SATU LAGI PENDEDAHAN TENTANG KESAN SELEPAS PEMAKAIAN PRODUK BERMERKURI

SATU LAGI PENDEDAHAN TENTANG KESAN SELEPAS PEMAKAIAN PRODUK BERMERKURI - Ramai lagi yang masih tidak tahu, kesan cantik seawal 7 hari adalah palsu semata-mata. Penuh dengan bahan berkimia sana dan sini. Tak salahkan mereka jugak, kita wanita ni memang sejenis manusia obses nak cantik.

Bila obses nak cantik, kekadang tu terlupa pulak tentang kesan buruk. Aku sejenis manusia yang takut nak guna local product walaupun iklan-iklan wanita cantik tu menduga aku, memanggil-manggil aku untuk mencuba.

Aku pernah tulis tentang bahaya merkuri, disamping pendedahan seorang wanita yang muka jadi semakin teruk selepas berhenti memakai satu local product ni. Aku tak mention produk apa tapi ramai yang seakan tahu produk apa yang dimaksudkan.

Entri boleh rujuk di sini


Selepas itu, pendedahan demi pendedahan yang aku baca dari pengguna setelah berhenti memakai produk tersebut. Yang aku share ni kira paling baru lah. Dibeli dari AGENT YANG SAH (authorized agent_). Korang jangan nak kata FAKE pulak.






*bukti*

Walaupun dia dah mention dia double check untuk pastikan dia beli dari agent yang sah, masih ramai netizen komen cakap dia beli yang FAKE. Ni hakakkk nak cakap, memanglah kau pakai produk tu muka kau lawa, tapi kesan sampingan kau tahu ke tidak? Memanglah kekadang kau berhenti pakai produk tu, tak memberi kesan buruk pun. Ianya long term, bergantung pada jenis kulit kau. Nipis ke tebal ke. Ehhh faham tak ni??

Aku gigih baca komen, rupanya ramai lagi yang mengalami nasib yang sama. Yang beli direct HQ pun ada. Kau nak kata macam mana sekarang?



Dan aku suka statement ni.....



Banyak lagi sebenarnya komen pasal produk yang satu ni. Tapi letih pulak nak screenshot. Plus line teruk plus terus jammed bila aku scroll. Haha! Kalau korang rasa masih nak pakai produk tu, silakanlah. Takde siapa yang halang. Wanita ni share sebab nak orang ramai berhati-hati dan sama sekali dia tak mention produk apa dia pakai.

Jangan asyik-asyik tuding jari kata orang beli yang fake ye? Ini kisah kulit muka kotttt... Aku tengok packing lama ada tulis NO MERCURY, awat packing baru takde pun? Ok, itu isu kecik la. Tapi aku musykil, berkesan seawal 3 HARI?? Kau tak rasa apa-apa ke?

Last, kalau kau rasa nak teruskan memakai produk local ni demi support perniagaan bumiputera, teruskan. Jangan nanti orang-orang yang cakap pakai FAKE punya tu pulak yang viralkan kisah depa bengkak muka sana-sini.

Sekian.
SATU LAGI PENDEDAHAN TENTANG KESAN SELEPAS PEMAKAIAN PRODUK BERMERKURI SATU LAGI PENDEDAHAN TENTANG KESAN SELEPAS PEMAKAIAN PRODUK BERMERKURI Reviewed by Tunsha Ayunie on February 17, 2017 Rating: 5

1 comment

  1. betul tu..kalau cepat sangat memang bahaya.biarlah slow dan take time. takut nak cantik, lagi buruk jadinya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.