January 30, 2017

SINOPSIS CARMELA (TELENOVELA TV3)

SINOPSIS | CARMELA (TELENOVELA TV3) - Macam dah lama tak tengok Marian Rivera berlakon. Dia antara aktres Filipina yang aku minat. Dah la cantik, semua watak dia bawak nampak cantik je. Drama Carmela ni tahun 2014 punya cerita, tapi aku tak pasti sebelum ni pernah tunjuk ke tak kat TV3. Tapi rasanya akan tunjuk jugak dalam slot Telenovela akan datang.


JUDUL : CARMELA (2014)
GENRE : Drama, Romantik
MASA/TARIKH : Isnin hingga Khamis, jam 3:00 petang (Slot Telenovela)
PENGARAH : Dominic Zapata
PELAKON : Marian Rivera, Alden Richards, Bea Binene & Agot Isidro

SINOPSIS
Mengisahkan tentang hidup seorang wanita cantik bernama Amanda yang merasakan dirinya pembawa malang. Namun semuanya berubah selepas dia bertemu dengan Danilo yang merupakan seorang pemuda bisu dan pekak. Mereka kemudian berkahwin dan hidup bahagia serta dikurniakan dengan kehadiran seorang bayi perempuan yang diberikan nama Carmela.

Pada suatu hari, Danilo mati dilanggar keretapi akibat perbuatan jahat kawannya bernama Fernando. Fernando juga sudah lama menyimpan perasaan terhadap Amanda. Selepas kematian Danilo, Amanda terpaksa membesarkan Carmela sendirian dalam hidup yang kesusahan. Bukan itu saja, Amanda turut menjadi mangsa rogol Fernando.


Tetapi malang bagi Amanda kerana dia dimasukkan ke penjara kerana cuba mempertahankan dirinya yang sentiasa menjadi mangsa rogol Fernando. Carmela telah melarikan diri setelah diberitahu bahawa ibunya telah mati. Kemudian seorang wanita tua telah menemui Carmela dan menjaga Carmela. Carmela dihantar ke sekolah dan diberikan identiti baru iaitu sebagai Catarina.

Carmela/Catarina telah membesar menjadi seorang wanita yang cantik dan baik hati. Kecantikan yang dimilikinya membuatkan ramai lelaki terpikat dan ada juga yang cuba merogolnya. Kisah silam tentang ibunya membuatkan Carmela kuat dan pandai mempertahankan diri.

Satu hari, Carmela mengalami masalah kewangan. Dia berjumpa dengan Fernando dan bekerja dengan Fernando. Konflik terjadi apabila Carmela menyedari bahawa lelaki yang dicintainya dalam diam, Santiago Yago Torres adalah cucu kepada Fernado, lelaki yang memporak-perandakan kehidupan keluarganya.

So apa akan jadi seterusnya? Jangan lupa menonton TV3 slot Telenovela.

1 comment:

  1. Wow, menarik ni..
    Suka tengok MArian tu.. Jelita sangat.. <3

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.