RESEPI SUP DUMPLING BERSAMA TAUHU TELUR - Monolog Aku Cuma Di Kiri

February 22, 2017

RESEPI SUP DUMPLING BERSAMA TAUHU TELUR

RESEPI SUP DUMPLING BERSAMA TAUHU TELUR - Lama rasanya tinggalkan keyboard. Macam tak berdaya pulak, musim panas lit-lit ni memang buat kepala sakit je. Oh ya, balik rumah mama haritu macam biasalah, aku ketuk-ketak kat dapur.

Teringin nak makan Gyoza, yang pada pendapat aku Gyoza tu ada cara tersendiri untuk memasaknya. Rupanya Gyoza sendiri sejenis dumpling yang sama kita makan kat luar tu cuma inti dia berbeza sikitlah dengan yang kita makan selalu tu.

Selalu aku jumpa resepi Gyoza ni, depa masak guna kaedah letak minyak dan air (ini kaedah Jepun kalau tak silap). Nanti aku share ye? Tapi harini aku nak share resepi Sup Dumpling je. Siap sos sekali lah buat korang yang macam muak nak makan cenggini je.


RESEPI SUP DUMPLING BERSAMA TAUHU TELUR
BAHAN-BAHAN :
Kulit Gyoza @ Kulit Wantan
12 ekor udang saiz besar - kisar halus
Isi ayam - kisar halus (ikut berapa banyak kuantiti korang nak)
2 ulas bawang putih - cincang
Kobis - cincang (kuantiti ikut selera masing-masing)
Daun bawang - hiris halus
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar kicap soya cair
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu gula
secubit garam

CARA-CARA :
Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk dan bolehlah dibungkus dalam kulit gyoza. Ketepikan. Jom kita buat sup pulak.

BAHAN-BAHAN SUP :
1 kiub pati lembu Knorr
Tauhu telur - digoreng
Daun bawang - hiris kasar
Kicap cair secukupnya
Air secukupnya

CARA-CARA :
Leburkan semua bahan dalam periuk, setelah mendidih, masukkan dumpling tadi dan tutup periuk. Biarkan sehingga dumpling masak. Kalau nak pedas-pedas sikit meh nak ajar buat sos cicah.

BAHAN-BAHAN SOS :
1 biji cili api - warna merah macam cili thailand tu dicincang halus
2 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil cuka @ asam limau

CARA-CARA :
Sebatikan semua. Sedia untuk dihidangkan. Korang boleh tambah bahan-bahan kalau nak. Takde masalah pun. Kita yang buat dia kan kan kan? Hehe

Selamat mencuba ye semua? Aku sempat tulis entri ni je buat masa ni. Maaf kalau ada kekurangan dalam resepi ni.

kbai.

3 comments:

  1. ko mcm2 resepi ko buat kan ... best betui

    ReplyDelete
  2. Sally pernah few time buat gyoza tapi sampai skrg tak jd bila nak kepit dia..hahahah

    ReplyDelete
  3. tak pandai buat..tapi pandai makan...dumpling tu rasa ada jual yang segera kan,...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.