2/1/17 - Monolog Aku Cuma Di Kiri

February 28, 2017

TAKZIAH : ARY MALIK MENINGGAL DUNIA SETELAH MENDERITA KANSER OVARI

11:10 PM 0
TAKZIAH : ARY MALIK MENINGGAL DUNIA SETELAH MENDERITA KANSER OVARI
TAKZIAH : ARY MALIK MENINGGAL DUNIA SETELAH MENDERITA KANSER OVARI - Mati tidak kira usia. Aku terkejut jugak bila baca Ary Malik dalam keadaan kritikal awalnya. Dia kan seorang yang ceria kan? Lama jugak sebenarnya tak nampak kemunculan Ary Malik ni, last aku tengok kewujudan dia adalah dalam Masterchef Selebriti Malaysia.

Aku sedih jugak dengan berita yang aku baca sebab minat dengan kelembutan dan mulut becok Ary Malik ni. Selain tu aku suka sangat tengok dia bercakap. Macam takde fullstop.

Petang tadi, ramai share yang Ary Malik sudah meninggal dunia sedangkan ketika itu dia masih dalam keadaan kritikal. Namun, berita tentang kematiannya benar-benar terjadi setelah Ary Malik menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 7:17pm (petang tadi), di Hospital Ampang.


Ary Malik atau nama sebenarnya  Nurtita Maliha Aryanee Malik (46) sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat menanggung derita kanser ovari pada 18 Februari baru-baru ini. Tapi Allah lebih menyayanginya.... Innalillahiwainnailaihirojiun.. Sesungguhnya setiap yang hidup akan merasai mati. Takziah buat keluarga arwahyarham.

Semoga keluarga arwahyarham Ary Malik bertabah dan redha dengan pemergian arwah. Al-Fatihah.

February 26, 2017

KACANG PHOOL AIR TANGAN MAMA

9:25 PM 0
KACANG PHOOL AIR TANGAN MAMA
KACANG PHOOL AIR TANGAN MAMA - Berapa lama dah mama aku mengidam nak makan Kacang Phool menu dari Johor ni. Aku lagi laaa lamaaaaaaaaaaaaa dah teringin tapi sebab cari kacang foul/kacang parang dalam tin tu macam tak jumpa, maka malas aku nak berharap.

Sebelum ni mama gigih cari kacang tu dekat Tesco Rawang tapi tak jumpa jugak. Mama ni macam aku, (in fact aku terikut sikap mama sebenarnya), kalau nak buat sesuatu, memang kami cari sampai dapat. Aku dengan mama memang suka masak, cuma mama lebih kepada masak makanan Malaysia sementara aku lebih suka mencuba masakan international.


Saja nak tayang Kacang Phool airtangan mama ni. Kalau resepi rasanya dah banyak kot kat Google. By the way, rasa pedas kari dan lemak-lemak kacang memang sedap di tekak aku. Cuma bagi korang yang tak berapa suka kacang, bolehlah perah asam limau.

Aku makan dengan cili padi. Kalau makan guna cili hijau aku muak. Lepas tu usually menu ni ada telur, tapi aku lebih suka makan kuah kacang phool tu je. Maybe sebab aku bukan peminat telur kot?

Ehh.. oklah korang. Entri random je ni. 


February 25, 2017

TAHNIAH, JEP SEPAHTU DAN SARIYANTI SAH BERGELAR SUAMI ISTERI

4:33 PM 0
TAHNIAH, JEP SEPAHTU DAN SARIYANTI SAH BERGELAR SUAMI ISTERI
TAHNIAH, JEP SEPAHTU DAN SARIYANTI SAH BERGELAR SUAMI ISTERI - Dalam pada raman netizen yang berteka-teki serta ada juga yang mendoakan desas-desus tentang Jep dan Sariyanti adalah benar, akhirnya harini mereka selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah.


Mereka berdua selamat diijbakabulkan pagi tadi, 25 Februari 2017 , di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Majlis diadakan secara tertutup. Wartawan pun tak dibenarkan masuk tau. Hihi

Alhamdulillah, semoga kekal hingga ke syurga. Jep, jagalah Sariyanti tu sebaiknya. Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Jep Sepahtu dan si cantik Sariyanti. Mama aku suka tengok Sariyanti ni sebab dia pure Melayu yang cantik.

Sekian.

