TAULADAN DARI DUA BIJI EPAL - Monolog Aku Cuma Di Kiri

January 29, 2017

TAULADAN DARI DUA BIJI EPAL

TAULADAN DARI DUA BIJI EPAL - Setiap perkara sekeliling selalunya menjadi tauladan pada kita. Tapi jarang orang sedar. Aku sendiri, sentiasa menjadikan kesakitan orang lain sebagai kekuatan untuk aku berlawan dengan kesakitan aku. Sakit aku memang 'tidak teruk' seperti kanser, tetapi ianya juga membawa maut.

Jom baca kisah tentang epal ni. Semoga kita mendapat manfaat dari kisah yang aku bakal kongsikan.


TAULADAN DARI DUA BIJI EPAL
Di dalam sebuah kelas, seorang guru telah menunjukkan dua biji buah epal kepada murid-muridnya. Kedua-dua biji epal itu kelihatan cantik diluarnya.

Sebelum memulakan sesi pembelajaran, guru tersebut melontar sebiji buah epal ke arah pintu dengan kuat, Selepas itu dia mengutip kembali buah epal tersebut dan meminta murid-muridnya menghuraikan tentang kedua-dua biji epal tadi. (termasuk epal yang dilontarkan)

Murid-murid itu jelas mengatakan bahawa kedua-dua epal itu masih cantik dan merah warnanya.


Tetapi guru tersebut tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan dan menunjukkan epal yang dilontar tadi sudah rosak. Dia sekali lagi menyuruh murid-muridnya menghina epal yang telah rosak itu.


Walaupun pelik dengan permintaan guru mereka, murid-murid itu akhirnya setuju untuk menghina buah epal tadi. Pelbagai perkataan buruk yang dilontar pada epal itu. Kemudian guru itu meminta murid-muridnya memuji lagi sebiji buah epal. Sungguh-sungguh muridnya memuji buah epal tersebut.

Tiada apa-apa perubahan terjadi pada epal tersebut, Murid-muridnya semakin ingin tahu, apa yang cuba guru mereka lakukan.

Kemudian, guru tadi membelah kedua-dua biji epal.


Dia memberitahu :
"Inilah epal yang telah kamu puji tadi. Ianya nampak segar didalam..."


"Ini pula epal yang telah saya campak dan kamu hina,"
"Ia sudah rosak dan lebam didalamnya"

Begitulah keadaan mangsa-mangsa yang dibuli. Mereka nampak tenang dan diam diluar, seolah tiada apa-apa yang berlaku. Tetapi didalam, mereka menanggung kesakitan yang amat sangat,

Kita boleh ajar anak-anak kita seawal usia supaya mereka tidak terlibat dalam membuli dan dibuli. Perkara ni dah banyak kali berlaku. In fact, aku pun pernah kena buli! (huhuhu) . Tapi kes aku takdelah melibatkan pukul memukul, cuma effect pada mental aku jugaklah.

Moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.