RESEPI KAKI AYAM PEDAS ALA KOREA

RESEPI KAKI AYAM PEDAS ALA KOREA - Assalamualaikum wbt. Tengah buat apa tu? Dekat Ampang ni panas lit-lit jugak. Tapi yang buat aku pelik kat Rawang kemain hujan je sampai baju pun tak kering. Hmmm.. aku kan ulang-alik kekdahnya setiap minggu dari Ampang ke Rawang. Hihi.

Siapa suka makan kaki ayam? Kaki ayam ni memang feveret aku pun. Buat sup dengan kari memang layan. Tapi kalau nak tukar selera, bolehlah cuba resepi ni. Aku ambil resepi ni dekat Cookat, tapi banyak yang aku ubah memandangkan depa guna alkohol.


RESEPI KAKI AYAM PEDAS ALA KOREA
Bahan-bahan :
500gm isi kaki ayam
Sedikit lada hitam biji
60ml air kelapa muda

Cara-cara :
Rebus isi kaki ayam bersama lada hitam dan air kelapa lebih kurang 5 minit. Kemudian tos dan ketepikan.

Bahan-bahan sos :
(A)
Sedikit minyak bijan
1 sudu besar bawang putih cincang
1 sudu besar jus halia
1.5 sudu besar madu
1 sudu besar sos plum
3 sudu besar kicap cair
3 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar red pepper paste
Sedikit lada sulah
(B)
Segenggam daun bawang
Sedikit cili padi cincang
2 sudu besar air

Cara-cara :
Masukkan sedikit minyak bijan dalam pan dan tumis bawang putih berserta jus halia, madu, sos plum, kicap cair, serbuk cili, red pepper paste dan lada sulah. Kemudian masukkan isi kaki ayam.

Di pan yang lain, tumis daun bawang dan cili padi. Letak air dan masukkan isi kaki ayam yang telah diperasakan tadi. Siap!

RED PEPPER PASTE
1 sudu besar taucu (hancurkan), 2 sudu besar serbuk cili, 3 paket chili flakes Dominos (atau kisar je cili kering tanpa air), gula . Campur semua, ketepikan.

RED PEPPER PASTE ni sama dengan gochujang la. Kalau korang takde, bolehlah guna alternatif secara manual tu. Rasa dia lebih kurang je. Selamat mencuba!
RESEPI KAKI AYAM PEDAS ALA KOREA RESEPI KAKI AYAM PEDAS ALA KOREA Reviewed by Tunsha Ayunie on January 07, 2017 Rating: 5

6 comments

  1. sedap nmpak! :)





    jom join 1st giveaway MG kat blog baru :)
    http://perempuanrongak.blogspot.my/2017/01/1st-giveaway-nak-bagi-shampoo-santan.html

    ReplyDelete
  2. bagus nye ko ni erajin mencuba resepi baru .....

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.