February 23, 2017

MASIH RAMAI WANITA TIDAK MEMBUAT UJIAN PAP SMEAR

2:58 PM 0
MASIH RAMAI WANITA TIDAK MEMBUAT UJIAN PAP SMEAR
MASIH RAMAI WANITA TIDAK MEMBUAT UJIAN PAP SMEAR - Haritu kan aku saja lah buat survey pasal ujian Pap Smear ni. Saja je bertanya siapa yang tak pernah buat since aku sendiri pun tak pernah buat walaupun dah berkahwin 4 tahun dan umur aku sekarang 27 tahun.

Ujian PAP SMEAR adalah ujian yang dijalankan untuk mengesan ketumbuhan sel kanser pangkal rahim. Ianya dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks. Kemudian, tisu tersebut akan dihantar ke makmal bagi mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser.


Kredit : Google

Tengok gambar pun dah seram ye? Tapi ujian ini harus juga dilakukan pada mereka yang berkahwin atau terlalu kerap mengamalkan seks. Kalau ikut umur, ujian ini perlu dilakukan oleh wanita berumur 26 tahun hingga 70 tahun. Kalau yang dah buang rahim, ujian Pap Smear ni sudah tidak diperlukan.


Satu hari tu tiba-tiba rasa nak bertanya since aku malas nak research apa itu Pap Smear. Last aku belajar masa PAKAR SAKIT PUAN datang ke sekolah. Lamaaaaaaaaaa tu ! Dah 4 tahun berkahwin baru aku rasa nak ambil tahu. Bila aku tanya soalan di atas, rata-rata menjawab TAK PERNAH.


So, aku assume sebenarnya ramai lagi wanita yang tak pernah buat ujian PAP SMEAR, mungkin tak tahu, atau tiada kesedaran (macam aku) bahawa pentingnya ujian ini bagi mencegah terjadinya kanser rahim/serviks.


Selain itu, ada yang memang tak tahu dan ada juga yang takut (macam aku). Memang kalau fikir, takut jugak lah sebab aku tengok muncung itik depa guna pun aku dah seram. Tapi aku tak sanggup nak tanggung risiko satu lagi penyakit lebih-lebih melibatkan rahim ni. Nangis weyyyy..

Ujian PAP SMEAR ni tidak perlu dilakukan hari-hari pun. Mungkin sekali dalam setahun, atau sekali dalam dua hingga tiga tahun. Bergantung kepada keputusan makmal mengenai tisu yang diambil tu.


Walaupun aku bertanya pada kaum wanita je, tapi ada juga komen kaum adam yang tampil untuk menyokong para wanita melakukan ujian PAP SMEAR. See, lelaki sendiri pun menyeru kita-kita ni pergi buat.

Aku memang nak buat, tapi bila aku baca semasa ujian PAP SMEAR ni badan kena relaks, aku kelu pulak. Aku ni sejenis gabra bila jumpa doktor sebenarnya. Oh ya, by the way, ujian ini tidak menyakitkan, hanya mengambil masa dalam 5 minit tapi akan rasa kurang selesa la sikit.

Korang yang dah buat tu bolehlah share pengalaman di ruangan komen ye? Mana tahu boleh mendorong aku dan orang lain yang ketakutan tu......

Terima kasih :)

February 22, 2017

SINOPSIS TELEMOVIE : KALBU PUN BERZIKIR (ASTRO CITRA & MUSTIKA HD)

9:56 PM 1
SINOPSIS TELEMOVIE : KALBU PUN BERZIKIR  (ASTRO CITRA & MUSTIKA HD)
SINOPSIS TELEMOVIE  : KALBU PUN BERZIKIR  (ASTRO CITRA & MUSTIKA HD) - Banyak kisah adaptasi dari novel yang melibatkan orang-orang kaya dan perempuan gedik melampau. Berbanding dengan kisah novel karya Lily Haslina Nasir ini, mungkin akan memberi impak jiwa kepada penonton. Tengok trailer & baca sinopsis pun rasa sedih.


JUDUL : KALBU PUN BERZIKIR
MASA/HARI : 26 FEBRUARI 2017, jam 10:00 malam, saluran 131 & 134 (Astro)
GENRE : Adaptasi Novel
KARYA : Lily Haslina Nasir
SKRIP : Prem Anand & Maizura Mohd Ederis
PENERBIT : Nusantara Seni Karya Sdn Bhd
PELAKON : Fasha Sandha, Zara Sophia, Pekin Ibrahim dan ramai lagi

SINOPSIS
Norlia seorang gadis kampung yang sangat naif. Dia bahagia dengan caranya sendiri. Kehadiran Ghafar pula seolah membuka lembaran yang baru buat Norlia. Layanan Ghafar yang baik dan sikap Ghafar yang selalu mengambil berat telah membuat Norlia jatuh hati pada Ghafar.

