SINOPSIS DRAMA KOREA | SAIMDANG, LIGHT'S DIARY (2016) - Tunsha Ayunie Punya Belog

January 14, 2017

SINOPSIS DRAMA KOREA | SAIMDANG, LIGHT'S DIARY (2016)

SINOPSIS DRAMA KOREA | SAIMDANG, LIGHT'S DIARY (2016) - Dah lama tak layan drama Korea. Entah, sejak kawin jenis tak berapa nak minat Korea sangat. Dulu aku suka layan drama Korea dengan mama dekat 8tv.

Boys Over Flower, My Girl & Jewel In The Palace adalah antara drama feveret aku. Tengok ulang-ulang pun tak bosan. Aku paling suka lakonan Lee Young Ae. Cerita pasal Lee Young Ae ni, drama terbaru lakonan beliau adalah SAIMDANG, LIGHT'S DIARY. Ada juga yang mengenali cerita ini dengan tajuk SAIMDANG, THE HERSTORY.


JUDUL : SAIMDANG, LIGHT DIARY (2016)
GENRE : K-Drama, Sejarah, Misteri
PENGARAH : Yoon Sang-Ho
MASA/HARI : 26 Januari 2017 di saluran Oh!K
PELAKON : Lee Young-Ae, Song Seung-heon, Park Hye-Soo & Yang Se-Jong

SINOPSIS
Saimdang Light's Diary menceritakan tentang kisah cinta didalam kehidupan seorang tokoh bersejarah Korea iaitu Shin Saimdang, yang merupakan seorang wanita Korea pada abad ke-16.

Kembali ke zaman moden, seorang pensyarah sambilan di sebuah universiti iaitu Seo Ji-Yoon, telah ke Tuscany (Itali) dan menemui satu potret wanita yang persis dengan wajahnya. Bukan itu saja, dia juga telah menemui sebuah diari lusuh yang menceritakan tentang kehidupan Shin Saimdang.


Apakah misteri disebalik tokoh bernama Shin Saimdang ini? Apakah yang cuba dirungkai oleh Seo Ji-Yoon? Apakah kisah disebalik percintaan Shin Saimdang? Wahhhh banyak betul persoalan dalam cerita ni kan?

Kalau korang nak tonton, korang langganlah channel Oh!K. Saimdang akan ditayangkan pada hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam. Selain itu, korang boleh tengok online di MY ASIAN TV .

Selamat menonton!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.