SELAIN MERKURI, PARABEN DALAM BARANG KOSMETIK JUGA BAHAYA!

SELAIN MERKURI, PARABEN DALAM BARANG KOSMETIK JUGA BAHAYA! - Dalam pada terlalu sibuk mengenai BAHAYA PRODUK BERMERKURI , sebenarnya secara tidak sedar, kita terdedah juga dengan PARABEN. Ramai yang tak tahu tentang paraben ni sedangkan kita dah lama terdedah dengannya.

Paraben ada di dalam losyen badan, syampu, sabun, bahan mekap dan sebagainya. Tapi jenis kita ni memang tak ambik tahu, tonyoh je asalkan wangi dan best. Menjadi lumrah wanita nak cantik selalu kan? Hehe.


APA ITU PARABEN?

Ianya sejenis bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet untuk melawan bakteria dan kulat. Boleh kata hampir semua paraben digunakan adalah dari buatan manusia bukan dari sumber semulajadi. Ianya boleh diserap melalui sistem kulit, darah dan penghadaman. Paraben juga merupakan salah satu daripada toksin persekitaran yang dikenali sebagai PENGGANGGU HORMON : (Endocrine Disrupting Compound-EDC) .

PARABEN boleh dikenali dengan beberapa nama :
● Methylparaben
● Ethylparaben
● Propylparaben
● Butyparaben
● Isopropylparaben

Banyak kan? Korang jangan ambil mudah pulak bila dah tahu ni, sebab Paraben ni bahayanya boleh dikatakan 99% sebagai pengganggu hormon!


BAHAYA PARABEN

Paraben ni menyerupai hormon dan sangat mengganggu fungsi sistem endocrine. Ianya menyebabkan kerosakan pada sistem badan macam tiroid, ovary, hypothalamus dan sistem peranakan lelaki.

●Gangguan kepada hormon thyroid : Sikit-sikit bahan ini akan berkumpul dan merosakkan hormon thyroid korang. Itu jugak penyebab kes tiroid makin meningkat.

● Menyebabkan kanak-kanak akil baligh sangat awal dari usia

●Penghasilan estrogen yang tidak normal boleh meransang kanser payudara. Penyerapan paraben ni boleh menggalakkan estrogen yang tidak normal. Ini salah satu alasan besar supaya korang menjauhi produk yang mengandungi paraben.

● Paraben ni boleh masuk dalam saluran darah tau walaupun sapuan hanya diatas kulit.

Kalau kulit korang jenis sensitif, paraben akan menyebabkan reaksi elergi dan ruam kulit. Banyak sebenarnya produk yang mengatakan selamat untuk kulit sensitif walaupun mengandungi paraben.


KAJIAN RISIKO KANSER

Darbre dan pasukannya mendapati PARABEN berkumpul pada tisu payudara.

Kajian juga mencadangkan "Penggunaan bahan kimia xenoestrogen mampu mempengaruhi perkembangan kanser payudara" (Darbre, 2001, 2003; Harvey, 2003).

Kajian Darbre pada tahun 2012 juga mendapati 99% TISU KANSER PAYUDARA YANG DIKAJI MENGANDUNGI PARABEN. (158 daripada 160 sampel)

Namun masih banyak kajian yang perlu dijalankan untuk membuktikan kaitan paraben dalam tisu payudara. Penemuan kaitan terbabit tidak bermaksud ianya penyebab secara langsung penyakit kanser itu.

Cukuplah sekadar ini infonya.  Kita ni dah banyak sangat terdedah dengan bahan kimia kan? Bertindak sebelum melarat! Sekian.
SELAIN MERKURI, PARABEN DALAM BARANG KOSMETIK JUGA BAHAYA! SELAIN MERKURI, PARABEN DALAM BARANG KOSMETIK JUGA BAHAYA! Reviewed by Tunsha Ayunie on January 16, 2017 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.