January 13, 2017

PLOT EPISOD AKHIR LARA AISHAH YANG SURAM

PLOT EPISOD AKHIR LARA AISHAH YANG SURAM - Dalam banyak-banyak drama, aku memang follow cerita Lara Aishah ni dari episod pertama lagi. Dekat rumah mertua aku tak tengok TV so aku memang akan record all series dekat rumah mak aku.

Apa yang aku kecewa adalah plot Lara Aishah yang terakhir. Bagi aku klimaks cerita ni kurang memberangsangkan. Boleh kata untuk minggu terakhir, ceritanya agak suram. Tak macam episod sebelum tu yang membuatkan aku rasa tak sabar nak tengok.



Maktok diserang strok pada episod ni tapi gigih lagi nak bunuh Zurin. Tapi polis sempat tembak Maktok dan Maktok dipenjarakan. Dalam penjara, Maktok sempat bertaubat. 

Ending watak Maktok hanya disitu.

Felisha yang dah half gila kena tangkap polis dan dirawat di rumahnya. Akhirnya Felisha betul-betul gila. Nash yang betul-betul sayangkan Felisha berjanji akan menjaga Felisha walau apa yang terjadi. Part ni aku rasa sangat sweet. Tapi Felisha jadi gila macam comel pulak.

Nazri kena tangkap dengan polis, tapi atas pemerhatian polis, Nazri menjadi wali pada Aishah. Zurin pulak watak dia so-so je dalam episod ni, takde yang menarik sangat. Dahlia dengan Dalila pun takde. Aku kecewa.

Masitah dah pulih macam biasa dah. Mak Milah pun ok. Orang gaji yang kepochi tu dah jadi Ketua Orang Gaji. Lastly Zack bercinta dengan minah kepochi tu.


Happy Ending.

Cuma itulah, kita ni kan sebagai penonton mengharapkan lebih lagi. Hahhaha! Jenis aku memang jenis seorang penonton yang tak pernah puas dengan klimaks sesuatu episod dalam drama. Aku harap semakin banyak cerita kehidupan macam ni. Bukan highlight orang kaya menggedik semata-mata.

Kbai.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.