MASIH RAMAI WANITA TIDAK MEMBUAT UJIAN PAP SMEAR - Tunsha Ayunie Punya Belog

February 23, 2017

MASIH RAMAI WANITA TIDAK MEMBUAT UJIAN PAP SMEAR

MASIH RAMAI WANITA TIDAK MEMBUAT UJIAN PAP SMEAR - Haritu kan aku saja lah buat survey pasal ujian Pap Smear ni. Saja je bertanya siapa yang tak pernah buat since aku sendiri pun tak pernah buat walaupun dah berkahwin 4 tahun dan umur aku sekarang 27 tahun.

Ujian PAP SMEAR adalah ujian yang dijalankan untuk mengesan ketumbuhan sel kanser pangkal rahim. Ianya dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks. Kemudian, tisu tersebut akan dihantar ke makmal bagi mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser.


Kredit : Google

Tengok gambar pun dah seram ye? Tapi ujian ini harus juga dilakukan pada mereka yang berkahwin atau terlalu kerap mengamalkan seks. Kalau ikut umur, ujian ini perlu dilakukan oleh wanita berumur 26 tahun hingga 70 tahun. Kalau yang dah buang rahim, ujian Pap Smear ni sudah tidak diperlukan.


Satu hari tu tiba-tiba rasa nak bertanya since aku malas nak research apa itu Pap Smear. Last aku belajar masa PAKAR SAKIT PUAN datang ke sekolah. Lamaaaaaaaaaa tu ! Dah 4 tahun berkahwin baru aku rasa nak ambil tahu. Bila aku tanya soalan di atas, rata-rata menjawab TAK PERNAH.


So, aku assume sebenarnya ramai lagi wanita yang tak pernah buat ujian PAP SMEAR, mungkin tak tahu, atau tiada kesedaran (macam aku) bahawa pentingnya ujian ini bagi mencegah terjadinya kanser rahim/serviks.


Selain itu, ada yang memang tak tahu dan ada juga yang takut (macam aku). Memang kalau fikir, takut jugak lah sebab aku tengok muncung itik depa guna pun aku dah seram. Tapi aku tak sanggup nak tanggung risiko satu lagi penyakit lebih-lebih melibatkan rahim ni. Nangis weyyyy..

Ujian PAP SMEAR ni tidak perlu dilakukan hari-hari pun. Mungkin sekali dalam setahun, atau sekali dalam dua hingga tiga tahun. Bergantung kepada keputusan makmal mengenai tisu yang diambil tu.


Walaupun aku bertanya pada kaum wanita je, tapi ada juga komen kaum adam yang tampil untuk menyokong para wanita melakukan ujian PAP SMEAR. See, lelaki sendiri pun menyeru kita-kita ni pergi buat.

Aku memang nak buat, tapi bila aku baca semasa ujian PAP SMEAR ni badan kena relaks, aku kelu pulak. Aku ni sejenis gabra bila jumpa doktor sebenarnya. Oh ya, by the way, ujian ini tidak menyakitkan, hanya mengambil masa dalam 5 minit tapi akan rasa kurang selesa la sikit.

Korang yang dah buat tu bolehlah share pengalaman di ruangan komen ye? Mana tahu boleh mendorong aku dan orang lain yang ketakutan tu......

Terima kasih :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.