SINOPSIS FILEM DORM MELATI (BERDASARKAN KISAH BENAR)

SINOPSIS FILEM DORM MELATI (BERDASARKAN KISAH BENAR) - Masa aku pergi Port Dickson tempoh hari, aku saja lah layan TV. Lepas tu ada cerita di sebalik tabir Dorm Melati. Tengok dia punya trailer memang menarik aku untuk menonton jugak lah cuma ada terkilan sikit bila 'hantu melayu' ni jenis streotaip sangat. Macam tu je rupa hantunya. Pakai contact lense.

Disebabkan aku difahamkan cerita ni based on true story (tak tahu la betul ke atau fiksyen semata), tapi aku jadi excited nak tengok. Cuma disebabkan tuan suami memang bukan sejenis manusia yang suka tengok filem seram Melayu kat panggung, terpaksalah aku tunggu cerita keluar kat TV.


JUDUL : DORM MELATI
GENRE : Seram
PENGARAH : Eyra Rahman
PELAKON : Pelakon : Aedy Ashraf, Nadia Aqilah, Aizat Hassan, Syaa Nasir, Ardell Aryana, Julia Farhana Marin, Sabrina Ali, Azman Hassan dan Adam Shah

SINOPSIS
Adam ingin mengajak empat orang sahabatnya iaitu Zafirah, Eddy, Carol dan Raihana ke sebuah kem yang bernama Dorm Melati. Disebalik keinginannya, tujuan sebenar Adam hanyalah untuk melihat sendiri roh Melati yang dikatakan banyak mengganggu pengunjung yang datang ke Dorm Melati.


----------------------------------------------------------

Dekat mana yang kisah benarnya? Aku ada jumpa ceritanya DISINI . Katanya, nama Melati memang popular dikalangan pelajar UITM Sabah. Boleh kata kalau sebut nama Melati, ramai diantara diorang ni kenal. Bagi diorang, Melati adalah jelmaan daripada seorang pelajar yang pernah bunuh diri disitu.

Cerita selanjutnya korang bolehlah baca sendiri ye? Oh ya, sekarang Dorm Melati sedang ditayangkan di pawagam kan? Pergi tengok seram ke tidak! Hihi
SINOPSIS FILEM DORM MELATI (BERDASARKAN KISAH BENAR) SINOPSIS FILEM DORM MELATI (BERDASARKAN KISAH BENAR) Reviewed by Tunsha Ayunie on January 17, 2017 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.