HATI-HATI ! PEROGOL BERSIRI PALING KEJAM DI KANADA BAKAL DIBEBASKAN DAN DIUSIR KE MALAYSIA ! - Tunsha Ayunie Punya Belog

February 06, 2017

HATI-HATI ! PEROGOL BERSIRI PALING KEJAM DI KANADA BAKAL DIBEBASKAN DAN DIUSIR KE MALAYSIA !

HATI-HATI ! PEROGOL BERSIRI PALING KEJAM DI KANADA BAKAL DIBEBASKAN DAN DIHANTAR PULANG KE MALAYSIA ! - Cerita pasal kes rogol lebih-lebih lagi dari perogol bersiri, memang aku ketar lutut. Aku bukan risau apa, aku terfikir yang aku ni ada adik perempuan. Dia tu ibarat nyawa aku, walaupun mulut laser tapi aku sayang. Hmm.. darah daging kan?

Tapi aku taknak laaa bersikap paranoid sangat. Taknak fikir apa-apa yang negatif yang akan berlaku pada adik aku. Cuma aku memang selalu suruh dia berhati-hati. Jenayah diluar sekarang ni semakin aktif. Culik, rogol dan bunuh sentiasa terjadi.


Dia seorang yang kejam kerana telah merogol dan menyerang lebih kurang 500 hinggan 1,000 orang wanita. Telah disabitkan atas 19 kesalahan serangan seks, 28 kesalahan dadah dan 10 kesalahan melibatkan kepelbagaian jenayah termasuk peras ugut.

Dipenjarakan di Kanada selama 24 tahun, kini Selva Kumar Subbiah (56) telah dibebaskan dan akan dihantar ke Malaysia!

Mungkin perkara ini merunsingkan rakyat Malaysia tetapi pihak polis cakap, depa ada cara pantau tersendiri lepas mat Selva ni balik Malaysia. Hmmm.... semoga adik-adik aku dilindungi Allah SWT. Tak tenteram jadinya jiwa ni.

Sekian.

2 comments:

  1. takutnya..minta dijauhi daripada segala bencana..aminn

    ReplyDelete
  2. 24 tahun dalam penjara. Mintak-mintak la dia insaf. Balik sini dia buat lagi ka, pancung terus.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.