RESEPI IKAN DORY GORENG RANGUP BERSAMA SOS HALIA - Tunsha Ayunie Punya Belog

February 18, 2017

RESEPI IKAN DORY GORENG RANGUP BERSAMA SOS HALIA

RESEPI IKAN DORY GORENG RANGUP BERSAMA SOS HALIA - Buat ikan dory goreng ni sebab tuan suami teringin gila nak makan. Aku pun suka tapi takdelah teringin sangat. Haha ! Haritu ikut mama pergi Tesco, dapat jugaklah ikan dory tu dengan harga sebungkus RM10. Bagi aku macam mahal je. Aku kan poyoooooooooo?

So, saja lah aku nak share resepi ni. Oh ya, ikan dory ni kalau korang beli, dia memang masin tau. So aku berapa kali rendam & tos. Ada la 4-5 kali jugak sebelum aku goreng.


RESEPI IKAN DORY GORENG RANGUP BERSAMA SOS HALIA
Bahan-bahan :
Sebungkus ikan dory - direndam lebih kurang 1 jam dan toskan dan potong dua
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu serbuk bawang putih
Sedikit lada hitam kasar
Secubit garam dan gula
(taknak gula boleh skip)

Cara-cara :
Campurkan tepung gandum dan tepung jagung diikuti dengan serbuk kari, serbuk cili, serbuk bawang putih, lada hitam, garam dan gula. Tidak perlu letak air.

Panaskan minyak. Setelah tepung sebati, ambil sekeping ikan dory dan golek-golekkan pada tepung. Kemudian goreng secara deep fry. Ikan dory ni cepat masak, agak-agak tepung dah rangup tu bolehlah angkat dan tos.

Bahan-bahan sos halia :
2 inci halia - diparut
4 sudu besar kicap soya cair
1 biji limau kasturi - ambil jus

Cara-cara :
Campurkan semua bahan, sedia untuk dihidang.

Resepi ni memang tak guna telur ataupun air. Ikan dory tu usually kalau korang tos pun, sometimes dia berair jugak. So ikan dory ni akan serap tepung yang kering tu. Aku buat ni memang rangup macam makan fish and chip. Cuma aku inovasikan, cicah dengan sos halia. Sedap gak!

Selamat mencuba :)

3 comments:

  1. WAH SEDAP TU IKAN CELUP TEPUNG N GORENG

    ReplyDelete
  2. tak pernah mkn dan tak suka sgt mkn ikan mcm ni ... tak tau pun rasanye mcmana tak pernah order fish n chip jg ... fish burger pun tak pernah mkn ....jakun betui

    ReplyDelete
  3. tak penah jumpa pulak ikan dory ni..kena pi cari ni.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.