January 05, 2017

RESEPI AYAM GORENG CILI API ALA MINANG

RESEPI AYAM GORENG CILI API ALA MINANG - Assalamualaikum wbt. Dah habis dah mood bercuti. Harini gian dah nak menaip. Berharap sangat idea sentiasa ada. Oh ya, ayam goreng cili api ala minang ni memang feveret aku, lebih-lebih kalau makan dengan masak lemak pucuk ubi. Alahaiii sedapnya!

So, haritu macam teringin nak makan nasi, padahal baru satu hari tak makan nasi. hehe. Tekak ni memang rasa nak makan pedas-pedas je. Nak bikin ayam masak lemak cili api dah jemu, so buat je la simple-simple. 

Lagipun, tekak aku untuk beberapa minggu ni asyik ketagih dengan lauk minang / padang. Pedas depa tu lain. By the way, resepi ni versi aku sendiri lah ye? Asal ada rasa yang aku nak, aku puas hati.


RESEPI AYAM GORENG CILI API ALA MINANG
Bahan-bahan :
5 ketul ayam
Sedikit garam dan kunyit

Cara-cara :
Ayam diperap dengan garam dan kunyit. Goreng ayam menggunakan api perlahan supaya ayam masak.

Bahan-bahan (sambal) :
5 biji cili merah
Segenggam cili padi
1 labu bawang merah - saiz sederhana
7-8 ulas bawang putih
Sedikit garam dan gula perang (gula biasa pun boleh)

Cara-cara :
Bahan tadi semuanya dikukus hingga layu, kemudian lenyekkan dalam lesung batu. Panaskan sedikit minyak dan goreng bahan tadi. Perasakan dengan garam dan gula, seterusnya masukkan ayam yang digoreng, gaul rata. Siap!

Selain makan dengan masak lemak pucuk ubi, makan dengan kangkung goreng pun terangkat. Selamat mencuba!

1 comment:

  1. kita pun suka ... sedap ... klu nasi panas tak lauk lain pun dah best sgt dah ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.