Mereka kemudian bernikah walaupun ibu Norlia tidak bersetuju dengan keputusannya yang terburu-buru. Norlia berharap mahligai yang dibina akan bahagia selamanya seperti pasangan lain tetapi angan-angannya musnah apabila Ghafar membuat onar.

Akhirnya Norlia digantung tidak bertali. Hidupnya kini semata-mata untuk tiga orang anaknya iaitu Fatin, Maarof dan Riya. Dia menganggap apa yang terjadi kepadanya adalah satu kifarah kerana berdegil dengan kata-kata ibunya sebelum ini. Ujian Norlia tidak terhenti disitu apabila anaknya Fatin pula disahkan mengidap Leukimia.


Fatin pula bukanlah seorang yang lemah semangat. Dia mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dan kuat. Ada beberapa perkara yang ingin dilakukan Fatin sebelum dia menutup mata selama-lamanya. Ketabahan Fatin telah menarik  perhatian Khairi, seorang wakil sebuah NGO dan mencuba merealisasikan impian Fatin.

Norlia mula selesa dengan kehadiran Khairi dan pertemuan mereka menimbulkan bibit-bibit rasa di hati. Disaat Norlia mulai selesa dengan Khairi, Ghafar tiba-tiba muncul kembali atas alasan mahu bersama-sama menjaga Fatin. Ghafar cuba memujuk Norlia dan berkata dia bukanlah orang yang dulu.

Disaat itu juga, Norlia mula keliru. Pengakhirannya, saksikan Telemovie Qalbu Pun Berzikir di saluran ASTRO CITRA & MUSTIKA HD !

RESEPI SUP DUMPLING BERSAMA TAUHU TELUR

11:01 AM 3
RESEPI SUP DUMPLING BERSAMA TAUHU TELUR
RESEPI SUP DUMPLING BERSAMA TAUHU TELUR - Lama rasanya tinggalkan keyboard. Macam tak berdaya pulak, musim panas lit-lit ni memang buat kepala sakit je. Oh ya, balik rumah mama haritu macam biasalah, aku ketuk-ketak kat dapur.

Teringin nak makan Gyoza, yang pada pendapat aku Gyoza tu ada cara tersendiri untuk memasaknya. Rupanya Gyoza sendiri sejenis dumpling yang sama kita makan kat luar tu cuma inti dia berbeza sikitlah dengan yang kita makan selalu tu.

Selalu aku jumpa resepi Gyoza ni, depa masak guna kaedah letak minyak dan air (ini kaedah Jepun kalau tak silap). Nanti aku share ye? Tapi harini aku nak share resepi Sup Dumpling je. Siap sos sekali lah buat korang yang macam muak nak makan cenggini je.


RESEPI SUP DUMPLING BERSAMA TAUHU TELUR
BAHAN-BAHAN :
Kulit Gyoza @ Kulit Wantan
12 ekor udang saiz besar - kisar halus
Isi ayam - kisar halus (ikut berapa banyak kuantiti korang nak)
2 ulas bawang putih - cincang
Kobis - cincang (kuantiti ikut selera masing-masing)
Daun bawang - hiris halus
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar kicap soya cair
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu gula
secubit garam

CARA-CARA :
Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk dan bolehlah dibungkus dalam kulit gyoza. Ketepikan. Jom kita buat sup pulak.

BAHAN-BAHAN SUP :
1 kiub pati lembu Knorr
Tauhu telur - digoreng
Daun bawang - hiris kasar
Kicap cair secukupnya
Air secukupnya

CARA-CARA :
Leburkan semua bahan dalam periuk, setelah mendidih, masukkan dumpling tadi dan tutup periuk. Biarkan sehingga dumpling masak. Kalau nak pedas-pedas sikit meh nak ajar buat sos cicah.

BAHAN-BAHAN SOS :
1 biji cili api - warna merah macam cili thailand tu dicincang halus
2 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil cuka @ asam limau

CARA-CARA :
Sebatikan semua. Sedia untuk dihidangkan. Korang boleh tambah bahan-bahan kalau nak. Takde masalah pun. Kita yang buat dia kan kan kan? Hehe

Selamat mencuba ye semua? Aku sempat tulis entri ni je buat masa ni. Maaf kalau ada kekurangan dalam resepi ni.

kbai.

