RESEPI KEROPOK SEAWEED ALA KOREA - Monolog Aku Cuma Di Kiri

January 21, 2017

RESEPI KEROPOK SEAWEED ALA KOREA

RESEPI KEROPOK SEAWEED ALA KOREA - Siapa penggemar seaweed kat sini? Aku dulu memang gila makan seaweed kering tu masa zaman-zaman kegilaan gulung sushi sendiri. Tapi rasa kelakar pulak, aku buat sushi guna beras pulut yang dimasak dengan mayonis. Hmmm... sedap gak! Cicah dengan sambal sotong. Layan je.

Ehh.. ni bukan cerita aku gulung sushi atau makan sushi dengan sambal sotong. Just nak share je resepi kerepek seaweed buatan tangan Youtuber Korean Chef, Maangchi. Aku ingat aku je suka tengok dia masak, ramai rupanya. Dia ajar step by step memang senang faham. Oh ya, kerepek seaweed ni dipanggil Gim-bugak.

Credit picture & recipes : Maangchi.com

RESEPI KEROPOK SEAWEED ALA KOREA
Bahan-bahan :
14 helai seaweed saiz besar
1 cawan tepung pulut
2 1/2 cawan air
1 sudu teh garam

Bahan hiasan :
Cili kering - basuh dan gunting halus-halus
Bijan

Cara-cara :
Masak tepung pulut bersama air dan garam. Masak hingga menjadi pes yang likat dan kental. Setelah itu, sejukkan.

Kemudian, ambik sekeping seaweed. Letak di atas pinggan atau permukaan yang rata. Seaweed ni ada 2 permukaan. Satu permukaan kasar dan satu permukaan licin. Yang permukaan licin pastikan berada di bahagian bawah.


(STEP 1)
Sapukan pes tepung pulut hanya setengah bahagian seaweed. Kemudian lipat dua.


(STEP 2)
Setelah lipat, sapukan pes tepung pulut pada permukaan atasnya pulak. 
Yang ni memang mencabar sikit sebab seaweed tu dah start lembik. Kena buat cepat-cepat.


(STEP 3)
Susun atas kertas minyak. Maangchi ni dia letak garnish macam cili kering & bijan. 
Nak biar kosong pun ok. 


(STEP 4)
Jemur hingga kering. Ianya mengambil masa lebih kurang 24 jam hingga 30 jam.
Pastikan seaweed ni betul-betul kering macam keropok kering tu.
Rajin-rajin tekan seaweed tu supaya air lebih-lebih dari pes tepung pulut tu keluar.


(STEP 5)
Goreng dalam minyak panas. Tekan-tekan sikit dengan sudip supaya cepat mengembang.
Setiap permukaan digoreng selama 5 saat ye.

Aku tengok Maangchi guna satu alat dehydrated untuk keringkan seaweed ni. Tapi aku tak tahu kat Malaysia ada ke tak. Takde pun takpe, jemur la cara manual. Kalau ikut cakap tuan suami aku, dia suruh keringkan guna hairdryer !

Remeh gila kan cara nak buat benda alah ni? Kesabaran kena tinggi weyy.. Nak buat berjam, nak makan sekali harung je.

Peace~

1 comment:

  1. mls nk buat ... tp klu buat pastu pasarkan aku rasa laku ni ... rakyat malaysia ni sukakan hat lain mcm dan hipster ....


    mcm org dok viral buah ngaku tu .. tak de makna aku nk kopek sagat dan goreng ..pastu sekali mkn dah abis ... punya remah nk buat plak tu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.