RESEPI SARAPAN PAGI WESTERN ALA BONDA - Tunsha Ayunie Punya Belog

February 01, 2017

RESEPI SARAPAN PAGI WESTERN ALA BONDA

RESEPI SARAPAN PAGI WESTERN ALA BONDA - Kalau balik Rawang, selalu tak dapat berkumpul sama-sama. Tambahan pulak, adik aku dengan wife dia memang kerja shift so tak menentu masa. Maka cuti-cuti umum ni lah dapat spend time sama-sama kan?

Mama, kalau dapat berkumpul satu famili, dia suka masak yang sedap-sedap. Hari Isnin haritu Mama buat breakfast western. Memang feveret kami dari kecik-kecik. Pernah jugak tolong Mama jual breakfast western ni zaman-zaman sekolah rendah dulu. Masa tu ekonomi tak macam sekarang. So boleh jual murah-murah. Hehe..

Western ni ada setengah orang anggap rumit. Tapi sebenarnya makanan western la paling senang nak buat. So meh la aku nak share resepi yang tak berapa nak resepi ni.


RESEPI SARAPAN PAGI WESTERN ALA BONDA
Bahan-bahan (untuk 8 orang) :
4-5 biji kentang - potong wedges dan rendam dengan air garam dan goreng
8 keping burger - goreng
8 biji telur - goreng mata kerbau
8 batang sosej - rebus
2 tin kecil kacang peace
2 tin kecil kacang panggang

Bahan lain :
Sos cili
Sos tomato
Kicap

Cara-cara :
Dah masak semua tu, sila susun atas pinggan. Tabur sos dan makan. 

Huh! Mudah sangat kan? Bolehlah sekali sekala makan. Jangan lupa minum air kosong banyak-banyak ye lepas tu. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.