mempunyai seorang isteri bernama Aasiya (Mahira Khan). Disebalik itu, seorang polis bernama ACP Ghulam Patel (Nawazuddin Siddiqui) cuba memerangkap Raees di Mumbai untuk menghapuskan segala kegiatan jenayahnya.


Untuk pengetahuan korang, dekat Pakistan dah haramkan filem ni awal-awal sebab bagi mereka, filem Raees ni mengandungi kandungan yang mencemarkan nama baik Islam. Aku tak tahu apa kandungan yang sebenarnya, tapi kalau korang curious, bolehlah tengok.

Hakakkk tunggu kat Astro First jela kalau ada. Hihi

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.