RESEPI TEPPANYAKI AYAM HOMEMADE - Monolog Aku Cuma Di Kiri

February 15, 2017

RESEPI TEPPANYAKI AYAM HOMEMADE

RESEPI TEPPANYAKI AYAM HOMEMADE - Teppanyaki Ayam atau Chicken Teppanyaki ni memang all time favourite aku jugak. Tapi nak ajak tuan suami makan dekat luar, macam banyak sangat faktornya, especially bab lesen la. Aku tak berani nak suruh dia drive tempat tak familiar dalam keadaan dia takde full license lagi ni.

Teppanyaki membawa maksud : Teppan (Pinggan Besi) & Yaki (Goreng @ Panggang) , adalah makanan Jepun. Kalau korang pergi kedai jual Teppanyaki ni, korang boleh tengok aksi chef masak Teppanyaki depan mata korang.

Disebabkan aku memang dah lama mengidam nak makan Teppanyaki, so alternatifnya buat sendiri je la. Selalunya depa serve dengan taugeh dan daun bawang (ada letak lobak merah jugak), tapi aku guna kobis dengan daun bawang je sebab itu je yang ada kat rumah. Plus, aku masak dalam kuali je. Hehe


RESEPI TEPPANYAKI AYAM HOMEMADE
Bahan-bahan (ayam) :
Sekeping dada ayam - potong dadu dan perap dengan sedikit garam
1/2 kecil lada hitam - dikisar halus
Sedikit kicap sotong
1 sudu kecil marjerin @ butter

Cara-cara masak ayam :
Cairkan marjerin dan masukkan ayam tadi. Goreng dan masukkan lada hitam dan kicap sotong. Biarkan ayam masak, ketepikan.

Bahan-bahan (bawang putih goreng) :
3 ulas bawang putih - hiris halus dan gaul dengan sedikit garam
1 sudu kecil marjerin @ butter
3 sudu besar minyak

Cara-cara buat bawang putih goreng :
Panaskan minyak dan butter. Kemudian masukkan bawang putih. Biarkan garing. Kalau minyak korang terlalu panas, korang masukkan bawang dan tutup api, biarkan bawang garing sendiri. Kemudian toskan. 

Minyak goreng bawang tadi tinggalkan dalam 1 sudu je.

NOTE : Part buat bawang putih goreng ni memang mencabar sikit. Aku buat kali ketiga baru lulus. Sebelum tu asyik hangus dan pahit je.

Bahan-bahan (sayur goreng) :
Kobis - dihiris halus (nak guna taugeh pun boleh)
Daun bawang - hiris memanjang
Lobak merah - hiris halus memanjang *optional
1 sudu besar kicap soya cair
1/2 lada hitam dikisar @ serbuk lada sulah
1 sudu kecil marjerin @ butter

Cara-cara membuat sayur goreng :
Cairkan mentega bersama minyak bawang putih tadi. Masukkan semua sayuran dan perasakan dengan kicap soya cair dan lada hitam @ serbuk lada sulah. Ketepikan.

Bahan-bahan (sos pencicah) :
3 sudu besar kicap soya cair
2 inch halia - parut halus
1 biji limau kasturi - ambil jus

Cara-cara :
Campurkan semua bahan. Sedia untuk dihidangkan.

Hmm... nampak renyah, tapi kalau bahan dah ready semuanya jadi senang. Korang boleh hidangkan dengan sup miso kalau nak. Aku makan gitu je. Teppanyaki ni sedap makan dengan nasi dari beras wangi atau beras berkanji. Well, makanan Jepun kan? Nasi memang berkanji pun.

Oh ya, selain ayam, korang boleh jugak guna daging ke, sotong ke, udang ke.. Guna kaedah yang sama :) Selamat mencuba!

5 comments:

  1. dari dulu rasa nak buat tapi x pernahnya la sampai niat tu...lastly makan jugak kat luar..kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha memang lama dah nak buat tapi baru ada kesempatan sebab teringinnnnnnn sangat-sangat! Ni kalau husband ada lesen ni memang rasanya malas dah nak buat sendiri. Haha

      Delete
  2. kalau ada orang buatkan pun sedap..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....!! Yang ni paling best kak ida... Kita tolong makan je, ye dakkk?

      Delete
  3. nice. dengan instruction, nampak mudah nak buat :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.