February 13, 2017

RESEPI LEMPENG KENTANG BERSAMA CRABSTICK DAN DAUN BAWANG

RESEPI LEMPENG KENTANG BERSAMA CRABSTICK DAN DAUN BAWANG - Dah lama rasanya tak buat breakfast sejak badan tak sihat. Ni badan sihat sikit tadi so aku jadi rajin la kan? Hehe.. Since aku dah lama tak masak resepi campak-campak, aku buat je la lempeng ni guna based standard. Tepung - Telur .


RESEPI LEMPENG KENTANG BERSAMA CRABSTICK DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN :
1 biji kentang - potong dadu
1 labu bawang besar atau bawang holland
Beberapa ketul crabstick - carik-carik halus @ potong kecil
Segenggam daun bawang - mayang kasar
1 biji telur
1/3 cawan air
1 cawan tepung
Secubit garam

CARA-CARA :
Kisarkan kentang, bawang dan air hingga halus. Kemudian bahan kisar tadi dimasukkan dalam mangkuk dan letakkan crabstick, daun bawang, telur, tepung dan garam.

Panaskan non-stick pan, letakkan sedikit minyak dan letakkan sesenduk adunan. Boleh juga kalau nak penuhkan adunan dalam satu pan tu. Terpulang. Masak guna api sederhana dan biarkan garing kedua-dua permukaan. Hidangkan bersama kicap cair bawang putih.

BAHAN-BAHAN KICAP BAWANG PUTIH
2 ulas bawang putih - cincang
4 sudu besar kicap cair
1 biji limau kasturi @ 1 sudu kecil cuka

CARA-CARA :
Campurkan semuanya, sedia untuk dihidang.

Senang ke susah? Aku memang sejenis yang bertungkus lumus sikit bab memasak ni. Tapi yang ni main hentam-hentam je. Sedap gak. Lolzzzz. Selamat mencuba!

10 comments:

  1. Nampak best ni, Saya suka makan lempeng. Kalau yang campur-aduk dengan bahan lain belum pernah makan lagi.

    Kalau ada pun cicah dengan sambal ikan bilis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya orang makan lempeng memang dengan sambal ikan bilis. Hihi. Ini resepi inovasi je, yang sukakan kelainan :)

      Delete
  2. laparrrr..sedapnya tengok..bole la try nanti..heheh terima kasih kongsi resepi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la... hihi.. berkongsi ilmu, sama-sama dear :)

      Delete
  3. kentang tu tak perlu rebus dulu ek sblm kisar ?
    mcm menarik je resepi ko ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu rebus pun, kau blend je sekali dengan bawang tu. Sebab nanti nak goreng2.

      Delete
  4. Menarik resepi ni.. Mesti best ni..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.