MASIH ADA YANG BAIK DI SEKELILING KITA - Monolog Aku Cuma Di Kiri

February 01, 2017

MASIH ADA YANG BAIK DI SEKELILING KITA

MASIH ADA YANG BAIK DI SEKELILING KITA - Kita hidup dekat Malaysia ni secara bermasyarakat serta berbilang kaum. Tapi hari-hari ada je komen tentang isu perkauman yang aku baca. Tak boleh ke korang ni hidup secara harmoni dan bermuafakat? Setiap kaum ada pro & kontra. Ada yang baik dan kurang baik.

Antara mereka yang baik ini adalah yang dah membantu seorang sahabat aku. Dompetnya tercicir di Titiwangsa. Ada seorang insan jujur sanggup post kembali dompet sahabat aku yang sorang ni.



Korang boleh je cakap -- Alaaaaaaaaa takde duit memanglah sipolan pulangkan tapi bagi aku, tetap ada kejujuran di hati pengirim. Dalam tu ada segala kad kredit, kad pengenalan dan segala mak nenek kad laaa. Alhamdulillah, masih ada yang baik hati.

Cerita pasal dompet ni, teringat Mama yang kena pick-pocket tanpa sedar masa beli barang kat Pasar Tani. Semua kad ada dalam tu. Duit pun dalam RM500 cash. Sampai trauma tau. Ending, memang tak dapat sampai ke sudah laaa sebab namapun pick-pocket kan? Terpaksa buat baru semua. Nasib baik boleh freeze account kejap.

Oh ya, Salam 20 sen !

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.