February 18, 2017

RESEPI IKAN DORY GORENG RANGUP BERSAMA SOS HALIA

2:43 PM 3
RESEPI IKAN DORY GORENG RANGUP BERSAMA SOS HALIA
RESEPI IKAN DORY GORENG RANGUP BERSAMA SOS HALIA - Buat ikan dory goreng ni sebab tuan suami teringin gila nak makan. Aku pun suka tapi takdelah teringin sangat. Haha ! Haritu ikut mama pergi Tesco, dapat jugaklah ikan dory tu dengan harga sebungkus RM10. Bagi aku macam mahal je. Aku kan poyoooooooooo?

So, saja lah aku nak share resepi ni. Oh ya, ikan dory ni kalau korang beli, dia memang masin tau. So aku berapa kali rendam & tos. Ada la 4-5 kali jugak sebelum aku goreng.


RESEPI IKAN DORY GORENG RANGUP BERSAMA SOS HALIA
Bahan-bahan :
Sebungkus ikan dory - direndam lebih kurang 1 jam dan toskan dan potong dua
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu serbuk bawang putih
Sedikit lada hitam kasar
Secubit garam dan gula
(taknak gula boleh skip)

Cara-cara :
Campurkan tepung gandum dan tepung jagung diikuti dengan serbuk kari, serbuk cili, serbuk bawang putih, lada hitam, garam dan gula. Tidak perlu letak air.

Panaskan minyak. Setelah tepung sebati, ambil sekeping ikan dory dan golek-golekkan pada tepung. Kemudian goreng secara deep fry. Ikan dory ni cepat masak, agak-agak tepung dah rangup tu bolehlah angkat dan tos.

Bahan-bahan sos halia :
2 inci halia - diparut
4 sudu besar kicap soya cair
1 biji limau kasturi - ambil jus

Cara-cara :
Campurkan semua bahan, sedia untuk dihidang.

Resepi ni memang tak guna telur ataupun air. Ikan dory tu usually kalau korang tos pun, sometimes dia berair jugak. So ikan dory ni akan serap tepung yang kering tu. Aku buat ni memang rangup macam makan fish and chip. Cuma aku inovasikan, cicah dengan sos halia. Sedap gak!

Selamat mencuba :)

February 17, 2017

UJIAN SPIROMETRY KALI KEDUA

5:31 PM 0
UJIAN SPIROMETRY KALI KEDUA
UJIAN SPIROMETRY KALI KEDUA - Sebelum ni aku dah buat sampai rasa hilang nafas dan terpaksa sarung Neb. Haritu doktor suruh buat lagi sebab bacaan tak jelas katanya. Well, pesakit ni standard akan jadi bahan ujikaji jela kan? Who cares?

Lepas dialisis memang letih sangat, tapi after that ada appointment. Tunggu nak dekat sejam, staff boleh suruh pergi rehat dulu sebab ramai patient katanya. Aku dengan tuan suami ambik masa lebih kurang 40 minit dan kembali ke Unit Spiro. Boleh pulak bilik semua bertutup... ok, tengah waktu lunch.


Tunggu la lebih kurang 40 minit lagi. Masuk bilik dan kena hembus nafas kat benda bulat tu. Hilang nyawa kejap rasanya. Siap tanya dalam hati, siapalah yang mencipta alat yang merepek ni???

After dah dapat result, aku kena ambil darah pulak hari Khamis tu. Dah ambil darah, staff masukkan ubat pulak. Semua ujikaji ni diperlukan sebelum aku menjalani pembedahan tiroid nanti. Hmm tak tahu nak rasa takut ke relaks je.

Errr... agak-agak akan mengganggu kotak suara aku tak? Aku dah la suka nyanyi lagu high key. *tetibe*

MENCARI BAHAN-BAHAN FELT CRAFT SECARA ONLINE? JOM KE ASMA FELT BOX!

11:07 AM 2
MENCARI BAHAN-BAHAN FELT CRAFT SECARA ONLINE? JOM KE ASMA FELT BOX!
MENCARI BAHAN-BAHAN FELT CRAFT SECARA ONLINE? JOM KE ASMA FELT BOX! - Kebelakangan ni kan aku ada jugak scroll down feed, even adik aku pun peminat Felt Craft ni. Korang tahu tak FELT tu apa? Kalau tak tahu jom aku bagitahu.

Kain Felt atau Flanel adalah sejenis kain yang diperbuat daripada serat wool (bulu biri-biri mengikut Google) tanpa ditenun. Ianya merupakan kain yang tertua kalau ikut sejarah manusia. 

