KACANG PHOOL AIR TANGAN MAMA

KACANG PHOOL AIR TANGAN MAMA - Berapa lama dah mama aku mengidam nak makan Kacang Phool menu dari Johor ni. Aku lagi laaa lamaaaaaaaaaaaaa dah teringin tapi sebab cari kacang foul/kacang parang dalam tin tu macam tak jumpa, maka malas aku nak berharap.

Sebelum ni mama gigih cari kacang tu dekat Tesco Rawang tapi tak jumpa jugak. Mama ni macam aku, (in fact aku terikut sikap mama sebenarnya), kalau nak buat sesuatu, memang kami cari sampai dapat. Aku dengan mama memang suka masak, cuma mama lebih kepada masak makanan Malaysia sementara aku lebih suka mencuba masakan international.


Saja nak tayang Kacang Phool airtangan mama ni. Kalau resepi rasanya dah banyak kot kat Google. By the way, rasa pedas kari dan lemak-lemak kacang memang sedap di tekak aku. Cuma bagi korang yang tak berapa suka kacang, bolehlah perah asam limau.

Aku makan dengan cili padi. Kalau makan guna cili hijau aku muak. Lepas tu usually menu ni ada telur, tapi aku lebih suka makan kuah kacang phool tu je. Maybe sebab aku bukan peminat telur kot?

Ehh.. oklah korang. Entri random je ni. 


KACANG PHOOL AIR TANGAN MAMA KACANG PHOOL AIR TANGAN MAMA Reviewed by Tunsha Ayunie on February 26, 2017 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.