MAKANAN INI MAMPU MENCEGAH KEGUGURAN RAMBUT - Monolog Aku Cuma Di Kiri

February 03, 2017

MAKANAN INI MAMPU MENCEGAH KEGUGURAN RAMBUT

MAKANAN INI MAMPU MENCEGAH KEGUGURAN RAMBUT - Siapa yang tak runsing bila menghadapi keguguran rambut? Lagi-lagi kalau dah botak, memang stress weyyyyy! Down pun ye jugak. Lagi-lagi kalau jenis rambut lebat, tetiba halus mulus dah nampak kulit kepala.

Banyak sebab terjadinya keguguran rambut antaranya ia disebabkan oleh dihydrotestosterone (DHT), iaitu hormon androgen yang diperolehi dari testosteron. (Korang sila research sendiri ye).

Kehilangan lebih kurang 100 helai rambut sehari adalah normal, selain daripada itu mungkin disebabkan kurang zat besi, pengambilan ubat dan gangguan tiroid.


Korang tahu tak dengan mengambil bahan-bahan segar sekeliling korang boleh mencegah korang dari mengalami keguguran rambut? Walaupun bukanlah 100% berkesan sampai rambut korang tak gugur langsung, ianya boleh mengurangkan dan menghalang korang dari botak. InsyaAllah, tapi boleh je cuba.

MAKANAN SEBAGAI RAWATAN KEGUGURAN RAMBUT
BIJI LABU
Biji labu mengandungi delta-7 stearine, iaitu sejenis steroid yang menghalang pmbentukan DHT di dalam folikel rambut.

TOMATO, TEMBIKAI, LOBAK MERAH, MANGGA
Bahan-bahan di atas ini mengandungi lycopene dan antioksidan. Berkesan mencegah keguguran rambut.

BADAM, WALNUT, KACANG TANAH, PECAN
Kekacang ini mengandungi L-lysine yang mempercepatkan pertumbuhan rambut.

BAYAM, CENDAWAN PUTIH, GAJUS
Mengandungi sumber zink yang banyak dan mampu menyekat pengeluaran DHT.

TEH HIJAU
Ianya kaya dengan Catechin yang menghalang dari rambut rosak.

Selain itu, perbanyakkan makan buah beri, pisang, kekacang, salmon dan tuna yang kaya dengan Biotin, ianya sejenis nutrien yang akan menyuburkan kulit kepala korang dan membantu melebatkan rambut korang!

Semoga entri ini bermanfaat.

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.