Kalau ikut WIKIPEDIA pulak, kain Flannel atau Felt ini adalah :
❃Kain jenis bukan tenunan
❃Diperbuat dari acrylic dan polyster
❃Mempunyai kepelbagaian warna, saiz dan ketebalan
❃Mudah untuk dijahit atau hanya menggunakan gam sahaja
❃Tidak perlu dikelip kerana fabriknya jenis tidak berbulu di tepi
❃Sesuai untuk home decor, kraf, tshirt dan untuk aktiviti kanak-kanak

Bercerita tentang kraf, pasti ramai yang suka dengan Felt Craft kan? Tak kisahlah kanak-kanak. remaja ataupun dewasa, terutamanya kaum hawa la. Kita kan kreatif? (haha) . Nak cari bahan-bahan untuk Felt Craft ni kadang-kadang susah kan? Jangan risau, sekarang ni semudah ABC je, segalanya dihujung jari!

Pernah dengar tentang ASMA FELT BOX? Korang tak perlu bersusah payah nak penat-penatkan diri cari bahan dekat kedai sebab Asma Felt Box dah sediakan bahan untuk korang buat Felt Craft. Best tak?

Terlalu banyak pilihan yang menarik di Asma Felt Box termasuklah kain Felt, butang, keychain, brooch, peralatan menjahit dan sebagainya. Aku yang tak minat kraf pun tiba-tiba teruja tengok pilihan yang pelbagai ni. Antara yang menarik yang buat aku tertarik adalah warna-warna dari kain Felt itu sendiri.







Teruja tak? Geram je tengok warna-warna ceria yang ada di Asma Felt Box. Oh ya, produk utama mereka adalah Polyster Felt & Starter Pack. Selain itu juga, mereka menyediakan butang-butang yang sangat comel bagi korang yang sangat minat sesuatu yang comel!

Kalau korang shopping bahan-bahan Felt Craft ni lebih dari RM100 di website Asma Felt Box, korang akan dapat FREE POSLAJU. Jimat tak? Jimat kan? So bolehlah shopping puas-puas bagi penggemar kraftangan. Nak beli untuk anak-anak kecil pun boleh, dapat mengisi masa lapang dan biarkan sel otak anak-anak berhubung melalui Felt Craft ini.

Untuk korang yang berminat nak membeli barang-barang atau bahan-bahan Felt Craft, aku ada sediakan info dibawah :)


ASMA FELT BOX

WEBSITE

FACEBOOK

EMAIL



Barang akan dipos SETIAP HARI,
kecuali SABTU dan AHAD.

Pembayaran sebelum jam 12:00 tengahari,
akan diposkan pada hari yang sama.

Sekian.

SATU LAGI PENDEDAHAN TENTANG KESAN SELEPAS PEMAKAIAN PRODUK BERMERKURI

9:07 AM 1
SATU LAGI PENDEDAHAN TENTANG KESAN SELEPAS PEMAKAIAN PRODUK BERMERKURI
SATU LAGI PENDEDAHAN TENTANG KESAN SELEPAS PEMAKAIAN PRODUK BERMERKURI - Ramai lagi yang masih tidak tahu, kesan cantik seawal 7 hari adalah palsu semata-mata. Penuh dengan bahan berkimia sana dan sini. Tak salahkan mereka jugak, kita wanita ni memang sejenis manusia obses nak cantik.

Bila obses nak cantik, kekadang tu terlupa pulak tentang kesan buruk. Aku sejenis manusia yang takut nak guna local product walaupun iklan-iklan wanita cantik tu menduga aku, memanggil-manggil aku untuk mencuba.

Aku pernah tulis tentang bahaya merkuri, disamping pendedahan seorang wanita yang muka jadi semakin teruk selepas berhenti memakai satu local product ni. Aku tak mention produk apa tapi ramai yang seakan tahu produk apa yang dimaksudkan.

Entri boleh rujuk di sini


Selepas itu, pendedahan demi pendedahan yang aku baca dari pengguna setelah berhenti memakai produk tersebut. Yang aku share ni kira paling baru lah. Dibeli dari AGENT YANG SAH (authorized agent_). Korang jangan nak kata FAKE pulak.






*bukti*

Walaupun dia dah mention dia double check untuk pastikan dia beli dari agent yang sah, masih ramai netizen komen cakap dia beli yang FAKE. Ni hakakkk nak cakap, memanglah kau pakai produk tu muka kau lawa, tapi kesan sampingan kau tahu ke tidak? Memanglah kekadang kau berhenti pakai produk tu, tak memberi kesan buruk pun. Ianya long term, bergantung pada jenis kulit kau. Nipis ke tebal ke. Ehhh faham tak ni??

