MENCARI BAHAN-BAHAN FELT CRAFT SECARA ONLINE? JOM KE ASMA FELT BOX! - Tunsha Ayunie Punya Belog

February 17, 2017

MENCARI BAHAN-BAHAN FELT CRAFT SECARA ONLINE? JOM KE ASMA FELT BOX!

MENCARI BAHAN-BAHAN FELT CRAFT SECARA ONLINE? JOM KE ASMA FELT BOX! - Kebelakangan ni kan aku ada jugak scroll down feed, even adik aku pun peminat Felt Craft ni. Korang tahu tak FELT tu apa? Kalau tak tahu jom aku bagitahu.

Kain Felt atau Flanel adalah sejenis kain yang diperbuat daripada serat wool (bulu biri-biri mengikut Google) tanpa ditenun. Ianya merupakan kain yang tertua kalau ikut sejarah manusia. 

Kalau ikut WIKIPEDIA pulak, kain Flannel atau Felt ini adalah :
❃Kain jenis bukan tenunan
❃Diperbuat dari acrylic dan polyster
❃Mempunyai kepelbagaian warna, saiz dan ketebalan
❃Mudah untuk dijahit atau hanya menggunakan gam sahaja
❃Tidak perlu dikelip kerana fabriknya jenis tidak berbulu di tepi
❃Sesuai untuk home decor, kraf, tshirt dan untuk aktiviti kanak-kanak

Bercerita tentang kraf, pasti ramai yang suka dengan Felt Craft kan? Tak kisahlah kanak-kanak. remaja ataupun dewasa, terutamanya kaum hawa la. Kita kan kreatif? (haha) . Nak cari bahan-bahan untuk Felt Craft ni kadang-kadang susah kan? Jangan risau, sekarang ni semudah ABC je, segalanya dihujung jari!

Pernah dengar tentang ASMA FELT BOX? Korang tak perlu bersusah payah nak penat-penatkan diri cari bahan dekat kedai sebab Asma Felt Box dah sediakan bahan untuk korang buat Felt Craft. Best tak?

Terlalu banyak pilihan yang menarik di Asma Felt Box termasuklah kain Felt, butang, keychain, brooch, peralatan menjahit dan sebagainya. Aku yang tak minat kraf pun tiba-tiba teruja tengok pilihan yang pelbagai ni. Antara yang menarik yang buat aku tertarik adalah warna-warna dari kain Felt itu sendiri.







Teruja tak? Geram je tengok warna-warna ceria yang ada di Asma Felt Box. Oh ya, produk utama mereka adalah Polyster Felt & Starter Pack. Selain itu juga, mereka menyediakan butang-butang yang sangat comel bagi korang yang sangat minat sesuatu yang comel!

Kalau korang shopping bahan-bahan Felt Craft ni lebih dari RM100 di website Asma Felt Box, korang akan dapat FREE POSLAJU. Jimat tak? Jimat kan? So bolehlah shopping puas-puas bagi penggemar kraftangan. Nak beli untuk anak-anak kecil pun boleh, dapat mengisi masa lapang dan biarkan sel otak anak-anak berhubung melalui Felt Craft ini.

Untuk korang yang berminat nak membeli barang-barang atau bahan-bahan Felt Craft, aku ada sediakan info dibawah :)


ASMA FELT BOX

WEBSITE

FACEBOOK

EMAIL



Barang akan dipos SETIAP HARI,
kecuali SABTU dan AHAD.

Pembayaran sebelum jam 12:00 tengahari,
akan diposkan pada hari yang sama.

Sekian.

2 comments:

  1. dulu minat sekejap..hihi....skrng xde mase nk buat

    ReplyDelete
  2. Aku pun masa muda2 dulu rajin je nak buat benda-benda kraf ni. Sekarang harapannnnnnn :(

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.