RESEPI KARI AYAM AKAR KETUMBAR - Tunsha Ayunie Punya Belog

January 16, 2017

RESEPI KARI AYAM AKAR KETUMBAR

RESEPI KARI AYAM AKAR KETUMBAR - Dah lama aku tak gubah apa-apa resepi. Selalunya aku ikut je tertib resepi. Semalam tengok dalam peti air ada daun ketumbar yang hampir layu. So aku decide nak buat kari ayam. Padahal sebelum ni tak pernah pun letak ketumbar dalam kari. Tetiba pulak macam terdetik.

Tuan suami aku memang sejenis mat kari. Makan nasi lemak pun letak kuah kari. Bila ada kari dia makan banyak sampai aku naik risau. Dalam masa yang sama memang happy la orang yang kita sayang suka makan apa kita masak kan?

Nak share resepi ni, jom tengok !


RESEPI KARI AYAM AKAR KETUMBAR
Bahan-bahan :
Beberapa potong ayam - basuh, toskan dan perap dengan sedikit garam
1 labu bawang besar - hiris halus
3 ulas bawang putih - hiris halus
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
15 biji cili padi - buang tangkai
2 biji kentang - potong dadu
1 kotak santan
garam secukup rasa
asam jawa @ asam keping
air - ikutlah banyak mana

(Bahan kisar)
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 kiub pati ayam
daun ketumbar dengan akarnya

(Bahan lain)
3 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk kari ikan

Cara-cara :
Campurkan serbuk kari dengan bahan kisar. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang hiris dan kayu manis serta bunga lawang. Biarkan sedikit garing dan masukkan campuran serbuk kari tadi. Masukkan ayam dan kentang. Biar rempah garing dan meresap pada ayam dan kentang tadi.

Dah agak kering rempah tu, masukkan air dan biarkan mendidih. Kemudian, masukkan cili padi, asam, garam secukup rasa dan santan. Biarkan masak hingga mendidih dan tutup api. Siap!

Seriously, masak guna akan ketumbar ni memang sedap dia lain macam sikit. Ini versi aku lah ye. Korang boleh je campur cili kisar kalau nak pedas. Aku suka campak cili api, kunyah seketul-seketul masa makan nasik, Perghhh layan!

Selamat mencuba semua.

1 comment:

  1. ada juga kari aku mkn ade org letak ketumbar ....
    tp aku ni kan org utara ... nak mkn kari ala utara juga la... yg lain tu aku ni pyh sikit maklum membesar ngan kari hahahhaha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.