Aku gigih baca komen, rupanya ramai lagi yang mengalami nasib yang sama. Yang beli direct HQ pun ada. Kau nak kata macam mana sekarang?



Dan aku suka statement ni.....



Banyak lagi sebenarnya komen pasal produk yang satu ni. Tapi letih pulak nak screenshot. Plus line teruk plus terus jammed bila aku scroll. Haha! Kalau korang rasa masih nak pakai produk tu, silakanlah. Takde siapa yang halang. Wanita ni share sebab nak orang ramai berhati-hati dan sama sekali dia tak mention produk apa dia pakai.

Jangan asyik-asyik tuding jari kata orang beli yang fake ye? Ini kisah kulit muka kotttt... Aku tengok packing lama ada tulis NO MERCURY, awat packing baru takde pun? Ok, itu isu kecik la. Tapi aku musykil, berkesan seawal 3 HARI?? Kau tak rasa apa-apa ke?

Last, kalau kau rasa nak teruskan memakai produk local ni demi support perniagaan bumiputera, teruskan. Jangan nanti orang-orang yang cakap pakai FAKE punya tu pulak yang viralkan kisah depa bengkak muka sana-sini.

Sekian.

February 15, 2017

OILS OF MAGIC BY K'HONEY : SERUM ORGANIK YANG HARUS KORANG CUBA !

10:22 PM 1
OILS OF MAGIC BY K'HONEY : SERUM ORGANIK YANG HARUS KORANG CUBA !
OILS OF MAGIC BY K'HONEY - Ramai yang tercari-cari produk organik sekarang ni. Memang ramai dah menyedari tentang bahaya PRODUK TINGGI MERKURI. Aku dah pernah cerita pasal produk dari K'Honey Beauty. Korang boleh baca K'HONEY SOAP & K'HONEY GOLD SCRUB.

Oklah, selepas berjaya melancarkan produk K'HONEY GOLD SCRUB, kini K'Honey Beauty melebarkan sayap dengan produk terbaru mereka yang merupakan sejenis serum iaitu OILS OF MAGIC BY K'HONEY! 


BAHAN-BAHAN OILS OF MAGIC BY K'HONEY terdiri daripada Essential Oil yang bermutu tinggi. Ianya PREMIUM GRADE yang terdiri daripada Grapeseed, Sandalwood, Geranium dan Strawberry.

Serum ini adalah produk HANDMADE yang dibuat oleh pengasas produk ini sendiri. Dijamin tiada bahan yang merbahaya dan mempunyai 100% khasiat dari alam semulajadi khas untuk kulit korang. Segala kebaikan ada dalam setitis serum yang korang pakai !


KEBAIKAN OILS OF MAGIC BY K'HONEY
✿ Merawat jerawat
✿ Merawat jeragat
✿ Menghilangkan whitehead/blackhead
✿ Antioksidan yang tinggi
✿ Mengandungi kolagen semulajadi
✿ Menganjalkan kulit
✿ Menghilangkan 'dark circle' (mata panda)
✿ Menyeimbangkan tahap PH kulit
✿ Mengurangkan garis garis halus
✿ Merangsang regenerasi sel kulit
✿ Memperbaiki sel-sel kulit
✿ Menyamakan tona kulit
✿ Memulihkan kulit dari kesan 'sunburn'
✿ Melindungi kulit dari sinaran uv
✿ Anti penuaan
✿ Merawat 'puffy eyes'
✿ Merawat kulit kering
✿ Mencerahkan kulit


CARA PENGGUNAAN OILS OF MAGIC BY K'HONEY
Hanya dengan titiskan 2 titis OILS OF MAGIC BY K'HONEY di tangan kemudian sapu di keseluruhan muka, urut secara menaik. Biarkan serum ini meresap masuk ke dalam kulit. 

Jika ada parut atau kulit kusam, hanya tumpukan urut pada bahagian tersebut. Ianya bukan sahaja melembapkan kulit wajah tetapi juga dapat menghilangkan parut.

Penggunaan pagi & malam.

Saja nak bagitahu korang, sebelum produk-produk K'Honey Beauty ni keluar, pengasas memang cuba segala bahan-bahan yang dia guna ni kat muka dia dengan family dia. Testimoni pengguna semuanya positif tau. Lagi satu, ini produk organik, korang jangan bagi harapan produk ni akan berkesan selepas seminggu.

