SELEPAS 100 TAHUN, TEATER INI BERTUKAR MENJADI KEDAI BUKU TERBESAR DAN TERCANTIK! - Monolog Aku Cuma Di Kiri

February 01, 2017

SELEPAS 100 TAHUN, TEATER INI BERTUKAR MENJADI KEDAI BUKU TERBESAR DAN TERCANTIK!

SELEPAS 100 TAHUN, TEATER INI BERTUKAR MENJADI KEDAI BUKU TERBESAR DAN TERCANTIK! - Aku pernah mengimpikan berada didalam 'syurga' buku. Dimana kiri kanan aku hanyalah buku semata-mata. Sebelum berkahwin, aku dengan buku memang tak dapat dipisahkan, sebab aku minat membaca.


Teater yang diberi nama Grand Splendid Theater ini adalah teater lama yang terletak jauh di Barrio Norte, Bueno Aires, Argentina. Ianya dibuka pada tahun 1919 dan berumur lebih kurang 100 tahun.

Pernah ditukar menjadi sebuah panggung wayang dan kemudian pada tahun 2000, ianya ditukar menjadi kedai buku yang diberi nama El Ateneo Grand Splendid. Kedai buku ini sentiasa mengalu-alukan kedatangan pengunjung yang hampir satu juta dalam setahun.



Asalnya bangunan ini direka oleh arkitek bernama Pero dan Torres Armengol yang kemudiannya ditukar menjadi kedai buku oleh Fernando Manzone. Beliau telah abadikan setiap sudut didalam teater ini dengan BUKU! Boleh kata kat tiang teater pun korang boleh jumpa buku. Perghhhh bestnya!

Pada tahun 2008, El Ateneo Grand Splendid telah mendapat nama pada tempat kedua sebagai KEDAI BUKU TERCANTIK DI DUNIA oleh The Gurdian.

Menarik kan? Tapi nun jauh di Argentina sana. Dapat tengok gambar jelah gamaknya. Hahahhaa! Teruja tak habis lagi bila layan gambar-gambar kedai buku ni. Kan best kalau kat Malaysia ada satu. Errr..... ada ke?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.