SINOPSIS TELEMOVIE : BAYANGAN EMILIA (ASTRO RIA) - Tunsha Ayunie Punya Belog

January 28, 2017

SINOPSIS TELEMOVIE : BAYANGAN EMILIA (ASTRO RIA)

SINOPSIS BAYANGAN EMILIA (ASTRO RIA) - Korang peminat cerita seram atau peminat Fattah Amin? Bolehlah tonton telemovie ala seram arahan Pekin Ibrahim ni. Selain itu, Pekin turut berlakon dalam telemovie ini. Wahhhh ! Chinese New Year ni macam banyak pulak cerita baru kan?


JUDUL : BAYANGAN EMILIA
GENRE : Drama, Telemovie, Seram
TARIKH / MASA : Sabtu, 28 Januari 2017. 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Pekin Ibrahim
TERBITAN : Eleven Field Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Azar Azmi, Pekin Ibrahim & Haleeda Mazlin

SINOPSIS
Rita adalah seorang jururawat yang ditugaskan oleh Mak Engku untuk menjaga anaknya, Ungku Mahmud yang ketika itu sedang koma. Rita yang menyimpan perasaan pada Ungku Mahmud setia menjaga Ungku Mahmud hingga pulih.

Setelah sihat, Ungku Mahmud mengajak Rita untuk berkahwin. Mereka kemudian berpindah masuk ke dalam banglo terpencil kepunyaan Ungku Mahmud.

Sejak memasuki banglo tersebut, Rita sudah diganggu dengan kejadian pelik. Dia memberitahu Ungku Mahmud tentang perkara itu tetapi Ungku Mahmud hanya bersikap acuh tidak acuh. Rita semakin terganggu dengan keadaan dan kejadian yang aneh didalam banglo tersebut.

Persoalan demi persoalan bermain difikiran Rita dan dia terjumpa satu rakaman CCTV yang merungkai segala misteri dalam banglo itu. Apakah sebenarnya rahsia dan misteri disebaliknya? Siapakah Ungku Mahmud sebenarnya?

Jom lah tengok sama-sama malam ni di saluran Astro Ria hokayyy??

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.