Bahan organik memang makan masa sikit ^_^


OILS OF MAGIC BY K'HONEY

HARGA : RM70/15ml exclude postage

(Postage : Isnin hingga Khamis)

WHATSAPP
017-3468490 (AUNI)

JANGAN CUCUK KAD MAYBANK DI MESIN ATM CIMB

12:45 PM 6
JANGAN CUCUK KAD MAYBANK DI MESIN ATM CIMB
JANGAN CUCUK KAD MAYBANK DI MESIN ATM CIMB - Perkara ni tuan suami yang selalu buat. Kekadang cam curious gak, boleh ke? Tuan suami memang tak mengalami nasib macam gadis ni, tapi sebab dah orang share perkara macam ni, kita kena alert jugak la kan?


Maksud dia, kalau korang ada kad Maybank, jangan gatal cucuk kad tersebut menggunakan mesin ATM CIMB. Kalau tak duit kena telan maka korang akan berputih mata. Sadisssss jugak alkisahnya. Sama ada betul ke tak betul, hakakkk tak pasti ye...

UPDATE
Kredit : Yana Yani

Hmmm tak pasti jugak sama ada kad bank yang lain pun akan mengalami nasib yang sama. Cuma korang hati-hati jela hokeyyy?

RESEPI TEPPANYAKI AYAM HOMEMADE

6:28 AM 5
RESEPI TEPPANYAKI AYAM HOMEMADE
RESEPI TEPPANYAKI AYAM HOMEMADE - Teppanyaki Ayam atau Chicken Teppanyaki ni memang all time favourite aku jugak. Tapi nak ajak tuan suami makan dekat luar, macam banyak sangat faktornya, especially bab lesen la. Aku tak berani nak suruh dia drive tempat tak familiar dalam keadaan dia takde full license lagi ni.

Teppanyaki membawa maksud : Teppan (Pinggan Besi) & Yaki (Goreng @ Panggang) , adalah makanan Jepun. Kalau korang pergi kedai jual Teppanyaki ni, korang boleh tengok aksi chef masak Teppanyaki depan mata korang.

Disebabkan aku memang dah lama mengidam nak makan Teppanyaki, so alternatifnya buat sendiri je la. Selalunya depa serve dengan taugeh dan daun bawang (ada letak lobak merah jugak), tapi aku guna kobis dengan daun bawang je sebab itu je yang ada kat rumah. Plus, aku masak dalam kuali je. Hehe


RESEPI TEPPANYAKI AYAM HOMEMADE
Bahan-bahan (ayam) :
Sekeping dada ayam - potong dadu dan perap dengan sedikit garam
1/2 kecil lada hitam - dikisar halus
Sedikit kicap sotong
1 sudu kecil marjerin @ butter

Cara-cara masak ayam :
Cairkan marjerin dan masukkan ayam tadi. Goreng dan masukkan lada hitam dan kicap sotong. Biarkan ayam masak, ketepikan.

Bahan-bahan (bawang putih goreng) :
3 ulas bawang putih - hiris halus dan gaul dengan sedikit garam
1 sudu kecil marjerin @ butter
3 sudu besar minyak

Cara-cara buat bawang putih goreng :
Panaskan minyak dan butter. Kemudian masukkan bawang putih. Biarkan garing. Kalau minyak korang terlalu panas, korang masukkan bawang dan tutup api, biarkan bawang garing sendiri. Kemudian toskan. 

Minyak goreng bawang tadi tinggalkan dalam 1 sudu je.

NOTE : Part buat bawang putih goreng ni memang mencabar sikit. Aku buat kali ketiga baru lulus. Sebelum tu asyik hangus dan pahit je.

Bahan-bahan (sayur goreng) :
Kobis - dihiris halus (nak guna taugeh pun boleh)
Daun bawang - hiris memanjang
Lobak merah - hiris halus memanjang *optional
1 sudu besar kicap soya cair
1/2 lada hitam dikisar @ serbuk lada sulah
1 sudu kecil marjerin @ butter

Cara-cara membuat sayur goreng :
Cairkan mentega bersama minyak bawang putih tadi. Masukkan semua sayuran dan perasakan dengan kicap soya cair dan lada hitam @ serbuk lada sulah. Ketepikan.

Bahan-bahan (sos pencicah) :
3 sudu besar kicap soya cair
2 inch halia - parut halus
1 biji limau kasturi - ambil jus

Cara-cara :
Campurkan semua bahan. Sedia untuk dihidangkan.

Hmm... nampak renyah, tapi kalau bahan dah ready semuanya jadi senang. Korang boleh hidangkan dengan sup miso kalau nak. Aku makan gitu je. Teppanyaki ni sedap makan dengan nasi dari beras wangi atau beras berkanji. Well, makanan Jepun kan? Nasi memang berkanji pun.

Oh ya, selain ayam, korang boleh jugak guna daging ke, sotong ke, udang ke.. Guna kaedah yang sama :) Selamat mencuba!

February 13, 2017

RESEPI LEMPENG KENTANG BERSAMA CRABSTICK DAN DAUN BAWANG

8:26 PM 10
RESEPI LEMPENG KENTANG BERSAMA CRABSTICK DAN DAUN BAWANG
RESEPI LEMPENG KENTANG BERSAMA CRABSTICK DAN DAUN BAWANG - Dah lama rasanya tak buat breakfast sejak badan tak sihat. Ni badan sihat sikit tadi so aku jadi rajin la kan? Hehe.. Since aku dah lama tak masak resepi campak-campak, aku buat je la lempeng ni guna based standard. Tepung - Telur .


RESEPI LEMPENG KENTANG BERSAMA CRABSTICK DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN :
1 biji kentang - potong dadu
1 labu bawang besar atau bawang holland
Beberapa ketul crabstick - carik-carik halus @ potong kecil
Segenggam daun bawang - mayang kasar
1 biji telur
1/3 cawan air
1 cawan tepung
Secubit garam

CARA-CARA :
Kisarkan kentang, bawang dan air hingga halus. Kemudian bahan kisar tadi dimasukkan dalam mangkuk dan letakkan crabstick, daun bawang, telur, tepung dan garam.

Panaskan non-stick pan, letakkan sedikit minyak dan letakkan sesenduk adunan. Boleh juga kalau nak penuhkan adunan dalam satu pan tu. Terpulang. Masak guna api sederhana dan biarkan garing kedua-dua permukaan. Hidangkan bersama kicap cair bawang putih.

BAHAN-BAHAN KICAP BAWANG PUTIH
2 ulas bawang putih - cincang
4 sudu besar kicap cair
1 biji limau kasturi @ 1 sudu kecil cuka

CARA-CARA :
Campurkan semuanya, sedia untuk dihidang.

Senang ke susah? Aku memang sejenis yang bertungkus lumus sikit bab memasak ni. Tapi yang ni main hentam-hentam je. Sedap gak. Lolzzzz. Selamat mencuba!

REVIEW CHEWY CHEESE SPINACH KFC : TERASA DIRI DITIPU DENGAN ILUSTRASI IKLAN

12:21 PM 5
REVIEW CHEWY CHEESE SPINACH KFC : TERASA DIRI DITIPU DENGAN ILUSTRASI IKLAN
REVIEW CHEWY CHEESE SPINACH KFC : TERASA DIRI DITIPU DENGAN ILUSTRASI IKLAN - Semalam mama belanja KFC. Aku memang penggemar KFC tapi sayangnya KFC tak macam dulu. Ayam dia muak je sekarang tau.

Aku tengok iklan ada  tunjuk pasal Chewy Cheesy Spinach Ball tu. Alaaa.. Yang budak tu snap gambar siap cakap -- SEBUT KEJUUUUUUUUUUUUUUUU ! Haaa tergoda aku tengok cheese dia yang boleh tarik-tarik tu walaupun aku tahu ilustrasi tu selalu menipu. Disebabkan tergoda, semalam aku mintak mama belanja la benda alah itu.


Kau tengoklahhh kemain tebal dia tarik cheese tu,
manalah hakakkkk tak tergoda uolsssss!

Adik aku dah pesan, itu hanya ilustrasi atau edit je. Takdenya bila kau beli, kau dapat yang boleh tarik sampai sebegitu. Aku pulak jenis degil, aku percaya aku akan dapat yang boleh tarik-tarik, tapi sangkaan aku agak meleset. MELESET TERUK!


Aku hanya dapat cucur angin je. Ruang dalam tu kosong sangat, takde langsung cheese tebal macam dalam TV tu. Sedih hakakkk tau ! At least bolehlah tarik sikit-sikit cheese tu, barulah rasa gembira. Ini tidak, rasa tepung dan cheese tu rasa sipi-sipi aje. Dah la mahal.

Dah banyak dah orang complain pasal KFC ni tapi depa ni bukan ambik tindakan apapun. Buat sambil lewa je. Mungkin bagi depa, orang tetap akan datang KFC walaupun depa menipu. Hadappp je la perkara macam ni.

Tetiba rasa macam nak boikot KFC. Sekian.